Bitter Truth

21.8K 318 87
                                    

Shahfri tarik aku, kerana hujan dah menitik makin lebat. Aku masih perlu waktu confinement sebenarnya selepas keguguran ini. Tapi, aku tak sanggup tinggalkan Shahril keseorangan di sini. Terlalu pahit untuk aku telan.

Semua di sekelilingku sedang menderita dan aku tak mampu berbuat apa - apa!

"Sayang. Jom kita balik?" Shahfri masih setia memayungkan aku. Orang ramai beransur pergi. Kak Ina masih lagi mengusap - usap nisan suaminya, dengan wajah beku tiada emosi.

"Jangan menangis, Chyra. Sakit arwah kalau kita tak redha dengan pemergiannya." Kak Ina bersuara perlahan. Aku seka air mata. Aku geram sebenarnya, ada something wrong yang berlaku dalam keluarga kecil kami sekarang dan nampaknya hanya aku saja yang sedar dengan kepincangan ini!

Akhirnya aku mengalah. Mama dan papa sudah lama pulang, kini cuma aku, Shahfri dan Kak Ina beriringan berjalan ke kereta. Sempat aku pesan pada anakku, bawa uncle-nya ke syurga bersama - sama. Shahfri kesat air mataku, walaupun matanya turut basah dengan tangisan.

Enjin kereta Shahfri hidupkan. Kak Ina pula mengemas - ngemas tikar dan balang air dimasukkan ke dalam keretanya.  Aku masih berat hati mahu meninggalkan Shahril.

"Jika kau tak mampu menundukkannya, tamatkanlah hidupnya..."

Aku kerut dahi. Kenapa bait perkataan itu tiba - tiba menerjah telingaku? Kepalaku pening berpusing, telinga berdesing dengan bunyi bingit bagai mahu memecahkan gegendang telinga. Aku tersandar di tepi kereta.

"Jika kau tak mampu menundukkannya, tamatkanlah hidupnya." Aku ulang perkataan yang terngiang di telingaku itu. Ternyata menarik perhatian Kak Ina.

"Kau tak dapat tundukkan Shahril, kau bunuh dia kan?" Aku ketap bibir. Suaraku bergetar menahan marah.

"Merepek apa ni Sahairah?" Shahfri pegang tanganku saat aku mahu mara ke arah Kak Ina. Kak Ina pula hanya peluk tubuh dan tersenyum.

"Kau bunuh shahril sebab dia dah tak ada kepentingan untuk kau kan? Kau tak pernah cintakan dia kan? Kau usap perut aku sebab nak bunuh anak aku kan?" Aku luahkan segalanya yang terbuku. Shahfri peluk aku sekuat hati.

"Betul, tapi malangnya kau dah terlambat." Kak Ina depang tangan, tanda kemenangan.

"Babi. Kenapa kau buat macam ni babi? Kau tau tak perbuatan kau ni.. Kau.. Arghh lepas Shahfri, lepas!" Aku berjaya meronta lepaskan diri daripada Shahfri dan terus aku meluru pada betina itu. Sempat juga aku hadiah satu tumbukan padu di matanya. Namun Kak Ina lansung tak terkesan dengan pukulanku. Dia cuma ketawa.

"Dahlah budak. Kau dah terlambat. Oh ya, soal anak kau tu, cuba kau tanya Shahfri, rasanya bukan aku yang buat. Tapi dia." Selamba Kak Ina pandang Shahfri dan terus masuk ke dalam keretanya. Aku tergamam.

"Bie?" Aku pandang wajahnya yang serba salah. Buat pertama kalinya, aku rasa lelaki di depanku itu adalah orang asing.

Aku berlari meninggalkannya. Dalam keadaan yang masih sakit, aku gagahkan diri mencari tempat lindungan daripada lebat hujan.

"Sayang, dengar dulu bie explain. Please sayang, please." Shahfri pelukku dari belakang dan menyembam mukanya ke bahu aku. Dia menangis, penuh rasa kesal.

"Lepaskan aku sial!" Aku menendang - nendang angin saat Shahfri mengangkatku lalu ditolak ke dalam kereta. Child lock pun dia pasang. Celaka punya Shahfri.

"Sayang. Dengar dulu apa bie nak cakap ni. Please." Shahfri menggeleng kepala. Aku diam merenung kosong. Rasa tenagaku sudah habis dikerah dengan permainan emosi ini.

[Shahfri's view]

"Abang, kalau kesihatan ni boleh di transfer, dah lama aku transfer dekat kau. Aku sayang kau, bang." Aku sentuh tangan abang, rasa dingin walaupun dia hadiahkan aku senyuman hangatnya.

FicklerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang