🐾 Hakikat Sebenar

29.7K 317 68
                                        

Aku menung pandang dinding bilik. Shahril paksa aku bagi nombor telefon ibu dan baba. Dia cakap dia nak kahwin dengan aku tahun ini juga. Tapi dia belum kenal lagi ibu yang paling pantang kalau anaknya ini tak letak pelajaran di tangga pertama, and baba yang garang macam Abrahah. Bukan biasa - biasa.

Aku membantah keputusannya itu, tapi bila dengar ayat 'this time or never' daripada mulut Shahril, nampak seperti he's in serious business. Aku risau juga. Dia macam sedih sangat. Dia cakap dia perlukan aku saat ni. Aku tak tahu apa masalah dia sebenarnya. Bila tanya tak berjawab.

Jadi aku beranikan diri tanya ibu. Saat itu juga aku mendekati ibu yang sedang tengok tv. Nampaknya ibu tengah dalam mood baik.

"Ibu, Chyra nak minta izin ibu ni."

"Apa dia?" Mata ibu masih melekat di kaca tv.

"Ibu bagi tak kalau Chyra kahwin tahun ni?" Mata ibu terus buntang pandang aku. Aku telan liur. Yes, inilah confession pertama yang aku paling berani berdepan dengan ibu.

"Kahwin? Dengan sapa? Kerja apa? Umur berapa?" Tv terus dimatikan, ibu iringkan tubuhnya menghadap aku.

"Hm, Cikgu dekat sekolah Chyra, umur 28 tahun." Ibu menggeleng kepala.

"Chyra.. Chyra. Ibu hantar sekolah, rupanya Chyra bercinta dengan cikgu?" Ibu picit dahi, seperti menyesali sesuatu. Kemudian bahuku digoncang.

"Ke Chyra ada buat apa - apa ni sampat terdesak sangat nak kahwin awal? Mengaku cepat!"

"Tak ibu! Tak! Dia fikir kami dah boleh kahwin, and dia memang ikhlas nakkan Chyra. Please ibu. Chyra janji kalau kami kahwin, Chyra takkan abaikan pelajaran." Aku hampir menangis, merasai peluang untuk aku nikah bersama Shahril cukup tipis.

"Chyra dengar sini. Bila Chyra dah kahwin, pelajaran bukan lagi fokus utama. Chyra kena jaga suami, kena luang komitmen untuk banyak perkara. Lets say Chyra pregnant masa study, rezeki Allah tak boleh tolakkan? Dah nak kena extend lagi. Nak melayan suami lagi, nak study lagi. Boleh ke Chyra? Mampu ke? Dahlah Chyra goreng telur pun hangus, takkan nak bagi suami makan telur hangus?" Ibu mengusap bahuku.

"Takpun, bagi ibu bercakap dengan kawan Chyra tu. Biar dia faham." Aku menggeleng.

"Takpelah ibu, Chyra explain kat dia nanti. Betul cakap ibu tu, banyak benda lagi Chyra nak kena prepare." Aku tunduk memandang lantai.

"Chyra, kalau dia sayangkan kamu, dia mesti boleh tunggu kamu sampai habis belajar."

Cakap ibu itu ada benarnya. Aku tak mahu berdebat lagi. Kalau Shahril sayang aku, dia mesti sanggup tunggu aku sampai bilapun.

Dari segi batin aku memang dah terlebih bersedia, tapi tengoklah macam mana, aku masak telur pun jadi arang telur goreng aku tu 😑. Macam mana aku nak jaga perut Shahril nanti? Dia punya hot chocolate pun lagi sedap daripada smoothies strawberry yang aku pernah buat.

"Bila result SPM keluar, sayang?" Ibu letak tangan di peha aku.

"Lagi tiga minggu. Ibu boleh teman Chyra ambil result kan?" Aku cukup berharap, sebab selama ni ibu tak pernah ada masa untuk aku. Lagipun aku mahu ibu bertemu Shahril, dan Shahril boleh meluahkan segalanya tentang aku pada ibu.

"Tak boleh nak janji lagi sayang. Sebab dalam minggu tu, ada client dari UAE datang sini. Ibu mungkin terpaksa uruskan dia orang." Riak ibu jelas nampak kesal. Tapi aku faham. Sejak aku punya UPSR, PMR, sampailah SPM memang ibu takkan ada masa untuk aku. Yang dipentingkan hanya kerja kerja dan kerja.

"Takpelah bu." Aku bangun,  dan melangkah naik tingkat atas rumah.

"Chyra," panggil ibu perlahan. Aku menoleh dengan wajah suram. Aku harap ibu nampak perubahan wajahku ini.

FicklerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang