[Afrina's View]
Aku usap dada yang berdebar kencang. Rasa seperti air liur memenuhi rongga mulut.
Benarkah apa yang aku dengar tadi?
"Geram aku budak tu. Sentuh sikit pun dah menangis. Gila susah nak bagi. Padahal takde apa yang lawa pun kat dia tu." Shahril ketawa sambil habiskan kentang putar dalam pinggannya.
"Tapi serius kau Ril? Bersungguh kau nak dapatkan Afrina tu. Ke sebab dia anak orang kaya?" Aidil menduga. Makin kuat ketawa Shahril.
"Tak.. Aku tak kisah status dia. Tapi aku geram tak dapat - dapat dia tu." Shahril mendengus.
"Kau sayang dia ke tak sebenarnya ni?" Tanya Zul pula.
"Entah. Tu aku boleh bagitahu once dah dapat dia kot." Mereka sama - sama ketawa.
"Entah mana pompuan ni. Makanan aku dah nak habis dia tak muncul - muncul lagi.
Aida meramas jemariku. Mungkin dia turut sama merasa kesakitan yang aku rasa.
Niat mahu prank Shahril dengan memakai purdah terbantut begitu sahaja mendengar perbualannya bersama teman - teman.
PERISTIWA itu berlalu begitu sahaja tanpa apa - apa tindakan kepada Shahril. Aku mahu lihat, jauh mana lagi permainan Shahril.
Namun petang itu terlepas jua segala kemarahan dek kerana geramkan Shahril yang selalu dilihat berpacaran bersama perempuan - perempuan lain.
" Awak buat perangai macam ni lagi, nampaknya kita terpaksa berpisahlah. Sayangnya, saya dah cuba sedaya upaya nak ubah awak. Tapi awak masih tak sedar." Aku menunduk, menahan rasa sebak di dada.
"Saya dah explain banyak kali, diorang tu cuma kawan. Tak lebih dari tu! Huh cakap jelah dah taknak. Jealous tak tentu hala. Tak fahamlah perangai perempuan ni." Shahril mendengus geram.
Aku tatap wajah Shahril, mahukan penjelasan yang lebih adil. "Kawan apa sampai peluk - peluk pinggang?" Aku ketap bibir, menahan rasa kecewa.
"Listen, Ina. Saya minta maaf okay?" Shahril garu kepala. Aku geleng, mahu mengajar dia memujukku.
"Taknak? Susahlah! Macam aku teringin sangat pulak kat kau. Badan macam apam, muka jerawat batu. Orang dan suka tu bersyukurlah sikit! Asshole." Shahril terus berlalu meninggalkan aku tergamam di situ.
Aku hela nafas panjang. Memang aku buruk, tapi aku juga punya perasaan. Perlakuan Shahril itu cukup memedihkan. Tapi sekurang - kurangnya aku tahu, dia tidak mahukan perubahan. Aku tak mampu mengubahnya.
"Ina, kenapa sedih sangat ni?" Huda teman sebilikku sentuh bahuku. Lamunanku tentang hubungan dengan Shahril yang terputus terus berkecai bagai deraian kaca.
Aku diam, tak pasti apakah Huda sesuai untuk dijadikan teman bercerita.
"Let me guess. Ni mesti sebab Aril kan?" Huda mendengus kasar. Aku tak mahu beri respons. Bukannya aku tak tahu, Huda pun ada berSMS dengan Shahril.
"Kau pun satu Ina, tak payahlah bertahan sangat dengan orang yang tak tahu menghargai."
"Dahlah Huda, takde moodlah." Aku bangun menuju ke ruang tamu.
Uhh, bayangan itu lagi.
Sejak kebelakangan ini, bayangan dalam mimpi aku sudah pandai munculkan dirinya. Mengajak aku untuk terima pemberiannya. Sejenis tangkal seperti taring panjang. Aku keliru. Adakah aku sudah gila?"
* * *
"Bangun, sial!" Aku bagi penampar padu di pipi Afrina. Terkebil - kebil matanya setelah sedar."Baik bunuh je aku daripada seksa macam ni. Tapi mampu ke kau bunuh orang?" Afrina senyum sinis padaku. Aku balas kembali senyumannya. "Mampu, tapi aku bukan kau."
Farhad sudah keluar dari pondok itu, menghabiskan rokoknya.
"Aku rasa antara kita dah tak ada apa - apa." Afrina mengalih pandangan. "Aku dah dapat semua yang aku nak. Shahril pun dah tak ada."
"Kenapa kau sanggup buat Shahril macam ni?" Aku tunduk, sambil ramas bahu Afrina.
"Aku nak dia rasa apa aku rasa."
"Rasa apa?" Aku tahu, aku takkan dapat jawapan daripadanya. Afrina dari tadi tersengih - sengih macam orang gila.
"Aku tau, memang takkan dapat jawapan. Tapi aku ada hadiah untuk kau." Aku kebelakang sedikit, ambil lajak.
"Ni untuk anak aku." Aku bagi penerajang dengan boot aku, tepat di perutnya.
Urghhhhh!
Liurnya yang bercampur darah menyembur keluar dari mulut.
"Ni pulak sebab kau goda laki aku!"
Satu penerajang lagi singgah di wajahnya.Afrina pengsan.
"Dah Chyra. Dah. Kita tak boleh hukum dia. You sabar okay. Pihak polis dah jumpa mayat security guard tu. Tunggu diorang ke sini je." Farhad peluk aku, cuba menenangkan.
"Kau, selamat merempat dalam penjara tu."
----------------------------------------------------------------------
Hi, sorry lambat. And maaf pendek je update. Esok I habiskan story ni. Thanks uols! 😘😘
YOU ARE READING
Fickler
RomanceChyra, itu aku. Tubuh lelaki itu cukup mudah untuk aku tagih nafsunya, namun tidak cintanya. Kerana perbuatan durjana seorang lelaki, aku jadi mangsa hingga aku tak percaya lagi pada cinta. Berpuluh lelaki tewas dengan permainan nafsu ini, hingga k...