New Beginning

21.5K 302 27
                                    

Seperti biasa, aku menjalankan rutinku menjaga Shahril yang masih tiada tindakbalas positif. Rasa sedikit penat dan seperti mengharap sungguh Kak Ina akan pulang cepat, atau ada pembantu yang dijanjikan lima bulan dahulu. Dengan mama lagi yang memang kurang sihat.

Aku ada mengadu pada Shahfri yang aku mudah penat sekarang. kandungan dah mencecah usia lima bulan dan janji Shahfri untuk cari penjaga Shahril hanya tinggal janji.

Dalam keadaan sebegini, aku mudah sekali rasa tertekan. Namun setiap kali aku rasa seperti ada nafas lain dalam tubuh, semangat aku kembali pulih. Setiap pergerakannya bagai irama yang buat aku tersenyum.

"Assalamualaikum. Chyra macam mana? Abang okay tak?" Kak Ina muncul di pintu, lalu bersalam denganku. Kerap juga perempuan ini pulang sekarang. Kaya sungguh dia.

"Eh bila sampainya? Mama tak ada cakap apa - apapun?"

"Sekejap je ni. Sebab ada urusan penting. Seminggu jugalah. Terima kasih Chyra, sebab sentiasa tolong akak." Aku senyum tawar, kalaulah dia tahu aku penat. Kalaulah semua orang tahu aku penat. Tapi semua dalam rumah ini bagai batu, tak ada perasaan! Eh tak, sebab depan semua orang aku cakap aku mampu, aku kuat. 😏

"Minggu depan, akak dapatkan penjaga untuk abang. Jadi bolehlah Chyra berehat. Dah masuk lima bulan ni makin berat kandungan tu." Kak Ina mengusap - usap perutku yang nampak kedepan.

"Ye, terima kasih kak."

***
Shahfri sampai lewat sedikit hari itu, lebih kurang pukul sembilan malam. Segera aku sambut dan kami makan bersama - sama.

"Bie, nampaknya tak lama lagi bolehlah sayang ikut bie ke PPHP." Aku teruja. Shahfri suap aku dengan isi ayam dari pinggannya.
"Bie pun nak cakap benda sama sayang. Kak Ina bagitahu pagi tadi dah ada orang boleh jagakan abang."

"Bie makan dulu, sayang readykan air untuk  bie. And sayang nak kemas katil sikit ye." Aku cium pipi Shahfri dan segera ke tingkat atas.

Aku pandang Shahfri sekilas, ternyata dia masih memandangku dengan wajah simpati. Harap simpatinya itu bukan hanya pada pandangan sahaja.

Sejak petang tadi, bayi di dalam ini kurang bergerak. Aku risau juga sebenarnya. Namun aku cuba berfikir yang baik - baik. "Sayang nak bercakap dengan nenek ke? Kejap mommy call nenek." Aku usap perutku,  kemudian kucapai telefon.

"Hello ibu, sihat?" Aku tanya khabar ibu. Sudah lama tak menelefonnya yang sentiasa sibuk itu.

"Alhamdulillah. Cucu ibu sihat tak?" Ibu bersuara teruja. Sekarang kalau bertanya khabar, memang  little Shahfri inilah yang jadi perhatian. Aku pula ditolak ketepi saja. Tapi aku bahagia, nafas baru aku ini diberi perhatian sepenuhnya.

"Buat masa ni macam biasalah ibu."

"Ibu doakan yang terbaik buat kamu semua." Air mata aku bergenang. Aku rindu ibu.

Sekadar bertanya khabar, kemudian aku tamatkan panggilan dan segera menukar cadar dan menyediakan air untuk Shahfri dalam bathtub.

MALAM itu aku dan Shahfri tidur awal. Kami penat dengan tugasan masing - masing.

Aku tersedar saat hujan lebat turun membasahi bumi. Tercari - cari Shahfri yang tiada di sebelah. Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Pandanganku melorot pada pintu bilik yang ternganga luas, gelap tanpa cahaya.

"Bie? Bie kat mana?" Aku bangun, memerhati segenap ruang bilik. Namun aku  hampir terloncat disergah Shahfri yang tiba - tiba muncul di balik pintu.

"Bie pergi mana tadi?" Aku mengurut dada, terlalu terkejut. Gila apa Shahfri ni? Takkan dia tak tahu ibu mengandung tak boleh diperlakukan sebegitu? Bukannya perlahan suara jerkahannya tadi. Silap haribulan Shahril boleh bangun dan ketuk kepala dia dengan gitar.

"Bie pergi minum airlah sayang. Haus!" Shahfri ketawa mengekek, meremang juga bulu romaku.

"Dahlah, jom tidur balik." Aku baring mengiring. Namun Shahfri segera menarik dan menindihku dan mencium seluruh wajahku. Aku kesakitan. Shahfri terus halakan batangnya dan menjolok hingga aku terjerit sakit.

"Bie! Sakit!"

Aku buka mata saat pipiku ditampar perlahan. Shahfri dengan mata sembab memegang tanganku yang sedang mencekik lehernya.

"Sayang mengigau sayang. Dah,  bangun kejap. Kita tak solat Isyak lagi rupanya. Bangun ye. Larat tak?" Aku peluk Shahfri sekuat hati dengan deruan air mata.

"Sayang?" Shahfri usap rambutku. "Kenapa ni sayang?" Aku menggeleng, namun Shahfri faham, aku dalam kekacauan emosi. Belakangku diusap lembut. "Dah sayang. Dah."

***
Malam yang panjang berjaya dilalui, aku buka mata saat matahari sudah memancar masuk ke celah langsir.

Perut rasa memulas. Tak pernah aku rasa sakit sebegini. Shahfri masih lena di sebelah. Perlahan aku bangun dari perbaringan. Dengan penuh payah, aku berdiri dan melangkah ke tandas.

Namun aku rasa aneh. Bayi di dalam perutku bagai terapung menghentam dinding. Dadaku berdebar. Aku usap perut yang kesakitan.

"Bie, bangun!"

KAMI sama - sama termenung selepas perutku diperiksa doktor Athirah, doktor yang memang bertanggungjawab follow up perkembangan bayiku selama ini dan dia membawa perkhabaran buruk.

"Baby dah tak ada dari semalam lagi I rasa. Terputus dari tali pusatnya." Doktor Athirah tunjuk pada kami hasil scanning yang dilakukan tadi. Dia menggeleng kepala saat jarinya menunjuk pada satu bahagian.
"Kepala dengan badan terputus dua. Poor soul. Apa yang berlaku sebenarnya ni? You confirm tak ambil apa - apa Sahairah? Any traditional meds, any supplements?"

Airmataku menitik laju sambil menggeleng.
"Kita terpaksa induce untuk keselamatan you. As soon as possible." Doktor Athirah pegang tanganku.

***
Aku memerhati bayiku itu dengan perasaan bercampur baur. Rasa seperti marah, tapi pada siapa aku patut marah? Aku kecewa, namun siapa yang buat aku kecewa? Sedih, useless. Semuanya bercampur membuatkan aku rasa seperti mahu gila.

Airmataku sudah kering, namun Shahfri masih menangis hiba. Anak lelakiku yang hanya sebesar tapak tangan itu tercabut kepala dari tubuhnya, bagai dipulas.

"Bie tanam dekat dengan moyang dia nanti ye sayang." Dalam esak,  Shahfri usap pipiku. Aku pegang tangan Shahfri yang menggeletar, sejuk.

"Bie, don't leave me alone, ever again."

***
Tiga hari di hospital, aku minta sedikit masa lagi pada Doktor Athirah untuk tenangkan fikiran. Betul, perasaanku cukup kacau sekarang. Aku perlukan lebih masa untuk berehat.

Aku capai telefon untuk hubungi Shahfri, namun panggilanku tak berangkat.

Elok saja aku letak telefon ke sisi, Shahfri muncul dengan wajah kemerahan. Matanya bengkak seperti baru lepas menangis.

"Bie? You okay?" Aku sedikit panik saat Shahfri memelukku erat. " Kenapa ni bie?"

"Sayang. Abang Shahril dah tak ada!" Shahfri teresak - esak dan memelukku, lebih erat.

Shahril, you gone to soon Shahril. Why?

FicklerWhere stories live. Discover now