Esoknya aku dan Shahfri pulang ke Kuantan. Terpaksa pulang awal.
Oh, aku belum kerja lagi. Masih kenyang dengan duit belanja Shahfri. Walaupun setiap bulan Shahfri membebel kenapa banyak sangat aku shopping online di Sephora pakai kad dia padahal waktu keluar dengan dia aku tak pakai makeup beria pun.
Now, sebagai isteri aku kena rancang sama - sama kewangan kami.
"Sayang, bie selalu teringin nak buat macamni kalau drive." Shahfri tersenyum nakal sambil bawa tangan aku ke celah kangkangnya. Aku tarik balik tangan aku, merajuk.
"Ala, janganlah marah bie. Semalam tu baru itulah bie ada masa jenguk gosip - gosip tu. Manalah bie tau sayang dah mengantuk." Shahfri pujuk sambil cubit pipi aku, aku elak.
"Hmm, merajuk sungguh ni." Shahfri bersuara perlahan.
"Sayang, nak McDs?" Shahfri tunjuk pada signboard Mac Donalds sebesar alam di tepi jalan. Aku geleng.
"Okaylah, sayang dah tak sayang bie." Shahfri terus memandu laju namun sebab pakai kereta hybrid, kelajuannya agak terbatas.
"Bie, boleh ke kita bahagia?"
"Kenapa sayang tanya macam tu? Rasa tak bahagia ke dengan bie?"
"I need answer, not another questions." Aku buat muka Siput Sarawak macam dalam cerita Jula Juli Bintang Tiga.
"Of course sayang. Bie janji." Shahfri pandang aku sekilas.
"Tapi belum apa - apa dah buat sayang kecewa. Pentinglah lagi Tom Cruise tu berbanding wife sendiri." Aku mendengus. Shahfri diam.
"Boleh bagi satu peluang bie nak tebus kesalahan bie?" Shahfri raih tangan aku. Aku diam tak menjawab.
***
Sampai ke rumah mama dan papa di Kuantan, Shahfri papah Shahril dulu naik ke biliknya. Aku buat - buat macam tak ada apa - apa berlaku, tolong Kak Ina angkat barang."Jangan ingat aku tak tahu, kau buat laki aku terlantar." Dibisiknya kata - kata itu ke telingaku sewaktu kami sedang mengeluarkan barang dari dalam perut kereta. Aku menyirap rasa, tapi aku malas nak lebih-lebih emosi.
"Kau nampak muka aku ni ada gaya bomoh ke?" Aku angkat kening sebelah. Kak Ina senyum sinis.
"Nampak je. Macam jenis liar." Dia ketawa perlahan. Aku ketap bibir.
"You know what? Fuck you." Aku hala jari tengah tepat ke mukanya dan terus masuk dalam rumah.
Macam mana aku nak cerita pada Shahfri benda ni ya? Aku rasa aku macam Shahril. Setiap kali aku nak bercerita, lidah aku jadi kelu. Aku betul - betul tak mampu nak luahkan apa yang Kak Ina dah buat pada aku. Penyudahnya aku hanya mampu mencarut. Ada rasa takut juga terselit bersama dengan perasaan marah.
"Sayang? Kenapa marah - marah lagi ni?" Shahfri yang sedang mengemas pakaian ke dalam almari terus duduk di sebelah aku, mengusap rambutku seperti selalu.
Aku peluk Shahfri sekuat hati, menangis semahunya.
"Ya Allah, kenapa lagi ni? Cerita kat bie, apa lagi yang tak kena." Shahfri pegang kedua belah pipi aku dan diseka airmataku dengan ibu jarinya.
"Sayang stress agaknya." Aku teresak - esak.
"Ye kejap lagi kita hilangkan stress tu ya sayang?" Shahfri kucup antara dua kening aku. Sedikit sebanyak, aku rasa lega dengan apa yang Shahfri lakukan itu.
"Baby. Dah jom kita mandi sama nak? Hilangkan stress." Aku senyum. Shahfri pandai pujuk, kecuali part malam pertama tak jadi semalam.😑 hujan di luar makin melebat.kedinginan mula menjalar seluruh tubuh

ANDA SEDANG MEMBACA
Fickler
RomanceChyra, itu aku. Tubuh lelaki itu cukup mudah untuk aku tagih nafsunya, namun tidak cintanya. Kerana perbuatan durjana seorang lelaki, aku jadi mangsa hingga aku tak percaya lagi pada cinta. Berpuluh lelaki tewas dengan permainan nafsu ini, hingga k...