🐾 Ini Ceritaku

69.6K 384 57
                                    

[Saat aku tulis ini, bertarikh Disember 2012]

Hai. Nama aku Sahairah. Semua orang panggil aku dengan nama Chyra (read:Chai-ra). Currently 22, masih belum berkahwin. Ops, tak. Selalu kahwin, tapi masih belum bernikah. See the difference?

Well, sebenarnya hidup aku tak adalah huru hara sangat kalau bukan disebabkan oleh Zaidi. Aku membesar sama seperti gadis - gadis lain. Punya naluri untuk bercinta tapi masih mengekalkan batas antara lelaki wanita. Zaidi punca aku terjebak dengan gejala sial ini, dan Zaidi juga bertanggungjawab kalau aku jadi terlalu jauh dari norma aku. Tapi, tunggu aku ceritakan hingga habis kisah ini.

Orang cakap aku cantik, badan bukan macam model tapi boleh buat ramai lelaki rebah. Kalau aku senyum, mesti ada yang lekat. Oranglah yang cakap kat aku. Gila apa aku nak puji diri sendiri? Ish memang taklah. Tapi at least kau semua ada gambaran, aku ni macam mana kan?

Aku kesunyian sebenarnya. Bukan apa, Aku boleh dapatkan lelaki, tapi bukan cintanya. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku sendiri dah hilang kepercayaan pada lelaki. Senang kata, banyak kali juga aku terkena dengan lelaki sampah. Memang tak ada lagikah lelaki yang ikhlas cintanya di dunia ni ya?

Mesti akan ada yang cakap alah perempuan pun sama perangainya,  kerja nak salahkan lelaki je kalau dah kecewa tu. Eh? Dah bahagian aku dapat lelaki keji, kalau kau bukan kategori makan tanggung berak cangkung tu kau diam sudahlah. Lempang karang.

Aku diketegorikan sebagai seorang perempuan yang berpewatakan agak kasar tapi makin dimamah usia ni rasanya makin lembut, good for this story. Kasar mungkin sebab aku independent? Atau untuk buktikan yang aku kuat? Well. Aku masih minat warna pink, masih suka bunga dan masih minat pada lelaki. Jadi kasar aku itu dalam ketegori 'mild'.

Bukan apa, perasaan untuk rebel sebenarnya dah makin sayup. Rebel is just for teenagers okay, I'm not, anymore. Sekarang masa untuk mencorak hidup sendiri yang dah makin jauh tersasar. Itu sahaja.

Okaylah malas nak membebel panjang, karang layu.

So,

Inilah perjalanan hidup seorang manusia yang bernama Sahairah.

Harap korang tak jemu. Pis ✌🏾

-------------------------------------------------------------

Credit Song: Here We Go Again/
Demi Lovato

FicklerWhere stories live. Discover now