Aku seka air mata yang berguguran saat menatap gambar perkahwinan kami. Ibu yang sedang memasak, satu - satunya perbuatan yang paling jarang aku nampak ibu lakukan menjengukku yang sedang duduk berteleku di atas lantai beralas karpet tebal.
Aku tak block WhatsApp dan nombor telefon Shahfri. Aku biarkan mesej bertubi - tubi masuk dan beribu - ribu panggilan tak berjawab. Biar dulu, beri aku masa untuk tenangkan diri terlebih dahulu sebelum aku selesaikan satu persatu masalah ini.
Meow..
Kiko menggesel pahaku lalu naik dan duduk di atas riba.
"Dahlah tu, Chyra. Dugaan berumahtangga ni memanglah mencabar. Kalau kamu tak kuat boleh menderita teruk. Sabar sayang. Ibu tau ada pengakhiran yang baik untuk anak ibu ni."
"Chyra okay je ibu. Mata masuk habuk." Aku tipu ibu. Ibu cuma menggeleng. "Jangan nak tipu ibulah."
Bau mee goreng semerbak buat perutku jadi lapar. Aku bangun, memeluk ibu dari belakang. "Kenapa ibu masak macam - macam ni?" Terhidang di atas meja sebekas mee goreng, telur dadar, sambal bilis dan nugget tempura ayam. Terlalu banyak untuk kami berdua. Sudahlah kesemuanya aku masih tak berapa boleh nak makan lagi. Hish, ibu.. Ibu.
"Kejap lagi Farhad dengan Makngah nak datang. Ingat ibu saja - saja ke terlebih rajin ni?" Ibu capai tanganku lalu ditarik aku menghadapnya. Rambut panjangku disingkap celah telinga.
"Listen, sayang. Orang lelaki ni memanglah sanggup buat macam - macam untuk dapatkan kita. Tapi bila dah dapat takdenya dia nak hargai kita." Ibu mengeluh. "Sebab tu, ibu pentingkan anak ibu ada kerjaya, ada pendidikan. Now Shahfri buat Chyra macam ni, Chyra kena buktikan yang Chyra mampu bangkit semula. Boleh?" Aku senyum, dan peluk ibu seerat mungkin.
"Chyra nak potong buah epal. Tak balance langsung hidangan ibu buat tu." Aku mengusik ibu padahal air liur dah mencurah - curah tengok udang bergolek - golek celah mee goreng.
Farhad datang jam enam petang, terus duduk di sebelahku sambil mengusap lenganku. Aku ingat lagi, perbuatan itu kali pertama dilakukan sewaktu kami bertemu di Starbucks. Aku senyum.
"You okay Chyra? My God, so skinny. Sakit lagi ke?" Farhad belek wajahku. Aku geleng. "Tak selera makan, that's why kurus." Aku bagi satu senyuman walaupun jelas kelihatam tawarnya.
"I'm sorry for you lost." Farhad merujuk kepada bayiku yang keguguran, aku angguk saja.
"Farhad, makan dululah. Teman mama makan." Ibu panggil Farhad makan sekali. "Jom makan, Chyra?" Lepas ni boleh kita borak panjang sikit." Pujuk Farhad. "Its okay Farhad. I dah makan tadi." Aku berbohong. Farhad mengangguk sambil mengusap rambutku. Dah kenapa pula Farhad ni?
Selesai makan, kami berborak - borak tentang banyak perkara, membawa kepada siapa Farhad waktu kecil dahulu.
"Oh, yang tak pandai cakap melayu tu, youlah dulu?" Aku senyum saat Farhad tunjuk gambar zaman kecilnya yang berambut John Lennon.
Farhad ni masa kecil kami panggil Chat. Sebab itulah aku lansung tak kenal bila dia kenalkan dirinya di rumah nenek tempoh hari. Sudahlah gemuk gedempol, gelap macam bontot kuali. Sekarang Farhad lain. Tubuhnya sasa dengan ketinggian 185cm, dia boleh dikatakan sebagai lelaki yang tsll dark and handsome.
"I dari kecil kena buli dengan sepupu - sepupu. Sebab tak berapa pandai cakap melayu. Ni salah mamalah ni. Bawa I duduk Berlin lama sangat. Mujur sekarang dah okay semua sepupu."
"Eh, mama bawa kau tu patut bersyukur. Dapat tengok negara orang. Nak disalahkan mama pulak." Aku ketawa melihat telatah dua beranak ini.
Aku tenung wajah kacak Farhad yang masih menjawab mamanya. Perwatakannya sekarang, dengan masa aku mula kenal dia dulu memang jauh berbeza.
Mama ke dapur membantu ibu mengemas dapur. Terdengar juga ayat biasanya.
"Aku ni berkenan betul ke budak Chyra tu. Kalau dia bercerai dengan lakinya tu nanti, kau bagitahu aku cepat - cepat. Aku nak Farhad jaga Chyra. Kesian dia. Aku kenal Farhad tu. Aku tau dia pandai jaga isterinya nanti."
"Bagilah masa Chyra tu nak pulih dulu Kak Liza oi. Budak tu trauma." Aku dengar ibu cuba backup aku.
"Sibuk je mama nak jodohkan I dengan you." Farhad ketawa sambil menggelengkan kepala.
"Ibu mana tak risau kalau anak dia fuckboy. Of courselah dia nak carikan anak dia isteri." Selamba aku kenakan Farhad. Kemudian aku ketawaa. Farhad nampak terkejut.
"Ehh masa kat Starbucks tu, I masih terikut - ikut kehidupan kat US sana tulah. Adoi. Sekarang lama dah I cuci tangan okay, plus masa tu, you hot sangat ! Jarang ada awek cun macam you so daring sampai macam tu. " Bersungguh - sungguh Farhad membela dirinya. Aku hanya ketawa.
"Chyra?"
"Yes? Kenapa Farhad?"
"Ada ke peluang untuk I hidup dengan you? I nak jaga you seikhlas hati I."
Aku diam, tidak mahu memberi Farhad harapan.
YOU ARE READING
Fickler
RomanceChyra, itu aku. Tubuh lelaki itu cukup mudah untuk aku tagih nafsunya, namun tidak cintanya. Kerana perbuatan durjana seorang lelaki, aku jadi mangsa hingga aku tak percaya lagi pada cinta. Berpuluh lelaki tewas dengan permainan nafsu ini, hingga k...