EPISODE 1
Kim Hae Jin membimbit beg kerjanya sambil menyanyi kecil, tak sabar ingin berjumpa dengan Mamanya, sampai sahaja di lobi, dia bertembung dengan abangnya, actually abang angkatnya. Park Jimin. Hae Jin tersenyum manis namun dibalas jelingan oleh Jimin. Tak cukup dengan itu, Jimin sengaja melanggar bahunya sehingga dia berundur sedikit ke belakang. Jimin hanya menghadiahkan senyuman sinisnya kepada Haejin.
Hae Jin hanya mampu mengeluh.
***************************************************
Hae Jin menutup pintu keretanya dan menuju ke arah seorang perempuan yang sedang menyiram pokok bunga. Dengan perlahan-lahan dia berjalan supaya tidak disedari.
"warrghh!" HaeJin menepuk bahu wanita di depannya.
"arghh!" wanita tersebut menjerit sambil memukul kelibat di belakangnya.
"auw! Auw! It's me. Haejin" ucap Haejin sambil mengangkat kedua tangannya.
"ish kamu ni Haejin, terkejut Mama tau!" marah Pn Park. Hae Jin tersengih.
"Papa mana?" Hae Jin memandang kiri kanan. Mencari kelibat En. Park. Actually Haejin ni anak angkat keluarga Park. Eomma & Appanya merupakan kawan baik En & Pn. Park. selepas parentnya meninggal, dia diambil oleh En & Pn Park sebagai anak angkat.
"macam biasalah, kat office. Takkan kamu tak jumpa Papa kat office tadi?" kata Pn Park sambil duduk.
"tak perasan lah Mama. Erm mama masak apa untuk dinner malam ni? Lapar ni" Haejin mengusap perutnya.
"Mama ingat nak masak sup Kimchi, ayam goreng & daging panggang. Amacam?" soal Pn Park.
"woahh terbaiklah Mama! Ni yang sayang lebih ni. Makin lapar pulak rasa" Haejin tersengih.
"makin kurus Mama tengok kamu. Mama suruh tinggal dengan Mama tak nak, kalau tak boleh Mama tengok-tengokkan kamu. tinggal dengan Mama ye" pujuk Pn Park.
"erm Haejin dah banyak menyusahkan Mama, Haejin nak belajar hidup sendiri" terang Haejin. Sejak kecil dia dibela oleh Pn Park, sampaikan sekarang dia bekerja dengan Papa angkatnya itu. Lagipun abang angkatnya si Simen tu mana pernah sukakannya. Boleh si Simen tu cakap dia ni perampas kasih sayang En & Pn Park? Teruk betul.
"kamu tak pernah menyusahkan Mama. Kamu kan anak Mama" ucap Pn Park. haejin sedikit terharu. Walaupun dia anak angkat, dia dijaga sepenuhnya.
"Mama jom kita masak! Kejap lagi Papa dengan Jimin Oppa nak balik" ajak Haejin.
"jom" sahut Pn Park.
*********************************************
Suasana sedikit riuh di meja makan, tiga suara sedang riuh berbual.
"haa Papa kena makan daging ni banyak-banyak tau" Haejin meletakkan daging ke dalam pinggan En Park.
"ni mesti kamu yang masak kan? Mesti sedap kalau anak Papa ni masak" teka En Park.
"apalah Papa ni, confirmla sedap" kata Haejin bangga.
"beria anak awak ni nak masak daging ni, saya nak tolong pun tak bagi" ujar Pn Park. Haejin tersengih. Mereka bertiga ketawa bersama.
Manakala Jimin yang berada di atas sofa hanya menjeling, tschhh dia memang langsung tak sukakan si Haejin tu, sejak dari dia berumur 10 tahun lagi. Baginya Haejin adalah penyemak di dalam keluarganya. Mama & Papanya lebih banyak pentingkan Haejin berbanding dirinya.
"Haejin, panggil Oppa kamu tu" ucap Pn Park. Haejin hanya mengangguk & menuju ke arah Jimin yang sedang menonton TV.
"Erm Opp..eh Jimin. Mama panggil makan" ucap Haejin takut-takut. Memang dia takut tengok muka tegas Jimin yang tak pernah nak senyum padanya. Sejak dia masuk ke dalam keluarga Park, Jimin sangat bencikan dirinya. Lagipun Jimin melarangnya memanggilnya 'Oppa'.
"aku tak lapar" dingin jawapan Jimin.
"nanti perut tu masuk angin" tegur Haejin.
"eh sukahati akulah! Kau blah sekarang!" marah Jimin sambil memandang dengan tajam.
"Jimin! Tak boleh ke cakap elok-elok sikit dengan Haejin? Dia adik kamu tau tak!?" marah Pn Park.
"she's not my sister! Mama & Papa yang kutip dia masuk dalam keluarga ni!" balas Jimin.
"Jimin, kenapa kurang ajar sangat ni?!" tegur En Park. Jimin memandang Haejin dengan tajam. Haejin pula yang takut melihat muka bengang Jimin. Dia berundur sedikit ke belakang.
"haa eloklah! Bela lah anak pungut ni!" tengking Jimin.
"kurang ajar!" En Park mengangkat tangannya ingin menampar muka Jimin namun dihalang Haejin.
"Papa jangan pukul Oppa!" Haejin memegang tangan En Park. En Park menarik nafas kasar.
"sebab kau, Papa nak pukul aku. Sebab kau, Mama marah aku. kau memang tak gunalah Kim Haejin" bisik Jimin di telinga Haejin dan berlalu pergi. Pintu rumah dihempas kasar.
"maafkan Oppa kamu ye Haejin. Mama pun tak faham dengan perangai dia tu" pujuk Pn Park.
"dah jom kita makan, pedulikan dia" ajak En Park. mereka bertiga menuju kembali ke meja makan.
-TBC-
SORRY guys kalau tak best. harap korang dapat support la FF saya yang tak seberapa ni :)
YOU ARE READING
[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanfictionBila kau cuba nak berbaik dengan abang angkat kau, tapi dia sedingin ais dan garang macam singa #1 in fanfiction (13/12/2020) #2 in bts (30/7/2021)