PART 8

3.5K 355 65
                                    


PART 8

Haejin sibuk menyusun lauk pauk di atas meja makan. Bunyi enjin kereta di luar rumah membuatkan Haejin tersenyum. Jimin masuk sambil membimbit begnya.

“awak nak makan?” ajak Haejin.

“kau makan jelah sorang” balas Jimin dingin.

“tapi saya ada masak makanan kesukaan awak” pujuk Haejin.

“hei kau nak aku ulang berapa kali?! Kau jelah makan semua tu!” tengking Jimin. Bahu Haejin sedikit terhinjut. Jimin terus berlalu ke biliknya. Meninggalkan Haejin keseorangan.

“hmm masuk peti lagi lah ni” bisik Haejin.

*****************************

Jimin menuruni tangga sambil menggosok rambutnya, peti ais dibuka. Sebotol air mineral dikeluarkan. Semasa ingin meletakkan kembali dia ternampak makanan-makanan yg dimasak Haejin tadi. Ada daging panggang, sup kimchi dan ayam goreng. Jimin meraup mukanya, rasa bersalah tengking Haejin tadi. Dia terlalu stress dengan urusan pejabat. Pinggan berisi daging diambil & dipanaskan di dalam ketuhar. Sekeping daging disuapkan ke mulutnya.

“sedap jugak” ucap Jimin sambil mencuba sekeping lagi. tanpa sedar sepinggan daging telah dihabiskan.

***********************************

Haejin khusyuk menyemak fail-fail di depannya. Bunyi deringan menandakan mesej masuk mengejutkan Haejin. Pantas Haejin membacanya.

petang ni habis kerja kita bermalam rumah Mama Papa, naik kereta aku. aku tunggu kat parking’

                                                      -Jimin-

Haejin tersenyum memandang mesej tersebut. Dah lama dia tak berjumpa Mama Papanya.

Laju sahaja Haejin membalas,

‘okey’
********************************

“Mama!” laung Haejin sebaik sahaja dia membuka pintu kereta.

“Haejin, sampai pun kamu” Pn Park memeluk Haejin. Jimin hanya memandang dengan cebikan. Menyampah.

“eh Mama ni, Jimin taknak sambut ke?” soal Jimin dengan muka merajuk.

“yeay Jimin anak kesayangan Mama ni dah balik!” Pn Park memeluk Jimin pula.

“dah terlambat la Ma” ucap Jimin muncung. Haejin sedikit ketawa namun ketawanya mati apabila Jimin menjelingnya.

“dah jom masuk, Papa dah ada kat dalam” ajak Pn Park. Jimin & Haejin mengikut dari belakang.

*************************************

“so macam mana?” soal Pn Park.

“macam mana apa?” soal Jimin blur.

“aish lembabnya anak aku ni. Mama maksudkan life kamu la” ucap En Park.

“ouh. Okey je” jawab Jimin.

“Hae Jin macam mana?” soal Pn Park.

“okey! Happy!” bohong Hae Jin. Takkan dia nak cerita perkara sebenar.

“ah kamu berdua tak pergi honeymoon lagi kan? Apa kata amik cuti. Papa boleh sponsor” cadang En Park.

“sekarang ni tak boleh la Pa, kan ada projek baru masuk” dalih Jimin.

“a’aah. Hae Jin pun sekarang sibuk dengan projek kat Seoul tu. Erm mungkin lain kali Pa?” ucap Hae Jin.

"Okeylah, nanti bila urusan oejabat dah okey kamu berdua pergi eh?" Ucap En Park. Jimin & Hae Jin hanya mengangguk palsu.

**************************

“nanti datang lagi tau” ucap Pn Park sambil menggenggam tangan Haejin. Haejin mengangguk laju.

“ish awak ni, bagi la masa budak-budak tu nak berdua-duaan” sampuk En Park pula.

“saya Cuma sunyi kat rumah. Awak pun sibuk kat office. Saya sorang kat rumah” muncung Pn Park.

“haa kalau macam tu bolehlah kita tambah anak sorang lagi kan?” usik En Park.

“amboi Papa” perli Jimin.

“entah awak ni, malulah kat diorang ni” muka Pn Park dah merah. Mereka bertiga ketawa, kecuali Pn Park.

“jumpa lagi Mama Papa” laung Haejin dari dalam kereta sambil melambai keluar. En & Pn Park turut membalas lambaian Haejin sehingga kereta hilang dari pandangan.

************************************

Haejin khusyuk menyiapkan tugasan pejabatnya di ruang tamu. Tiba-tiba pintu rumah dibuka kasar, masuk Jimin dalam keadaan mabuk.

“awak mabuk teruk ni” ucap Haejin sambil memapah Jimin menuju ke bilik. Sejujurnya dia dah fed up dengan sikap Jimin yang suka balik lewat malam, pastu mabuk.

“hehehehehe” Jimin ketawa. Haejin merebahkan Jimin di atas katil.

“panas” rengek Jimin tiba-tiba. Haejin membuka butang kemeja Jimin. Baru beberapa butang, air matanya menitis. Ada kesan love bite + gincu.

“why Jimin? Apsal buat saya macam ni? Tak boleh ke belajar terima saya macam saya belajar terima awak?” soal Haejin.

“kau diam, jangan nak nangis bagai” marah Jimin.

“tolonglah berubah Jimin” ucap Hae Jin.

‘Pang!!’ Hae Jin jatuh terduduk memegang pipinya yg ditampar Jimin. Ada sedikit darah di hujung bibirnya. Jimin bagaikan baru tersedar. Pantas dia mencangkung di hadapan Hae Jin.

“maaf! Aku..aku tak sengaja! aip..aip jangan nangis. Nanti tak cantik. Hehehehe” Jimin mula mengarut. Haejin mengelap air matanya, tanpa sepatah kata dia keluar dari bilik tersebut.


Hmmm aku jeles dgn yg dapat pergi Burn The Stage. Aku tak sempat nk beli tiket dah habis 😣 takpelah nanti aku cari kat web lain jelah hmmm

[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now