EPISODE 3
Haejin menyanyi kecil sambil memasukkan nasi goreng ke dalam pinggan. Sedang dia sibuk mencedok nasi, muncul En & Pn Park.
“kenapa dahi ni?” soal Pn Park dengan berkerut.
“erm, jatuh bilik air pagi tadi” bohong Haejin.
“ish kamu ni, hati-hati sikit. Kalau kepala pecah macam mana?” soal En Park risau.
“sikit je Papa Mama” sengih Haejin.
“mana Jimin? Tak bangun lagi?” soal En Park sambil memandang kiri kanan.
“tidur lagilah tu. Apa nak jadi dengan Jimin tu, balik lewat malam. Pastu mabuk. Haih” keluh Pn Park. Haejin hanya mendiamkan dirinya. Malas nak menyampuk.
“Haejin, panggilkan Oppa kamu. suruh dia turun sarapan” arah En Park. Haejin hanya menurut. Langkahnya diatur ke bilik Jimin. Dengan takut-takut dia mengetuk bilik Jimin, bukan apa mengamuk pulak singa sekor tu. Tiada jawapan, Haejin mengambil keputusan untuk masuk sahaja memandangkan ia tidak berkunci.
“erm Jimin, Papa Mama panggil sarapan” Haejin mencuit sedikit bahu Jimin. Jimin membuka matanya
“kau nak apa masuk bilik aku ni?” soal Jimin sedikit tinggi.
“sarapan. Papa Mama panggil” ucap Haejin & ingin beredar dari situ selepas tugasnya selesai.
“kau sini jap” Jimin menarik Haejin sehingga terduduk d atas katilnya. Mukanya didekatkan dengan muka Haejin. Tangannya memegang dagu Haejin agar muka Haejin tidak bergerak.
“Ji..Jimin awak kenapa?” soal Haejin takut. Mana tau Jimin still mabuk ke apa.
“kepala kau sakit lagi?” soal Jimin.
“ttt..tak” jawab Haejin takut-takut.
“kejap lagi aku turun. Dah keluar” arah Jimin. Tanpa membuang masa Haejin terus cabut lari dari bilik Jimin.
,(Di meja makan)
“Jimin, kurangkan aktiviti malam kamu tu, Mama tak suka kamu keluar lewat malam lagi” tegur Pn Park. jimin dah mengeluh. Spoil mood nak breakfast.
“lepak je Ma, bukan buat apa pun” Jimin membela diri.
“hah yela, pastu balik mabuk” ucap En Park. terdengar keluhan kasar dari bibir Jimin. Haejin hanya jadi pemerhati. Menyampuk kang tak pepasal kena fire dengan Jimin.
“lepasni Mama Papa nak keluar. Harini kamu stay rumah. Jangan keluar mana-mana” arah Pn Park.
“dah janji dengan Jungkook la Ma. Takkan nak cancel” ucap Jimin.
“jangan melawan” tegas Pn Park.“ish!” Jimin menghempaskan sudu di tangannya dan berlalu pergi.
“dah makan Haejin, kamu stay sini minggu ni boleh? Dudukla lama sikit kat sini. Mama tak puas lagi spend time lagi dengan kamu” ucap Pn Park.
“booleeeeh!” ucap Haejin laju.
********************************************************
“bosanyaaa” keluh Jimin sambil memicit remote TV. Takde cerita yang menarik pun. Dia memandang ke sisi, Haejin tengah khusyuk mengadap laptop di meja makan. Tengok drama la tu.
“keluar jelah” Jimin mencapai jaketnya yang dah tersedia di atas sofa .
“Jimin, kan Mama cakap jangan keluar” tegur Haejin. Jimin berpaling dan melangkah ke arah Haejin. Haejin menutup mulutnya, okey dia dah silap cakap.
“kau, jangan nak tegur-tegur aku eh. Kau jaga je hal kau. Tak payah nak sibuk hal aku” Jimin menunjal-nunjal kepala Haejin.
“dah aku nak keluar” Jimin menuju ke arah pintu.
*******************************************************
“Jimin, jawablah” bisik Haejin sambil gelisah menghubungi Jimin. Dari tadi dia call namun tak pernah berjawab
‘gruuuh!’- bunyi guruh kedengaran.
Haejin duduk di bawah meja sambil menekup telinganya, memang dia sangat takutkan guruh & petir.
“Mama Papa cepatlah balik, Haejin takut” Haejin menangis teresak-esak.
‘Dumm!’- bunyi petir yang kuat
menyebabkan bekalan elektrik terputus.“mama!” jerit Haejin.
*********************************************“weh Jimin dari tadi handphone kau bunyi, jawablah kot-kot benda penting ke apa” ucap Jungkook.
“arghh malaslah. Parent aku la tu call” balas Jimin malas sambil tangannya masih tak lepas memeluk pinggang gadis seksi di sebelahnya.
“lepasni kalau kau kena perintah berkurung aku tak tau” usik Jungkook.
“alah macam kau tak kenal aku, aku mana boleh ikut arahan” Jimin senyum sambil meneguk wain di depannya
“berlagak” Jungkook ketawa.
********************************************
“blackout ke apa? Satu taman gelap ni. Baru lepas hujan ke apa” bisik Jimin sambil memandang kiri kanan jalan. Seluruh taman perumahan tersebut gelap. Ranting-ranting kayu bersepah di atas jalan.
“hujan,? Blackout, oh damn!” Jimin terus memecut laju dan tiba di rumahnya. Seperti jangkaanya. Gelap gelita. Jimin pantas meluru masuk.
“Haejin!..Haejin!” panggil Jimin namun tiada jawapan. Jimin pantas mengeluarkan handphoneya. Banyak mesej & voicemail dari Haejin. Jimin membukanya satu persatu.
‘Jimin, baliklah cepat, hujan lebat ni’
‘Jimin Haejin takut. Tadi ada petir’
“Oppa, tolong balik cepat’
“damn!” carut Jimin. Menggunakan lampu handphonenya dia menuju bilik Haejin namun kosong.
“Haejin mana kau?!” panggil Jimin namun tiada sahutan-TBC-
Haa guys, yg dah baca ti, ringankan tangan anda untuk vote okehhhhh. Tenkiuuuuu
YOU ARE READING
[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanficBila kau cuba nak berbaik dengan abang angkat kau, tapi dia sedingin ais dan garang macam singa #1 in fanfiction (13/12/2020) #2 in bts (30/7/2021)