PART 12

3.4K 300 16
                                    

PART 12
Jimin membuka pintu rumah perlahan. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Kelihatan makan malam sudah tersedia di atas meja. Jimin sedikit tersenyum, walaupun Haejin masih marah namun Haejin masih menyediakan makan pakainya. Banyak makanan yang dimasak Haejin. Mangkuk berisi nasi dicapai, dengan pantas disuapkan ke mulutnya.

(setelah siap makan)

Jimin membimbit begnya dan menaiki tangga untuk naik ke bilik. Semasa menaiki tangga dia terserempak dengan Haejin.

“awak nak pergi mana lewat malam macam ni?” soal Jimin.

“sejak bila kau pandai sibuk nak tau fasal aku? setahu aku, kau tak pernah kisahkan aku pun?’ soal Haejin sinis. Jimin sedikit terdiam.

“sekarang dah lewat, bahaya. Awak nak ke mana? Saya teman” tanya Jimin. Namun Haejin hanya buat dek dan menuju ke pintu utama. Jimin hanya mengeluh perlahan, langkahnya diatur ke bilik. Setelah siap membersihkan diri, dia membuka 1 apps di handphonenya. Matanya memandang lokasi yg dituju Haejin. Dia meletakkan alat GPS secara sembunyi.

"Buat apa dia ni kat restoran, takkan jumpa client kot. Ke Taehyung?" bisik Jimin.

***************************

Jimin menuruni tangga sambil membetulkan tali lehernya, kelihatan Haejin sedang bersarapan sambil khusyuk menonton berita. Jimin menghirup kopi di depannya. Sekeping roti bakar dicapai. Baru sahaja ingin menyuap ke mulutnya, Haejin pantas bangun meninggalkan dirinya. Sekali lagi dia mengeluh. Mungkin ini apa yang Haejin rasa apabila dia memperlakukan Haejin macam tu dulu. Sakit.

**************************

Bunyi ketukan di pintu mematikan lamunan Haejin, muncul Papanya di sebalik pintu.

“eh Papa, kenapa tiba-tiba datang ni?” soal Haejin pelik.

“ni haa, Papa nak bagi ni” En Park menghulurkan sampul surat. Haejin mengambil dan membukanya. Surat kenaikan pangkat. Haejin tersenyum lebar, namun lama-kelamaan senyumannya pudar.

“erm rasanya Haejin tak layak, ada orang lain lagi layak Senior Manager ni. Maybe Jungkook?” dalih Haejin. Bukan apa, tugas jawatan tersebut memerlukan dia sentiasa berkepit dengan Jimin, selaku Chief Executive Officer (CEO) syarikat tersebut.

“Papa rasa kamu yang paling layak, takkan Papa nak bagi orang luar jadi pentadbir tertinggi syarikat kita” pujuk En Park.

“tapi Papa…okeylah..bila Haejin kena pindah ni?” Haejin mengalah.

“esok boleh, lagi cepat lagi bagus” ucap En Park.

**********************

Haejin memegang kotak di tangannya sambil membebel kecil. Malas betul dia nak pindah jawatan, kalau bukan arahan Papanya jangan harap dia nak masuk department ni.

“ah Puan Haejin dah sampai, saya Mina, PA Tuan Jimin. Jom saya tunjukkan bilik Puan” tegur Mina. Haejin hanya mengikut langkah gadis tersebut.

“ni bilik Puan, and Tuan Jimin nak jumpa Puan dalam setengah jam lagi. bilik Tuan Jimin kat sebelah ni” tunjuk Mina. Haejin baru perasan yang hanya lapisan kaca yang memisahkan bilik mereka. Maksudnya Jimin boleh nampak apa yang dia buat.

“cis licik betul dia rancang semua ni” bisik Haejin.

“apa Puan?” soal Mina.

“takde apa, erm tak payah panggil saya Puan. Panggil Haejin je, selesa sikit” Haejin senyum.

“okey boleh. Saya keluar dulu” Mina senyum dan menutup pintu. Haejin menyusun barang-barang di bilik ‘barunya’. Selepas setengah jam, dia keluar menuju ke bilik Jimin. Haejin mengetuk pintu, kedengaran suara menyuruhnya masuk.

“ada apa Tuan nak jumpa saya?” soal Haejin, cuba berlagak profesional.

“macam mana bilik baru awak? Ada nak saya tambah apa-apa ke?” soal Jimin.

“tak perlu. Dah selesa” ucap Haejin.

“okey saya nak awak study sikit fasal projek kat Gangnam, pukul 2 ni kita akan ke sana” Jimin menghulurkan fail.

“baik Tuan” Haejin mengambil fail tersebut dan membeleknya.

“Haejin, saya minta maa..”

“nanti pukul 2 saya tunggu Tuan kat lobi, saya pergi dulu” potong Haejin dan membongkok sedikit dan membuka pintu lalu keluar. Jimin meraup mukanya.

*********

“kita makan dulu sebelum balik office, awak nak makan apa?” soal Jimin sambil memakai seatbelt. Haejin tak menjawab sebaliknya hanya memandang ke luar tingkap kereta.

“kita makan KFC okey?” soal Jimin sekali lagi, juga tiada jawapan dari Haejin. Jimin mengeluh perlahan & meneruskan pemanduannya.

(sebaik tiba di restoran KFC)

“Awak duduk sini dulu, jap saya pergi beli” arah Jimin. Haejin hanya menurut. Tak sampai 10 minit Jimin muncul bersama ayam goreng dan burger serta minuman.

“ni untuk awak” Jimin meletakkan beberapa ketul ayam goreng. Dia cukup maklum yang Haejin memang sukakan ayam goreng dari kecil lagi. Haejin mengambil dan memakanya. Jimin hanya memerhatikan tingkah laku Haejin yang sedang khusyuk makan.

"Tengok apa?" jeling Haejin.

"Ttaa takde apa" Jimin sedikit gagap disergah begitu. Burger yang berada di tangannya disuap ke mulut.

**************

“amacam bro?” tanya Jungkook.

“hmmpp makin teruk, sekarang ni dia langsung tak nak cakap dengan aku. macam cakap dengan dinding je. kecuali hal kerja, baru aku dapat dengar suara dia” keluh Jimin.

“kau kena usaha lebih lagi, eh mana Haejin? Dah Balik?” soal Jungkook sambil memandang ke arah bilik Haejin yang kosong.

“entah, dari tadi aku tak nampak. Pergi site kot” jawab Jimin.

Fire ~ fire~”- bunyi telefon

Jimin mengangkat panggilan tersebut.

“ye saya..what!? okey saya datang!” Jimin bingkas bangun.

“wey apasal ni?” soal Jungkook.

“Haejin accident!” Jawab Jimin sambil berlari keluar.

[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now