SPECIAL PART

3.9K 281 71
                                    


Jimin membuka pintu rumah perlahan, kepalanya dimasukkan sedikit melihat seisi rumah yang suram. Hanya lampu dapur yang dibuka. Dia menutup pintu perlahan supaya tidak mengeluarkan bunyi.

Tiba-tiba lampu dibuka

"Ooo mak!" latah Jimin.

"Apsal masuk macam pencuri? Takut kantoi?" perli Hae Jin.

"Maaf, saya ada banyak kerja kat office tadi" jawab Jimin takut-takut. Risau jugak Hae Jin mengamuk. Dia jugak yang jadi punching bag nanti.

"Awak lupa kan harini hari apa? Kan saya dah cakap banyak kali. Awak selalu macam ni, selalu pentingkan kerja berbanding keluarga" bebel Hae Jin.

"Bukan macam tu, saya tak lupa. ada urgent meeting tadi. Takkan saya nak tinggalkan macam tu. Lagipun sejak awak berhenti, saya tak sempat nak cover semua kerja" jelas Jimin.

"Ouh sekarang nak salahkan saya?!" soal Hae Jin bengang.

"Bukan macam tu sayang, sekarang tengah banyak projek. Jungkook pun tak semua dia boleh bantu saya. Dia pun kena siapkan kerja dia jugak" terang Jimin berhemah. Cuba menyejukkan keadaan.

"Dahla malas nak cakap dengan awak, pergila office. Tak payah balik" Hae Jin terus berlalu.

Jimin mengeluh. Tie nya dilonggarkan. Harini merupakan hari ulangtahun perkahwinanya dengan Hae Jin. Mereka sepatutnya dinner bersama. Namun atas tuntutan kerja menyebabkan dia sedikit lambat.

Dia melangkah perlahan ke bilik untuk membersihkan diri

*****

"Aku dah cakap banyak kali still dengan kerja dia tu. Bengang betullah!" bebel Hae Jin sambil menyusun kertas-kertas kerja untuk restoranya. Dia telah berjaya membuka restoran sendiri. Dah taknak bekerja dengan Jimin. Bosan.

"Sayang, marah lagi ke? I'm sorry" ucap Jimin dari muka pintu yg sedikit terbuka. Namun Hae Jin hanya menjeling, malas nak layan.

"Saya tak lupa harini hari ulangtahun kita. Okey saya salah sebab balik lambat, pentingkan kerja berbanding keluarga. Saya minta maaf" Jimin buat muka kesian. Namun Hae Jin buat tak dengar. Kalini dia membelakangi Jimin tanda protes.

"Saya ada beli strawberry. Nak tak? Taknak saya makan sorang" pancing Jimin. Namun Hae Jin masih buat tak dengar.

"Tak nak sudah. Bye!" Jimin terus menutup pintu.

"Nak jugak!" Hae Jin berlari ke arah pintu lalu dibuka. Jimin berdiri sambil memegang dua kotak buah strawberry.

"Ni saya punya. Awak tak payah makan" Hae Jin ambil semua.

"Yelah asalkan awak tak buat muka toya dah" senyum Jimin namun tak lama apabila mendapat jelingan dari Hae Jin.

"Sorry, jom saya siapakan dinner kita" Jimin terus berlari ke dapur.

****

"Mummy! Daddy!"

"Mummy Daddy bangun!"

Jimin & Haejin yang seronok kumpul tahi mata membuka mata mereka apabila terdengar suara budak

"Daddy bangun ni, dah stop melompat" Jimin menggosok matanya. Hae Jin turut bangun sambil menggosok matanya.

"jom Ji Hae, Mummy mandikan kamu" Hae Jin menarik anak perempuanya untuk turun.

"Saya macamana?" soal Jimin

"Mandi sendiri" balas Hae Jin

"Eii dah hilang romantik. Semalam kemain lagi romantik. Kalah saya..auw!" Jimin terjerit kecil apabila Hae Jin mencubit perutnya.

[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now