EPISODE 2“Aik bro, apsal masam ni? Fasal adik kau lagi ke?” soal Jungkook sambil menarik kerusi d hadapan Jimin.
“correction, dia bukan adik aku. entah anak pungut manalah parent aku kutip. Semalam aku gaduh besar dengan parent aku sebab dia” adu Jimin.
“benda ni dah berlarutan selama 12 tahun. Sejak kau 10 tahun lagi. Aku tengok dia ok je, baik. Apa masalahnya?” soal Jungkook. Dia pun pelik kenapa Jimin sangat bencikan Haejin.
“baik? Kalau dia baik takdelah dia rampas kasih sayang + perhatian parent aku. budak tu semuanya betul, aku je yang salah” jeling Jimin.
“parent kau layan korang sama rata jelah, kau je yang perasan diorang berat sebelah” nasihat Jungkook.
“dah takyah cakap fasal budak tu, serabut aku. malam ni on?” soal Jimin senyum. Ke mana lagi, club lah!.
“aku on je, asalkan ada peneman” balas Jungkook pula. Memang dia dan Jimin boleh dikatakan hampir setiap malam minggu lepak club. Playboy berjaya katakan.
“okey, pukul 8 kita pergi, dah siapkan kerja kau” arah Jimin.
“baik Bos!” balas Jungkook dan terus keluar.
***************************
Bunyi muzik yang berdentam-dentum membuatkan manusia di dalamnya semakin mabuk & ghairah.
“hai baby” Jimin memeluk pinggang Seolhyun. Arak di tangannya diteguk. Jungkook yang berada di sebelah turut sama memeluk seorang gadis.
“Oppa, I miss you” Seolhyun turut sama memeluk Jimin. Tangannya bermain di dada Jimin.
“I miss you too” Jimin mengucup bibir Seolhyun dan Seolhyun turut sama membalasnya.
“woooo..wooo, masuk biliklah” tegur Jungkook. Jimin tersengih.
“baby jom” Jimin terus menarik Seolhyun mengikutnya. Korang faham-faham jelah diorang nk ke mana, kalau tak faham buat-buat faham. Hahahaha.
***********************************
Haejin mengacau air coklatnya perlahan. “kau memang tak gunalah Kim Haejin” kata-kata Jimin masih terngiang di telinganya. Sungguh sedih bila dengar Jimin cakap macamtu.
“wei Haejin, kenapa ni?” tegur Taehyung.
“takde apalah” dalih Haejin.
“jangan tipu, aku kenal kau dari kecil lagi. ni pasal Oppa angkat kau lagi kan? Dia buat apa pula kali ni kat kau?” soal Taehyung.
“betul ke aku ni perampas kasih sayang Papa Mama dia?” soal Haejin lemah. Taehyung meraup mukanya. Actually dia pun memang benci gila kat Jimin. Rasa macam nak sepak kasi mampus je.
“taklah, dia tu je yang perasan macam tu” ujar Taehyung.
“hmmm” ucap Haejin tunduk.
“jangan buat muka masam macam tu, aku pula yg tak senang duduk macam ni. Jangan sampai aku pergi pukul Oppa angkat kau tu” ujar Taehyung.
“janganlah Tae, aku dah penat tengok kau bertumbuk dengan dia” balas Haejin. Dah banyak kali Taehyung & Jimin bertumbuk.
“dia tu kurang ajar sangat!” balas Taehyung.
“weh aku kena balik ni, nanti Papa Mama risau” Haejin mengambil kunci keretanya.
“malam ni kau tidur rumah Papa Mama kau ke?” soal Taehyung.
“A’a. jumpa nanti tau. Bye Taehyung. Nanti kita mesej-mesej tau” balas Haejin.
“orait, hati-hati. jangan laju sangat bawak kereta. Tidur tu jangan lambat sangat, jangan lupa gosok gi..” belum sempat dia habis bercakap mulutnya ditutup Haejin.
“aku bukan budak lagi yang kau kena nasihat semua tu. Dah kau pun pergi balik, nanti Uncle & Aunty risau tengok anak manja dia ni tak balik lagi. dah aku chau dulu” Haejin melangkah pergi.
“eh sukahati dia cakap aku manja” Taehyung tersenyum sendiri. Sejak sekolah rendah lagi dia kenal dengan dengan Haejin. Dia cukup sayangkan Haejin. Sayang sebagai adik je okey, tak lebih dari tu tau. Taehyung mencapai kunci keretanya & menuju ke arah keretanya dan beredar dari situ.
********************************
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, namun Haejin masih setia di ruang tamu sambil menonton drama. Sedang khusyuk menonton pintu utama dibuka. Muncul Jimin dengan sedikit terhuyung hayang.
“Jimin..awak okey tak ni?” soal Haejin risau. Dia dapat hidu bau arak dari baju Jimin. Lengan Jimin dipegang selepas melihat Jimin jalan dalam keadaan talk stabil.
“jangan sentuh akulah!” Jimin menolak Haejin kuat sehingga gadis itu terjatuh dan terhantuk pada lantai.
“argh” keluh Haejin sambil memegang dahinya. Sedikit darah mengalir. Jimin pula yang kaget, even dia bencikan Haejin ,seumur hidupnya dia tak pernah cederakan Haejin.“kau..kau okey?” soal Jimin risau sambil membelek luka di dahi Haejin. Kalau Papa & Mamanya tau mampus dia!.
“okk..okey” muka Haejin berkerut. Pantas Jimin menarik Haejin ke arah sofa. First aid kit yang berada di dalam laci dicapai.
“dah alihkan tangan kau, aku nak sapu iodin ni” Jimin memegang kapas yg dah siap bersapu iodin. Haejin mengalihkan tangannya.
“auw!” ngaduh Haejin sambil matanya terpejam. Kepalanya sedikit bergerak-gerak akibat sakit apabila iodin disapu ke lukanya.
“diamlah Park Haejin, aku nak lap darah kau ni. Kang aku ambil pasu bunga ni hentak kat kepala kau, biar kau diam terus” ucap Jimin. Haejin membuka matanya, terkejut apabila Jimin memanggilnya ‘Park Haejin’. Rasanya sebelum ni Jimin memang melarangnya mengaku yg dia ni dah jadi sebahagian dari keluar Park.
“sakit” ucap Haejin.
“dah siap” ucap Jimin sambil mengemas kembali peralatan.
“ttt..thanks” ucap Haejin. Kekok tetiba Jimin boleh bercakap pakai bahasa yang sopan denganya.
“dah pergi tidur” arah Jimin.
“drama ni tak abis lagi” Haejin tunjuk ke arah TV.
“drama ni esok boleh tengok lagi. dah pergi tidur sebelum aku hantukkan kepala kau kat lantai buat kali kedua” ugut Jimin.“tapi…”
“takde tapi-tapi, dengar cakap Oppa kau ni. Pergi tidur. Now!” arah Jimin.
“okey, night Oppa” ucap Haejin dan menaiki tangga ke biliknya. Jimin hanya memandang langkah Haejin.
“eh apasal aku bahasakan diri ‘Oppa’ pulak ni?” Jimin mengetuk kepalanya perlahan. Dengan pantas dia turut menaiki tangga untuk ke biliknya.
(SITUASI HAEJIN)
Haejin baring di atas katil sambil memegang dahinya yg tertampal kapas.
“dia minum ketum ke apa? Siap panggil aku Park Haejin. Ber ‘oppa’ pulak tu. Minum arak campur dadah ke apa” ujar Haejin pelik. Sedang khusyuk berfikir tanpa disedari dia tertidur dengan sendiri.
-TBC-
Guyssssss mohon vote ye lepas baca. Butang bawah tu je. Kalau tak tau cara nak vote, boleh DM saya 😂🤣😊
YOU ARE READING
[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanfictionBila kau cuba nak berbaik dengan abang angkat kau, tapi dia sedingin ais dan garang macam singa #1 in fanfiction (13/12/2020) #2 in bts (30/7/2021)