PART 6

3.9K 370 163
                                    


EPISODE 6

“kemas barang kau” arah Jimin sebaik sahaja membuka pintu wad.

“pergi mana?” tanya Hae Jin blur.

“balik rumah la, harini kau dah boleh balik” ucap Jimin sambil duduk di atas sofa.

“betul ke!? yeayyy!” Hae Jin terus melompat turun dan mula mengemas.

(Di Rumah)

“Mama! Nak tolong” ucap Hae Jin sambil berdiri di tepi Pn Park.

“yaishh kamu tak sihat lagi, pergi duduk sana. Nanti bila masakan dah siap Mama panggil” ucap Pn Park.

“Hae Jin dah sihat la Ma” ucap Hae Jin namun Pn Park menjelingnya. Hae Jin memuncungkan mulutnya tanda faham. Langkahnya diatur ke sofa. TV dibuka. Senang khusyuk menonton dia perasan ada sesuatu duduk di sebelahnya. Hae Jin memandang pelik, sejak bila Jimin sudi lepak denganya?

“kau dah makan ubat?” soal Jimin tanpa memandang.

“belum” jawab Hae Jin. Pantas Jimin memandang. Riak mukanya nampak bengang.

“asal kau tak makan?” tanya Jimin.

“be..belum masuk tengah hari lagi, belum waktu lunch” jawab Hae Jin takut-takut. Barulah muka Jimin nampak tenang balik.

“haa kalau baik-baik macam ni kan bagus, sejuk mata Papa tengok kamu berdua” ucap En Park.

“makanan dah siap!” laung Pn Park dari dapur. Mereka semua bangun & menuju ke meja makan.

(di meja makan)

“Papa nak cakap sesuatu” En Park memecah kesunyian. Mata Jimin & Hae Jin fokus kpd En Park.

“apa Pa?” soal Jimin cuak.

“Papa dah bincang dengan Mama, kami dah sepakat nak kahwinkan kamu berdua” ucap En Park.

“kahwin?! Dia adik Jimin Pa! apa Papa Mama mengarut ni?!” soal Jimin. Hae Jin turut sama terkejut.

“eh sejak bila kamu mengaku dia adik kamu? dia adik angkat kamu, dia takde pertalian darah pun dengan kamu. tak menjadi masalah kalau korang kahwin” terang Pn Park.

“tapi..tapi kenapa!?” soal Jimin tak puas hati.

“Hae Jin, kamu setuju kan?” soal Pn Park lembut. Hae Jin terdiam sekejap, mungkin ini peluangnya nak balas budi Pn Park.

“Hae Jin setuju” ucap Hae Jin sambil tunduk, dia tak berani nak pandang muka bengang Jimin.

and Park Jimin, you agree or not, you have to accept it” ucap En Park lalu bangun. Pn Park turut sama bangun. Sekarang tinggal Jimin & Hae Jin di meja makan.

“apasal kau setuju? Kau memang tak reti membantah ke apa?” tanya Jimin.

“saya tak sanggup hampakan Mama Papa” ucap Hae Jin.

“aku taknak teruskan perkahwinan ni” Jimin bertegas.

“Awak sanggup kecewakan Mama Papa?” soal Hae Jin. Jimin terdiam.

*************************************

“ish kau biar betul Hae Jin?” soal Taehyung serius. Terkejut beruk dia apabila Hae Jin cakap nak kahwin dengan Jimin.

“betul la, takkan aku nak  main-main hal macam ni” Hae Jin menyedut minumannya.

“kau tau kan perangai abang angkat kau macam mana? Aku risaukan kau. Aku takut kau terluka nanti” ucap Taehyung bimbang.

“aku akan cuba ubah dia. Mungkin ni dah takdir aku, ni je cara aku nak balas budi Mama Papa” ucap Hae Jin.

“sokaylah, tapi ingat! Aku takkan teragak-agak untuk belasah dia kalau dia sakitkan kau” ucap Taehyung. Hae Jin hanya tersenyum. Taehyung bagaikan Appa, Oppa, Boyfriend, Bestriend & kawan terbaiknya. Hanya Taehyung sahaja tempat dia mengadu segala masalahnya. Perkenalan mereka sejak kecil lagi menjadikan mereka sangat rapat sehingga tiada rahsia antara mereka.

***************************

Hae Jin menanggalkan aksesori di atas kepalanya, akhirnya selesai jugak majlis perkahwinannya dengan Jimin. Baru sahaja ingin dudk muncul Jimin sambil membimbit kotnya.

“Oppa nak mandi dulu? Saya siapkan air mandian” ucap Hae Jin.

“tschh tak payah nak ber Oppa dengan aku” ucap Jimin.

“tapi awak suami saya” jawab Hae Jin. Jimin menuju ke arah Hae Jin. Hae Jin berundur sikit ke belakang.

“aku tak pernah anggap kau isteri aku. aku akan ceraikan kau nanti” bisik Jimin di telinga Hae Jin lalu menuju ke bilik air. Pintu bilik air dihempas kuat. Perlahan-lahan air mata mula mengalir dari pipi Hae Jin.

“sokay Hae Jin, kau boleh buat” Hae Jin cuba memujuk pipinya sendiri.

***********************

“lepasni Jimin nak bawak Hae Jin tinggal dengan Jimin” ucap Jimin apabila mereka sedang bersarapan.

“baguslah. Kamu sebagai suami kena ada sikap tanggungjawab” ucap En Park

“Hae Jin setuju ke?” soal Pn Park.

“Kitaorang dah bincang semalam & Hae Jin setuju” jawab Jimin cepat-cepat. Hae Jin blur, bila masa diorang bincang semalam? Cakap pun tak. Malah lelaki itu terlebih dahulu tidur di atas sofa.

“Hae Jin?” tanya Pn Park sekali lagi.

“Hae Jin ikut je Oppa” jawab Hae Jin terpaksa.

“baguslah, Papa harap kamu berdua boleh terima kehadiran masing-masing, Papa tau benda ni berlaku mengejut tapi percayalah Papa buat semua ni untuk kebaikan kamu berdua. Lagi-lagi kamu Jimin” ujar En Park. Jimin hanya mengangguk perlahan.

Harap korang dapat support FF aku guys! Kalau ada yg terkurang, I'm sorry hehehe. I'll try to make it better after this

[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now