PART 14
“awak kenapa ni? Diam je?” soal Taehyung sambil mengacau kopi di depannya.
“takde apa” balas Lisa sambil senyum tawar.
“Pasal Haejin?” duga Taehyung. Lisa tak menjawab.
“sebelum kita couple, kan saya dah bagitau awak fasal Haejin” ucap Taehyung.
“antara saya dengan Haejin? Siapa yang awak akan pilih?” soal Lisa. Taehyung mengeluh kecil.
“Haejin dah jadi sebahagian dari hidup saya, kalau diberi pilihan of course saya akan pilih dia. Masa parent dia meninggal, masa tu umur dia 10 tahun. dan diambil menjadi anak angkat oleh keluarga Jimin sampailah umur dia sekarang, dia hanya ada saya. Dia tetap menjadi perempuan terpenting dalam hidup saya, selepas Eomma saya. And Kalau saya ada perasaan kat Haejin, buat apa saya couple dengan awak? Tackle awak?” soal Taehyung.
“saya Cuma jealous dengan layanan awak terhadap dia. Saya cuba pujuk hati saya tapi tak boleh” ucap Lisa jujur. Memang dia tahu kedudukan Haejin pada Taehyung namun sebagai perempuan dia sedikit cemburu layanan Taehyung terhadap Haejin.
“alolololo kesayangan saya jealous HAHAHAHA!” Taehyung ketawa kuat.
“jangan gelak! Saya lempang kang!” marah Lisa. Taehyung berhenti ketawa namun masih tersenyum-senyum. Lisa hanya menjeling. Menyampah!.
********
“yo Kim Taehyung!” sapa Haejin apabila melihat kelibat Taehyung yang membuka pintu.“kau dah makin okey ke tak ni? Tangan kau sakit lagi tak? Kepala ni? Kaki dah boleh jalan?” soal Taehyung bertalu-talu sambil membelek kepala, tangan dan kaki Haejin yang masih berbalut.
“dah okey la. Sikit je pun aku cedera” ucap Haejin senyum.
“baguslah. Hati-hati sikit, aku risau kau jatuh. Kang tak fasal-fasal tangan kau patah sebelah lagi” ucap Taehyung sambil membuka plastik.
“ni aku bawakan bubur untuk kau, makan dulu. Panas lagi ni” Taehyung menyuakan bubur ke arah Haejin.
“taknak, aku dah 3 hari aku makan benda ni. Bosan” Haejin menolak tangan Taehyung.
“aku masak sendiri tau” bohong Taehyung. Actually bubur ni dari Jimin.
“siyes weh kau masak? Setahu aku kau mana reti masak?” soal Haejin sambil mengangakan mulutnya. Jimin yang memerhati dari luar sedikit senyum. Akhirnya Haejin makan jugak. Dah banyak kali dia bawa namun Haejin tak pernah makan. Cakap denganya pun tak. Hanya dia sorang yang bercakap.
“aku belajar kat google” tipu Taehyung sekali lagi.
“sedap! Urm Tae kau tau tak kat taman bawah ni ada sorang lelaki ni tau. Hari-hari dia bawa alat muzik main kat bawah tu. Hiburkan pesakit kat bawah ni. Semalam dia main gitar tau, pandai dia main. Dahla comel” ujar Haejin sambil mulutnya penuh dengan bubur.
“kau turun bawah? dengarlah cakap Jimin tu sikit, kau kan tak sihat lagi. mana boleh banyak gerak” nasihat Taehyung. Haejin menolak tangan Taehyung yang menyuapnya.
“dia ada mengadu kat kau ke?” soal Haejin.
“bukan, dia Cuma risaukan kau je” ucap Taehyung lembut. Silap cakap mengamuk pula minah ni.
“hek eleh selama ni dia tak pernah nak ambil berat fasal aku, sekarang baru nak sibuk” ucap Haejin geram.
“dia dah berubah, dia betul-betul maksudkan yang dia sayangkan kau, sukakan kau” pujuk Taehyung.
“tak logiklah Taehyung sebelum ni bencikan aku pastu tetiba suka pulak? Dahla lepas kantoi dengan aku. dia rasa berdosa dengan aku la tu sebab tu dia buat semua ni” terang Haejin.
“lepas kau jauhkan diri dari dia, dia rasa kehilangan. Rindu nak tengok senyuman kau, tu yang dia sedar perasaan dia yang sebenar. Faham?” soal Taehyung.
“dulu kemain lagi kau bencikan dia, apsal sekarang kau backup dia pulak?” soal Haejin.
“aku nampak segala yang dia buat untuk kau. Masa kau tak sedar sebab accident, hari-hari dia bisik kata-kata maaf kat telinga kau. Aku pernah nampak dia nangis & merayu kat kau supaya jangan benci dia. Aku pun lelaki jugak Haejin. Aku faham” ucap Taehyung. Haejin menjuihkan bibirnya.
“dah siaplah cepat, kata nak turun” ujar Taehyung. Haejin bangun dan menuju ke bilik air.
“eiiiii ish apsal tak jadi niiii” bunyi suara Haejin dari dalam bilik air. Taehyung menuju ke bilik air.
“asal kau jerit ni?” soal Taehyung.
“Beanie ni ha, acam vangang! Tak cantik dah rambut aku” bebel Haejin.
“sini aku betulkan, okey cun” Taehyung membetulkan beanie di kepala Haejin. Semasa mereka ingin keluar dari bilik air Jimin masuk ke dalam wad.
“minta kebenaran Jimin dulu sebelum nak keluar” arah Taehyung.
“malaslah, dia bukanya kisahkan fasal aku pun” balas Haejin.
“look Haejin, aku tak sukalah adik aku jadi kurang ajar macam ni, Jimin suami kau tau, kau kena hormat dia. please?” pujuk Taehyung. Haejin muncung tanda mengalah, dia menuju ke arah Jimin yang sedang duduk di atas sofa.
“nak keluar dengan Taehyung kat taman bawah jap” ucap Haejin acuh tak acuh. Jimin bangun.
“okey tapi kat luar tu sejuk. Pakai ni” kata Jimin sambil melilitkan mafela di leher Haejin. Haejin hanya mengangguk dan menuju ke arah Taehyung yg menunggu di pintu.
“jomla Jimin ikut kitaorang” ajak Taehyung. Haejin bulatkan matanya memandang Taehyung sebagai tanda tak setuju.
YOU ARE READING
[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanficBila kau cuba nak berbaik dengan abang angkat kau, tapi dia sedingin ais dan garang macam singa #1 in fanfiction (13/12/2020) #2 in bts (30/7/2021)