PART 17
Jimin memandang jam & pintu bersilih ganti. Dah lewat malam Haejin masih belum balik. Nampaknya percutian mereka tiada tindak balas positif dr Haejin.Gadis tersebut masih bencikan dirinya.
'tok! Tok!'- bunyi ketukan di pintu. Jimin pantas membukanya. Kelihatan Haejin berada dalam dukungan Taehyung. Lisa turut ada di belakang Taehyung.
"kenapa dengan Haejin?" soal Jimin cemas selepas melihat Haejin yang macam pengsan berada d dalam dukungan Taehyung.
"dia mabuk kat majlis tadi. Aku tak sedar bila masa dia minum alkohol" terang Taehyung.
"ah masuklah. Letak dia dalam bilik" ucap Jimin & menaiki tangga. Taehyung & Lisa mengikut dari belakang. Sesudah Taehyung meletakkan Haejin di atas katil, mereka semua keluar dari bilik tersebut.
"thanks Taehyung" ucap Jimin ikhlas.
"erm" balas Taehyung pendek. Hubungan diorang masih tak berapa baik.
"Aku harap kau boleh protect dia macam adik kandung kau" ucap Jimin.
"apsal kau cakap macam tu? Kau nak mati dah ke?" soal Taehyung.
"ish Taehyung apa awak ni!?" Lisa menampar bahu Taehyung. Jimin ketawa kecil.
"dia lebih banyak luangkan masa dengan kau. Aku tak dapat berada di sisi dia selalu. Aku hanya boleh tengok dia dari jauh. Kau...boleh kan lindungi dia?" soal Jimin.
"hurm. Aku balik dulu" Taehyung meminta diri. Jimin menutup kembali pintu & menuju ke biliknya. Buka sahaja pintu,
"yo Jimin, haa mehla lompat sekali!" mata Jimin bulat, Haejin tengah terlompat-lompat di atas katil. Bila masa budak ni bangun?
"dah..dah duduk. Nanti awak jatuh" Jimin memegang tangan Haejin.
"kalau saya jatuh awak sambut tak? Kalau hati saya jatuh awak kutip tak?" soal Haejin tersengih. Jimin menggaru kepala mendengar soalan Haejin.
"mestilah tak! Sebab kau dah ada perempuan keliling pinggang kan? Playboy!" Haejin masih terlompat-lompat. Namun dia tergelincir dan jatuh ke bawah.
"auww" Haejin menggosok kepalanya.
"kan saya dah cakap tadi" Jimin membantu Hae Jin bangun.
"heeeee" Haejin hanya sengih dan baring di atas katil. Jimin menarik selimut sehingga ke paras dada Haejin. Haejin memejamkan matanya. Jimin menuju ke arah suis untuk menutup lampu.
"yah Taehyung, nantilah dulu. Aku tak habis cerita dengan kau lagi!" Haejin bangun kembali. Jimin menggaru kepalanya, kali ni Haejin dah menganggapnya Taehyung pula. Langkahnya diatur ke katil.
"Tae kenapa kau bawa aku balik? Aku tak puas lagi enjoy! Lagipun aku taknak tengok muka Jimin bila balik rumah" bentak Haejin.
"why?" tanya Jimin.
"sebab tiap kali aku pandang muka dia hati aku sakit. Ish kenapalah aku ikut sangat cakap Mama Papa dulu. Aku ingat aku boleh ubah dia tapi hampeh!" bebel Haejin.
"mungkin Jimin dah betul-betul menyesal?" pancing Jimin.
"hehhehehe takde maknanya dia nak insaf. Haaa Tae kau pun jangan terpedaya dengan dia tau! Dia tu pandai berlakon tau!" Haejin ketawa. Jimin tersenyum tawar. Nampak gaya Haejin betul-betul bencikan dirinya.
"Tae, Jimin tu memang bodoh kan?langsung tak pandai hargai aku.Ke aku yg bodoh sebab terima dia?" tanya Haejin lagi.
"yes,Park jimin memang bodoh. Dia buta, langsung tak pandai menghargai" ucap Jimin sambil senyum kelat.
"sshh jangan cakap kuat-kuat. Nanti dia dengar. Nanti dia marah kita ngumpat dia" Haejin membuat isyarat menyuruh diam.
"kau sukakan Jimin tak?" soal Jimin yg 'menyamar' Taehyung di mata Haejin.
"suka!" jawab Haejin sambil menganguk laju. Jimin tersenyum, masih ada peluang!.
"tapi tu dululah, lepas dia kantoi ehem-ehem dengan perempuan tu, aku tak suka dia dah. Yang ada dalam hati dia hanyalah kecewa dan benci" ucap Haejin sebak. Senyuman Jimin mati.
"Tae, please bawak aku jauh dari sini, aku taknak kecewa untuk kali kedua. Please Oppa, bawak Haejin jauh dari Jimin. Please" Haejin memegang tangan Jimin yg disangkanya Taehyung.
"sorry Haejin, sejauh mana pun awak lari, saya akan kejar awak" ujar Jimin perlahan.
"kau pehal masuk bilik aku ni?! Taehyung mana!?" soal Haejin kasar sambil menolak tangan Jimin.
"Taehyung...err dia dah balik" terang Jimin. Sumpah dia pening nak layan kerenah Haejin yang sedang mabuk.
'gruuh!'- bunyi guruh di luar disusuli hujan.
"yeay hujan!" Haejin terus melompat turun & berlari turun.
"Haejin nanti!" Jimin laju mengejar Haejin yg dah macam orang gila berlari ke luar rumah.
"yeay hujan! Hujan!" Haejin melompat-lompat di atas rumput.
"masuk nanti awak demam!" Jimin menarik Haejin namun Haejin menepis kasar.
"eh kau tak payah berlagak caring dengan aku. Pergilah kat perempuan-perempuan kau. Mesti diorang tengah tunggu kau. Haaaa mesti diorang tengah tunggu kau dalam bilik tu" Haejin tunjuk ke arah tingkap bilik Jimin.
"aduh, pening aku dengan dia ni. Nak je aku hentak kat pokok ni biar dia diam" keluh Jimin. Akhirnya dia mengalah dan membiarkan Haejin sorang-sorang di tengah hujan. Sesekali dia senyum melihat Heajin macam orang tak betul melompat-lompat di tengah hujan.
"mak aih,dia cakap dengan pokok pulak" bisik Jimin. Nasib baik jiran kiri kanan tak nampak..kalau tak mesti diorang cakap Haejin gila.
"Eomma, Haejin rindu Omma. Park Jimin jahat, dia buli Haejin. Haejin nak ikut Omma. Tskk! Tskk!" Haejin menangis sambil memeluk pokok yg disangka Ommanya.
"dah, kita masuk okey?" pujuk Jimin. Makin teruk pulak dia tengok si Haejin ni.
"nak gendong" ujar Haejin. Jimin membongkokkan badanya. Haejin terus melompat.
"cepatlah sikit, lembab lah!" Haejin menepuk bahu Jimin.
"ye ye" Jimin melajukan langkahnya.
Okieeeee itu sahaja, harap korang dapat vote + comment. Atau boleh promote kat kawan-kawan hehhe. Bye korang!
P/s: aku dah dapat ticket ke BRING THE SEOUL the movie hohoho. Tak sabar nak tengok si Simen hahahaha
"awak tak cintakan saya kan Park Jimin? Sebab tu awak tak nak sentuh saya kan?" - Haejin
Haaa tu untuk next part. I belanja😛😘
YOU ARE READING
[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanfictionBila kau cuba nak berbaik dengan abang angkat kau, tapi dia sedingin ais dan garang macam singa #1 in fanfiction (13/12/2020) #2 in bts (30/7/2021)