PART 16

3.2K 291 44
                                    

PART 16

Haejin merebahkan badanya ke atas katil, badanya terasa betul-betul penat. Sekejap sahaja dia sudah terlelap. Jimin yang baru keluar bilik air tersenyum melihat Haejin yang tertidur.

“haih dia ni, apsal tak lapik bantal kat kaki” bebel Jimin sambil mengangkat kaki Haejin dan meletakkan bantal di bawahnya. Tangan Haejin juga diangkat dan diletakkan bantal.

argh auww” rengek Haejin namun matanya masih terpejam.

“I love you sayang, get well soon” Jimin mengusap rambut Haejin perlahan. Setelah memastikan semunya okey, dia menuju ke arah sofa dan baring di situ. Kebetulan Pn Park melalui bilik tersebut ternampak Jimin yang tidur di atas sofa. Dengan perlahan dia menuju ke situ. Bahu Jimin ditepuk.

“kenapa kamu tidur kat sini? Haejin tak bagi kamu tidur atas ke?” soal Pn Park.

“bukanlah Mama” jawab Jimin. Pn Park mengangkat keningnya sebagai tanda ‘kenapa’

“erm Mama tau kan Jimin tidur lasak, kang terhempap Haejin kang” ucap Jimin tersengih.

“ish ada pulak camtu. Letaklah bantal kat tengah. Kamu sebagai suami patut ada kat sebelah dia” bebel Pn Park.

“yelah-yelah tapi sekarang Jimin nak bagi dia selesa dengan Jimin dulu. Mama tau kan masalah kami macam mana” ucap Jimin sedikit sayu.

“yelah Mama faham, dah tidurlah” ucap Pn Park sambil mengusap kepala Jimin perlahan dan keluar.

*************
“ermhh” Haejin menggeliat perlahan sambil memandang sekeliling, dia memandang jam di dinding. Dah pukul 4 petang. Dia memandang ke arah kaki tangannya yang dilapik bantal. Mesti Jimin yang buat. Kelihatan Jimin yang sedang tidur lena di atas sofa. Haejin bangun perlahan-lahan supaya Jimin tak terjaga. Dengan pantas dia turun ke dapur.

“ish makanlah perlahan-lahan, banyak lagi ni” tegur Pn Park.

“yang kamu macam orang tak makan setahun ni kenapa?” soal En Park.

“lapar. Dah lama tak makan kuih Mama” jawab Haejin sambil mulutnya penuh makanan.

"Erm Mama Papa" ucap Haejin teragak-agak.

"Ya kenapa sayang" balas Pn Park.

"Haejin ingat nak sambung belajar" jawab Haejin.

"Master? Macam Jimin?" tanya En Park. Haejin mengangguk.

"Papa okey je, kamu dah buat pilihan nak buat kat Universiti mana?" soal En Park.

"Dah, kat Kanada. Haejin dah apply pun. Mungkin bulan depan result dia keluar" jawab Haejin.

"Dah bagitau Jimin? Dia cakap apa?" tanya Pn Park. Haejin mengeleng perlahan.

"Nanti bagitau Jimin eh?" Ujar Pn Park. Haejin mengangguk sambil tunduk. Rasa bersalah sebenarnya.

“amboi semua makan tak ajak Jimin pun” ucap Jimin sambil mengambil tempat di sebelah Haejin.

“yelah Haejin cakap kamu tidur lagi” balas Pn Park. jimin hanya tersenyum sambil mengunyah kuih di hadapanya.

“mulai harini jangan minum kopi, awak masih perlu makan ubat” Jimin meletakkan air kosong di hadapan Haejin. Haejin memandang air kosong & Jimin bersilih ganti.

“takyah buat muka kesian, untuk kesihatan” jawab Jimin.  Dengan terpaksa dia minum jugak air kosong.

*********
Jimin mengetuk-ngetuk mejanya menggunakan jarinya. Matanya masih fokus memandang ke bilik sebelah. Bibirnya mengukir senyuman dari tadi. Pintu biliknya yang diketuk dari tadi langsung tak dipedulikanya menyebabkan “orang” tersebut masuk sahaja.

“erm dah parah kawan aku sorang ni” ucap Jungkook sambil  meletakkan fail di hadapan Jimin.

“aku rasa aku dah angau dengan dia. Asyik nak tengok muka dia je” kali ni Jimin meletakkan kedua tangannya di pipi sambil tersenyum macam orang gila. Matanya masih memandang Haejin yang sibuk membelek fail.

“bukan kau akan bercerai dengan dia 1 bulan lagi? mahkamah dah tetapkan tarikh kan?” soal Jungkook.

“urm, aku tak tau Jungkook. Dah macam-macam aku buat tapi langsung tak berkesan” ujar Jimin.

“eh jap, bukan sepatutnya Haejin cuti lagi ke?” soal Jungkook.

“sepatutnya, tapi dia beria nak datang kerja jugak. Dia cakap dah okey tapi aku tetapkan syarat, kena datang & balik office dengan aku” terang Jimin.

“erm eloklah tu. Dah ni sign fail ni, 15 minit lagi aku datang” Jimin hanya mengangguk sambil meneruskan kerjanya, iaitu memerhati Haejin.

******

Haejin membuka seatbeltnya, apabila tiba di halaman rumah. Matanya tertancap pada kereta yang berada di garaj.

“Mama Papa datang, diorang mesej saya tadi” Jimin turut menaggalkan seatbeltnya.

“Mama Papa!” jerit haejin sambil berlari ke muka pintu.

“haih macam budak-budak la dia ni, baru minggu lepas kot jumpa Mama” bebel Jimin sambil melangkah masuk ke rumahnya.

*****

"Mama Papa nak balik kejap lagi” ucap Pn Park.

“laa ingat Mama Papa bermalam kat sini” Haejin mengangkat keningnya.

“Papa datang sebenarnya nak bagi ni” En Park menghulurkan sampul putih. Haejin mengambil dan membukanya. Tiket ke Australia?

“Client Papa bagi kat Papa, tapi Mama tak nak pergi pula. Jadi kami bagi korang berdua jelah. Lagipun kamu berdua tak pergi bercuti lagi lepas kahwin” sambung En Park pula.

“tarikh tu anak kawan Mama kahwin, tak sampai hati Mama nak hampakan kawan Mama” ucap Pn Park lgi.

“ermm rasanya tak sesuai la sekarang nak bercuti, kerja kat..” belum sempat Haejin menghabiskan ayatnya En Park memotong.

“staff kat office ramai, boleh cover kerja kamu” ucap En Park. Haejin masih berbelah bahagi.

“takpelah kalau kamu taknak, nanti Papa bagi kat kawan Papa jelah” nada suara En Park kedengaran seperti merajuk.

“okeylah kami pergi” Haejin mengalah. Tiket di tangannya diserahkan kepada Jimin yang diam dari tadi. Namun reaksinya nampak gembira tentang percutian tersebut. Setahunya Jimin bukan jenis yang suka bercuti.

Agaknya apa yg jadi kat percutian mereka? Berjaya tak Jimin melembutkan hati Haejin balik?

[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now