PART 7

3.5K 410 104
                                    


EPISODE 7

“kau boleh pilih bilik mana kau nak” ucap Jimin sambil menghempaskan dirinya ke atas sofa.

“awak nak air? Saya boleh buatkan” tanya Hae Jin. Jimin mengeleng. Hae Jin mengangguk tanda faham. Dia menarik begnya & mengambil bilik paling hujung. Lagipun bilik itu menghadap hutan. Lagi tenang.

**********************************

“yo pengantin baru!” sampuk Jungkook sambil menarik kerusi di hadapan Jimin. Jimin buat muka meluat.

“apsal masam ni, happy la. Aku terserempak Haejin tadi, makin berseri muka dia” usik Jungkook.

happy? Ada ke orang happy bila kena paksa kahwin. Dengan orang yang aku benci pulak tu” jeling Jimin. Jungkook ketawa.

“jangan gelak, malam ni on?” soal Jimin.

“serius kau still nak pergi club? Kau kan dah kahwin. Haejin tak marah ke?” soal Jungkook.

“ah lantaklah dia tu, kisah pulak aku. lagipun aku dah warning, jangan berani nak campur urusan aku” bebel Jimin.

“haih sukahati kaulah, jangan sampai 1 hari nanti kau menyesal atas perbuatan kau sendiri” nasihat Jungkook.

******************************************

Hae Jin mengeluarkan barang-barang dari peti sejuk, nasib baik Jimin dah penuhkan barang-barang.

“aku masak sup kimchi dengan daging panggang jelah” kata Hae Jin. Dia mula memasak. Selepas 30 minit masakannya siap. Baru sahaja dia ingin memanggil Jimin namun lelaki tersebut terlebih dahulu turun.

“awak saya dah siap masak. Jomla kita makan” ajak Hae Jin.

“takde selera aku nak makan masakan kau. Kau makan jelah sorang” ucap Jimin sambil memakai kasutnya.

“awak nak pergi mana?” soal Hae Jin.

“kau tak payah sibuk” jawab Jimin lalu menghempas pintu rumah sehingga bahu Hae Jin sedikit terhinjut. Dia hanya memandang makanan yg dimasaknya tadi. Satu keluhan dilepaskan.

******************************************************

Jimin menyanyi kecil sambil masuk ke club yg dia sering kunjungi bersama Jungkook. Setelah menjumpai orang yg dicarinya lalu dia tersenyum gembira.

“eh bro? Hae Jin tak marah ke kau datang club?” soal Jungkook.

“pftt dia nak marah aku? aku dah warning dia. Takyah nak campur hal aku” ucap Jimin sambil meneguk arak di depannya.

“hi Jimin” muncul Seolhyun lalu mengambil tempat di atas riba Jimin.

hi baby” balas Jimin sambil memeluk Seolhyun erat.

“takpe ke you datang sini? Wife you tak marah?” soal Seolhyun.

“dia mana berani nak marah I” Jimin ketawa.

“haih kau ni, kalau aku dah ada bini, memang aku melekat kat rumah” ucap Jungkook.

“serabut aku tengok muka dia. Kau pun tau kan aku TERPAKSA” jeling Jimin.

“Jimin, I rindu you” ucap Seolhyun manja.

awhh I miss you too baby” ucap Jimin sambil kiss bibir Seolhyun sekilas. Jungkook hanya memandang, sejujurnya dia amat kesiankan Hae Jin. Hae Jin tersangatlah baik namun Jimin sangat membenci gadis itu.

********************************************

“mana dia ni? Dah lambat ni” Haejin memandang jam dinding. Dah pukul 1 pagi.

tok! Tok!’- bunyi pintu diketuk bertalu-talu.

Haejin pantas membukanya. Jimin.

“apsal kau lambat ha?!” marah Jimin sambil terhuyung hayang. Haejin menutup hidungnya. Bau alkohol.

“awak mabuk lagi” Haejin memapah Jimin menaiki tangga dan menghantarnya ke bilik.

“mana ada aku mabuklah! Kau tu yang mabuk. Hehehehe” Jimin mula merapu. Haejin merebahkan Jimin di atas katil.

“Seolhyun jangan tinggalkan saya, kita tak puas lagi enjoy tadi” ucap Jimin sambil tersengih. Haejin tersentak apabila terdengar Jimin menyebut nama perempuan lain. Hatinya sedikit sakit apabila suaminya boleh curang dengan perempuan lain di luar. Walaupun dah lebih sebulan diorang kahwin namun Jimin tak pernah melayannya dengan baik. Balik malam mabuk pulak tu. Haejin membuka stoking Jimin dan menyelimutkan Jimin yang sudah terlena. Satu keluhan kasar dilepaskan.

*****************************************

“awak sarapan dulu” panggil Hae Jin.

“kau makan sorang. Kalau taknak makan buang” ucap Jimin dingin. Untuk kesekian kalinya Hae Jin mengeluh lagi. dah hampir sebulan dia berkahwin dengan Jimin langsung tiada apa yg berubah. lelaki tersebut makin dingin & bencikan dirinya. Dahla balik malam-malam mabuk. Rasa macam nak lempang je.

“malam ni awak nak makan apa? Saya boleh masakkan” pujuk Haejin lagi.

“aku makan luar” Jimin berlalu pergi sambil menuju ke kereta. Haejin hanya memerhati, setitis air matanya keluar disapu. Dengan lemah dia mengambil handbagnya di atas kerusi. Patutnya diorang boleh pergi bersama memandangkan bekerja di office yang sama.

“sokay Hae jin. It’s not a big deal” ucap Hae Jin cuba memujuk dirinya. Makanan yg berada di atas meja disuap perlahan ke mulut.

*********************************

“Taehyung!” panggil Haejin sambil melambai-lambaikan tangannya. Taehyung yang melihatnya tersenyum dan menuju ke arah Haejin.

“kau macam mana? Jimin ada pukul kau tak?” soal Taehyung serius.

“ish manada, walaupun perangai dia macam tu dia tak pernah pukul aku lah” jeling Haejin.

“kau macam mana? Sihat? Gembira?” soal Taehyung. Haejin hanya mengangguk laju sambil pamer senyuman manis.

“kau takboleh tipu aku Haejin, dia layan kau teruk lagi kan? aku kenal kau dari kecil lagi” tegas Taehyung. Haejin senyum tawar.

“aku akan cuba ubah dia” ucap Haejin. Taehyung meraup mukanya.

“dah aku jumpa kau ni bukan nak sedih-sedih. Mana awek kau tu? Aku nak kenal” Haejin memandang kiri kanan.

“jap lagi sampai..ha tu” tunjuk Taehyung. Haejin memandang, seorang perempuan menghampiri mereka dan menarik kerusi untuk duduk. Cantik jugak awek Taehyung.

“Lisa” gadis tersebut menghulurkan tangannya. Haejin pantas menyambutnya.

“Haejin’ Haejin memperkenalkan dirinya.

“Taehyung banyak cerita fasal awak, akhirnya dapat jugak saya jumpa awak” Lisa senyum.

“kau ngumpat aku ye Tae” jeling Haejin.

“ha’aa. Aku kutuk kau” balas Taehyung selamba. Mereka semua ketawa bersama
.

Saya mohon anda yg baca dapat vote. Supportlah FF saya yg ntah pape ni. Teringin jugak nak dapat view beribu macam author lain. Hmm

Esok birthday Jimin! Haih ntah bilalah aku dapat pergi konsert diaorang 😓 duit dah ada dah. Harap2 world tour diorang kali ni Malaysia termasuk sekali. Amin!

[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now