PART 9

3.5K 409 53
                                    


PART 9

Bunyi jam loceng mengejutkan Jimin yang sedang lena tidur. Pantas dia bangun sambil menggeliat kecil. Dia memicit kepalanya, pening akibat kesan alkohol semalam. Dengan malas dia bangun dan menuju ke bilik mandi. Sebaik sahaja dia membuka shower, matanya bulat melihat pantulannya di cermin.

oh damn” carut Jimin apabila melihat kesan love bite + gincu di dadanya. Mesti Seolhyun yang buat semalam. Dan yang paling teruk, mesti Haejin dah nampak semua ni. Jimin meraup mukanya. Apa yg berlaku semalam mula bermain di fikirannya. Dia dah pukul Hae Jin. Rasa bersalah mula muncul. Jimin cepat-cepat mandi dan bersiap. Laju dia turun ke dapur, kelihatan Haejin sedang bersarapan. Jimin pantas menarik kerusi & duduk. Hae Jin menuang kopi ke dalam cawan Jimin. Jimin mencuri-curi pandang muka Haejin yg ada kesan lebam kesan tamparannya semalam. Muka Hae Jin juga kosong, langsung tiada reaksi. Selalunya Haejin akan menegurnya, tapi kali ni Haejin hanya diam, makan pun sambil tunduk. Jimin pula yang tak sedap hati.

“makanla cepat, nanti lambat” ucap Haejin. Jimin bagaikan baru tersedar. Roti bakar di hadapanya dicapai.

“saya pergi dulu” ucap Haejin bangun. Jimin hanya memandang. Jelas nampak muka Haejin yang sedikit lain.

***************************

Harini Jimin cuba pulang awal, dalam bilik meeting tadi pun Haejin hanya diam. Rasanya dia dah dapat agak perubahan Haejin sebab apa. Jungkook yang melintasi bilik Jimin pelik melihat Jimin balik awal.

“awal balik?” tegur Jungkook. Jimin yg menyandang beg kerjanya berhenti.

“ermm aku..aaa rasa tak sihat” dalih Jimin.

“bagus jugak balik awal, asyik balik lambat je. kesian Haejin kat rumah sensorang” nasihat Jungkook.

“yelah aku nak balik la ni” ucap Jimin sambil berlalu pergi.

*******************************

Jimin meletakkan beg sandangnya di atas sofa, kelihatan Haejin sedang memasak di dapur. Jimin menuju ke dapur dan mengeluarkan air dari peti sejuk.

“awak pergilah mandi dulu, nanti siap saya panggil” ucap Haejin tanpa memandang Jimin.

okey” ucap Jimin dan berlalu pergi meninggalkan Haejin yang masih tekun memasak.

(selepas 30 minit)

Jimin turun ke dapur sambil mencari kelibat Haejin. Nampaknya Haejin tengah menghidang makanan, pakaiannya dari sut pejabat sudah bertukar ke pijama. Jimin menarik kerusi dan duduk. Haejin mencedok nasi ke dalam pinggan Jimin.

“duduklah dulu” ucap Jimin.

“awak makanlah, saya dah makan tadi. Selamat malam” Haejin sedikit tunduk. Jimin hanya memandang dengan keluhan. Nasi di hadapanya disuap perlahan.

*****************************

Jimin mengetuk-ngetuk mejanya perlahan. Jungkook yg dari tadi memandang melempar gumpalan kertas ke arah Jimin.

“apa kau ni?” soal Jimin.

“kau tu kenapa? Macam dalam masalah. Dalam bilik meeting pun kau tak fokus, Papa kau pun perasan tau” ucap Jungkook.

“aku just….haih Haejin dah 3 hari dingin dengan aku. Dia takde dah nak tegur aku, tanya aku kenapa balik lambat. Kalau cakap pun just benda penting je, dia pun banyak diam. Aku..haih” Jimin meraup mukanya.

“eh bukan tu yg kau nak? dia tak campur urusan kau? Buat urusan sendiri. Apsal kau nak risau pulak?” perli Jungkook.

takyah sindir akulah!” marah Jimin.

“aku rasa semua ni jadi…lepas dia nampak kesan love bite kat dada aku and aku tertampar dia. Masa tu aku mabuk. Aku tak sengaja nak pukul dia” ucap Jimin.

what? Seriously?! Kau pukul dia?” ucap Jungkook. Jimin mengangguk.

“aku balik mabuk masa tu, and dia tukarkan baju aku” terang Jimin.

you’re done bro” ucap Jungkook. Jimin hanya menyembamkan mukanya di atas meja.

********************************

Jimin membuka pintu rumah perlahan, kelihatan Haejin sedang menonton TV di ruang tamu. Jimin mengambil tempat di sebelah Haejin.

“awak nak kopi?” soal Haejin. Jimin mengangguk. Haejin menuju ke dapur, tak sampai 5 minit dia muncul bersama secawan kopi.

“aku minta maaf terpukul kau haritu, aku tak sedar apa yg aku buat” ucap Jimin sambil memandang tepat ke arah Haejin.

“saya dah lupakan fasal tu. saya nak masuk tidur, mengantuk. Selamat malam” Haejin menundukkan sikit kepalanya  dan terus berlalu pergi.

*******************************
‘TOK! TOK!’- bunyi ketukan di pintu menyebabkan Haejin yang khusyuk menaip mengangkat mukanya. Muncul Jungkook.

“ah Jungkook, jauh jalan. Ada apa yg boleh saya tolong?” soal Haejin. Yelah bilik Jungkook berada di tingkat 15, sekali dengan Jimin sedangkan biliknya di tingkat 10.

“Saya cari fail projek kat Gangnam, Chairman kita nak” ucap Jungkook. Haejin menepuk dahinya, memang dia lupa untuk serahkan fail tersebut kepada Papanya.

“jap saya ambil” Haejin mencari di atas mejanya tetapi tiada. Haejin menggeledah lacinya. Juga tiada.

“ada apa-apa masalah ke Haejin?” soal Jungkook.

“saya rasa tertinggal kat rumah. Semalam saya bawa balik fail tu, maaf ye” ucap Haejin.

“oh takpe, kalau macam tu dalam sejam lagi saya datang, boleh?” soal Jungkook.

“okey boleh, saya balik ambil kat rumah kejap” Haejin terus bangun mengambil begnya dan bergegas keluar.

*************************

“eh, dia pun tertinggal barang ke?” bisik Haejin apabila melihat kereta Jimin ada di garaj. Haejin membuka pintu rumah dan menuju ke biliknya. Sedang cuba membuka pintu telinganya menangkap bunyi sesuatu.

Oppa slow la”

sorry sayang”

Dengan cuak Haejin membuka pintu bilik Jimin, buka sahaja matanya bulat. ‘makhluk yang berada dia dalam bilik tu juga terkejut.

“ap..apa yg korang buat ni?” tanya Haejin sedikit gagap. Kelihatan 2 ekor makhluk sedang..erghh malas nak cakap. Jimin pantas bangun mencapai tualanya.

“hae..Haejin. i…I can explain” gagap Jimin.

Okeyh itu sahaja untuk part 9 ni. So ringankan tangan anda untuk vote okeyh. Sayang korang! Ni aku belanja sikit utk next part;

"Bukan urusan kau"

"Mungkin saya patut fikirkan kebahagiaan saya berbanding fikirkan kebahagiaan orang lain"

"Okey, kalau kau tak nak lepaskan dia, aku yg akan buat dia tinggalkan kau!"

"Ini dokumen yg Puan nak, saya akan pastikan Tuan Park datang next case"

[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now