PART 17
Jimin mengangkat beg-beg mereka keluar dari teksi. Akhirnya sampai juga mereka di Australia. Tanpa membuang masa mereka menuju ke resort yang ditempah.
“woah” Haejin tercengang apabila membuka sliding door. Resort mereka betul-betul menghadap laut. Sangat cantik. Tanpa membuang masa Haejin menyarung selipar ingin menuju ke arah laut.
“awak nanti” Jimin memegang lengan Haejin. Haejin mengangkat keningnya sebagai tanda kenapa.
“jangan lama-lama, dah petang ni and be careful” ucap Jimin.
“orait” balas Haejin dan terus berlari ke arah laut. Jimin yang melihatnya ketawa kecil. Menjadi juga plan yang dirancang bersama Papa Mamanya. Actually semua ni adalah rancangannya namun dia terpaksa menggunakan nama Mama & Papanya. Kalau dia sendiri yang rancang jangan harap Haejin nak setuju.
(situasi Haejin)
“segarnya” ucap Haejin perlahan sambil mendepangkan tangannya di hadapan laut. Tiba-tiba muncul satu “figura” di hadapanya. Jimin muncul di hadapanya sambil memegang dua aiskrim.
“untuk awak” Jimin menghulurkan aiskrim perisa vanilla. Namun Haejin mengambil aiskrim yang satu lagi. perisa coklat.
“oh awak tak suka perisa vanilla?” soal Jimin.
“alergic” ucap Haejin sepatah.
“sejak bila?” soal Jimin pelik.
“10 years ago” balas Haejin. Jimin cuba mengingat, 10 tahun lepas….maksudnya masa tu Haejin baru diambil menjadi anak angkat dalam keluarganya.
“too bad. I’m such a jerk right? Semuanya saya tak tau fasal awak” ucap Jimin sambil senyum hambar.
“because you’re busy to hate me” ucap Haejin. Jawapan yang cukup menikam hati Jimin namun apa yang Haejin cakap adalah fakta.
“tak perlu rasa bersalah. Kalau saya pun tak suka orang luar masuk dalam keluarga saya” jawab Haejin. Jimin hanya diam sambil menikmati aiskrim di tangannya.
“my parent died when I was 10. I don’t have anyone else unless Kim Taehyung. I’m so happy when I know I’ll adopted. Knew I’ll have parent again and I really happy when I know I will have a brother. Saya dah lama nakkan seorang abang” ucap Haejin lagi.
“Haejin, I’m sorry” ucap Jimin sayu.
“wow cantiknya” ucap Haejin sambil memandang ke arah matahari yang hampir terbenam. Hampir 10 minit mereka berdua diam memerhatikan matahari yang sedang terbenam.
“jomlah kita balik resort, nanti saya bawa awak tempat makan yang paling sedap kat sini” ajak Jimin. Haejin hanya mengangguk dan mengikut Jimin dari belakang.
***************************
“wooah kenyangnya” Haejin baring di atas katil. Pandai Jimin cari tempat makan kat sini, Jimin mengambil tempat di sebelah Haejin.
“esok kita pergi Taman kanggaro & Koala nak? ” Jimin menujukkan pamplet di tangannya. Haejin pantas mengambil pamplet di tangan Jimin dan membeleknya. Dia hanya menganggukkan kepala sebagai tanda setuju dan sambung baring kembali.
“lepas tu kita makan malam kat sini pulak, restoran dia tepi laut. Awak ok…” kata-kata Jimin terhenti apabila melihat Haejin yang sudah tertidur dengan mulutnya sedikit terbuka.
“hmm tidur rupanya, patutlah diam” kata Jimin sambil menarik selimut menutupi Haejin. Dia turut merebahkan badanya di atas katil & memejamkan matanya.
****
Haejin membuka matanya perlahan apabila terasa hembusan angin menyapa mukanya. Matanya terbuka luas apabila menyedari muka Jimin betul-betul berada di depan mukanya. Tak pernah dia berada sedekat ni dengan Jimin. Serta-merta dia bangun. Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi.
“eo awak dah bangun?” soal Jimin sambil mengubah posisinya kepada duduk. Dia menguap beberapa kali sebelum menggenyeh matanya.
“dah pukul 8, pergi mandi dulu. Kata nak pergi Taman Kanggaro & Koala. Nak breakfast lagi” ucap Hae Jin. Jimin pantas bangun sambil membimbit tuala. Tak sampai 5 minit dia keluar. Giliran Hae Jin pula masuk ke dalam bilik air. Keluar sahaja Jimin dah siap berpakaian. Hae Jin sedikit terpegun melihat Jiminy g nampak kacak dengan pakaian santainya namun cepat-cepat dia buang perasaan itu.
“pakai snapback saya. Cuaca kat luar nampak panas” ucap Jimin. Hae Jin hanya menurut. Jimin mula mengunci pintu.
***********Kini mereka sudah berada di Taman Kanggaro & Koala, pengunjung agak ramai sehingga mereka terpaksa berhimpit untuk masuk. Jimin memegang tangan Hae Jin berjalan bersamanya.
“takyah pegang-pegang” Hae Jin menarik tangannya.
“kat sini ramai orang, kalau kita terpisah macam mana? Kalau awak hilang macam mana? Kena culik pastu kena jual kat Thailand. Nak? ” soal Jimin sambil memegang kembali tangan Hae Jin.
“yaish” kedengaran rungutan dari Hae Jin namun hanya Jimin buat-buat tak dengar.
“jom ambil gambar” ajak Jimin sambil mengeluarkan kameranya. Hae Jin hanya menurut. Beberapa keping gambar diambil.
“awak lapar?” soal Jimin. Pantas Hae Jin mengangguk.
“kita beli makanan dulu pastu jalan cari souvenir sikit” Jimin menarik tangan Hae Jin berjalan bersamanya.
“erm awak cari barang untuk Mama, saya cari untuk Papa. Kalau awak nak apa-apa ambil je” ucap Jimin sambil melangkah masuk ke dalam Mall terbesar di Australia. Hae Jin mula memilih beg tangan untuk Mamanya. Sebaik sahaja menjumpainya dia ingin ke kaunter bayaran. Satu dress yg berwarna biru laut menarik perhatiannya.
“cantiknya” ucap Hae Jin. Dia membuka beg sandangnya & mengambil dompet. Duitnya tak cukup untuk membeli dress tersebut. Yg ada dalam begnya hanyalah kad kredit yg Jimin bagi padanya. Namun dia tak pernah menggunanya.
“ish apsal la aku tak bawa kad kredit aku sekali tadi. Hmm bye dress” ucap Hae Jin sayu sambil menuju ke kauter bayaran. Jimin dah menunggu di situ.
“awak tak beli pape?” soal Jimin. Hae Jin hanya menggeleng. Dia tau semenjak kahwin Hae Jin tak pernah meminta duit darinya. Kad kreditnya pun Hae Jin tak pernah guna. Jimin hanya membayar barang-barang mereka bergerak keluar. Baru sahaja Hae Jin ingin membuka pintu kereta,
“jap saya terlupa barang Jungkook. Awak masuk dulu, lock kereta” ucap Jimin & berlari masuk ke dalam Mall. Tak sampai 10 minit dia masuk kembali sambil membawa beg kertas.
“untuk awak” Jimin menghulurkan kpd Haejin. Haejin membukanys, dress tadi. Macamana Jimin tau yg dia sukakan dress ni.
“please jangan tolak” ucap Jimin.
“takpelah, dress saya dah banyak. Awak bagi jelah kat orang lain” Haejin meletakkan kembali.
“Haejin, benarkan saya untuk masuk ke dalam hati awak. Saya tau saya jahat sebelum ni, tapi saya janji takkan kecewakan awak lagi” ucap Jimin sedikit merayu.
“kita balik resort kemas barang, malam ni nak balik dah” ucap Haejin tanpa memandang. Jimin meraup mukanya. Dia perlu bersabar. Nampaknya plan kali ni gagal
Okey guys itu sahaja. Mohon korang dapat vote story ni and kalau boleh promote la kat kawan-kawan. Bye! 😘😘😘
YOU ARE READING
[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanficBila kau cuba nak berbaik dengan abang angkat kau, tapi dia sedingin ais dan garang macam singa #1 in fanfiction (13/12/2020) #2 in bts (30/7/2021)