PART 11
Jimin hanya tunduk, tak mampu nak melawan empat mata yg memandangnya tajam.
“Papa kecewa dengan kamu Jimin. Papa suruh kamu bahagiakan dia, bukanya sakiti dia!” marah En Park. Jimin terus tunduk, tak berani mengangkat muka.
“Haejin kamu dah fikir masak-masak?” soal Pn Park. Haejin mengangguk perlahan.
“takde peluang kedua untuk Jimin?” soal En Park pula.
“saya dah penat jaga hati orang Mama Papa, hati saya takde sape nak jaga. Lagipun ni permintaan Jimin dari dulu lagi” terang Haejin perlahan.
“Kami minta maaf Haejin. Sebab nak bahagiakan kami, kamu terseksa. Maafkan Papa Mama ye” ujar En Park.
“walaupun kamu dah bercerai dengan Jimin, tetap anak & menantu Mama selama-lamanya. Jangan tinggakan Mama Papa” Pn Park mengenggam tangan Haejin.
“jangan risau, hubungan kita takkan terputus” Haejin turut membalas gengaman Pn Park.
*********
Jimin yang sedang khusyuk menyemak fail di depannya terkejut apabila pintu biliknya dibuka kasar.“maaf Encik, saya dah cuba halang tapi dia nak masuk jugak’ ucap PA nya.
“takpe, awak boleh keluar” arah Jimin. PA nya mengangguk.
“kau memang tak guna! Apsal kau buat Haejin camtu ha?!” Taehyung menumbuk Jimin kuat menyebabkan Jimin jatuh terlentang.
“aku..aku minta maaf” Jimin mengelap darah di bibirnya.
“maaf? Boleh jalan dengan maaf kau!” Taehyung menumbuk Jimin sekali lagi.
“aku dah agak satu hari nanti Haejin yang akan terluka. Ingat Park Jimin, kalau kau tak nak lepaskan dia, aku sendiri yang akan ambil dia dari kau” ucap Taehyung.
“kau siapa nak suruh aku lepaskan dia? Kau bukan abang dia pun” soal Jimin sinis.
“dia dah macam adik aku. dia dah banyak menderita dan sekarang kau makin buat dia menderita. Aku takkan berdiam diri Jimin. And aku rasa kau pun tau Haejin macam mana, sekali dia dah jalan dia takkan berundur” ucap Taehyung sinis.
“aku takkan putus asa” balas Jimin.
“we’ll see Park Jimin, dia akan pilih kau atau aku” Taehyung tersenyum mengejek sebelum keluar dari situ.
***********
Jimin duduk dalam keadaan gelisah di perkarangan mahkamah, harini merupakan perjumpaan antara mereka dan Hakim tentang penceraian mereka.
“Mr Park Jimin, sila masuk” panggil kerani di situ. Jimin membuka pintu dan masuk. Kelihatan Haejin berserta peguamnya sudah menunggu. Nampaknya Haejin betul-betul nekad sampai bawa peguam sendiri. Jimin menarik kerusi dan duduk. Tak sampai 2 minit muncul Hakim.
“okey, boleh saya tau kenapa Tuan & Puan ingin bercerai? Setahu saya perkahwinan Tuan & Puan masih baru..dalam 3 bulan” kata Hakim sambil menyemak kertas di hadapanya.
“dia dah ada pilihan dia sendiri, so saya nak tarik diri. Tak guna saya jadi isteri dia kalau dia berseronok dengan perempuan lain” ucap Haejin. Peguamnya menghulurkan beberapa keping gambar kepada Hakim dan Hakim tersebut menelitinya.
“and Tuan, ada apa-apa nak cakap?” Hakim tersebut beralih kepada Jimin.
“saya mengaku salah atas perbuatan saya, memang saya bodoh kerana buat isteri saya macamtu. Saya menyesal. Sekarang baru saya sedar yang dia satu-satunya perempuan terpenting dalam hidup saya selepas Mama. Saya sayangkan dia dan saya ingin memperbetulkan salah saya” ucap Jimin panjang lebar.
“tschh sayang? Kalau sayang takdelah kau buat aku macam ni” ucap Haejin sinis.
“saya harap awak beri saya peluang kedua, benarkan saya betulkan kembali salah saya. Saya sayangkan awak, maybe saya lambat cakap benda ni tapi saya maksudkannya” ucap jimin sambil memandang mata Haejin dalam-dalam.
“macam nilah, saya rasa mungkin Tuan & Puan boleh berunding sendiri dulu. 2 minggu lagi kita jumpa lagi untuk sesi kaunseling yang seterusnya” ucap Hakim tersebut.
“Tuan Hakim boleh cepatkan sikit tarikh tu? Saya tak nak anak guam saya menanggung masalah ni berpanjangan” ucap En Lee. Peguam yang mewakili Haejin. Haejin turut mengangguk.
“saya rasa En Lee pun tahu kan prosedur untuk bercerai macam mana? Pasangan perlu melalui tempoh perdamaian dulu selama 3 bulan. Kalau tidak berhasil, baru kami akan luluskan penceraian ni. Lagipun segala bukti menunjukkan pihak Puan Haejin yang teraniaya. En Lee jangan risau” Hakim tersebut menepuk bahu En Lee. En Lee hanya tersenyum.
“Baiklah Puan, saya akan uruskan hal ni secepat mungkin. Saya balik dulu” En Lee tunduk sedikit dan beredar. Tinggal Haejin & Jimin berdua.
“saya takkan berputus asa Park Haejin. Itu janji saya” Jimin bangun meninggalkan Haejin.
YOU ARE READING
[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanficBila kau cuba nak berbaik dengan abang angkat kau, tapi dia sedingin ais dan garang macam singa #1 in fanfiction (13/12/2020) #2 in bts (30/7/2021)