PART 15
“takpe ke?” soal Jimin.“takde hal lah. Jom” Taehyung
“Tae, jom turun kat taman, mesti lelaki tu dah sampai” ucap haejin sambil jalan dulu ke depan. Jimin & Taehyung hanya mengikut dari belakang.
(Di Taman)
Haejin masih memandang sambil ternganga apabila melihat “lelaki" di depannya begitu cekap memainkan piano mengalunkan lagu “ Taeyang wedding dress”. Sungguh dia kagum dengan kebolehan pemuda tersebut. Dulu masa kecil dia selalu curi-curi tengok Jimin berlatih main piano. Bunyi tepukan menandakan persembahan telah tamat. Hae Jin ingin bangun memandangkan persembahan telah tamat namun pemuda tadi berdiri di depannya membuatkan perbuatannya terhenti.
“hai” tegur pemuda tersebut sambil menghulurkan sekuntum bunga. Sebuah gummy smile dihadiahkan.
“err hai” balas Hae Jin kekok.
“Rasanya dah nak masuk 4 hari saya nampak awak kat sini, sakit apa? Ah nama saya Yoongi” Yoongi memperkenalkan dirinya.
“saya Hae Jin. Erm actually saya accident, bawa kereta masa tengah pening. Tu yang langgar pokok” Haejin ketawa perlahan.
“aish awak ni, bahaya tau macam tu! Nasib tak teruk” ujar Yoongi.
“takde apelah, saya dah okey. Mungkin esok lusa dah boleh balik rumah” ucap Haejin.
“baguslah, erm 2 orang lelaki kat belakang tu sape? Dari tadi diorang jeling saya” suara Yoongi seperti berbisik. Haejin memandang ke belakang, Jimin & Taehyung tengah pandang dengan pandangan tajam.
(situasi Jimin & Taehyung)
“Taehyung, terima kasih” ucap Jimin.
“sebab?” soal Taehyung selamba.
“for everything. Aku terhutang budi dengan kau, aku janji aku takkan buat Haejin nangis lagi” ucap Jimin ikhlas.
“hmmmm” balas Taehyung acuh tak acuh.
(situasi Haejin)
“ouh, tu abang-abang angkat saya” terang Haejin.
“abang-abang angkat?” soal Yoongi dengan blur.
“parent saya meninggal masa kecil lagi, jadi diorang jelah keluarga yang saya ada selain Mama Papa angkat” ucap Haejin. Yoongi mengangguk faham.
“erm saya kena pergi ni Yoongi, nanti diorang bising. semoga kita berjumpa lagi” Haejin meminta diri.
“senang-senang nanti datanglah ke akademi saya” yoongi menghulurkan kad. Haejin mengambil dan melihatnya, perghhh si Yoongi ada akademi muzik sendiri rupanya, patutlah terror main alat muzik. Setelah mengucapkan terima kasih Haejin menuju ke arah Jimin & Taehyung yang hanya menjadi pemerhati dari tadi.
“sape tu?” soal Jimin & Taehyung serentak.
“kawan” ucap Haejin sepatah.
"Kawan?apsal aku tak tau pun?"soal Taehyung.
"Kawan baru" jawab Haejin malas.
“Doktor Jin cari kau tadi, dia cakap kau dah boleh balik” ujar Taehyung.
“jomlah, kita kemas barang” ajak Jimin.
“erm aku kena pergi, nanti aku lawat kau kat rumah. Ingat jangan banyak bergerak, jaga diri okey?” ucap Taehyung. Haejin mengangguk.
“and kau, sekali lagi aku dengar kau buat hal. Aku cincang kau hidup-hidup” Taehyung memberi amaran kepada Jimin. Jimin menggeleng laju sambil mengangkat kedua tangannya tanda menyerah.
“jomlah” ajak Jimin sambil memegang lengan Haejin selepas Taehyung beredar.
“tak payah berlakon caring sangatlah” Haejin merentap lengannya dan berlalu pergi. Jimin mengeluh, dia tak tau dah macam mana nak buatkan Haejin maafkan dirinya.
*******
“hati-hati” ujar Pn Park sambil memimpin Haejin ke sofa.
“it’s okay la Mama” ucap Haejin sambil duduk di tengah-tengah antara Mama Papanya.
“buat masa ni rehat dulu kat rumah sebulan, fasal kerja, Jungkook boleh handle” Ucap En Park pula.
“terima kasih, Mama. Papa. Terima kasih kerana buatkan Haejin lupa yang Haejin ni anak angkat” ucap Haejin sebak.
“dah, you’re my daughter. My only daughter, stop fikir yang kamu ni anak angkat” ucap En Park.
“Haejin sayang Mama Papa” Haejin
memeluk En & Pn Park.“Jimin Oppa? Tak sayang?” soal En Park. tersedak Jimin yang sedang minum.
“ss..sayang” ucap Haejin sedikit gagap.
“dahla, kamu baru balik. Pergilah rehat dulu, buat masa ni pakai bilik bawah, Jimin dah pindahkan semua barang ke bawah. Kesian kamu nak naik tangga nanti” ucap Pn Park. Haejin hanya mengangguk.
YOU ARE READING
[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanfictionBila kau cuba nak berbaik dengan abang angkat kau, tapi dia sedingin ais dan garang macam singa #1 in fanfiction (13/12/2020) #2 in bts (30/7/2021)