PART 13
(di Hospital)
“relax Jimin, pening Papa tengok kamu ni” tegur En Park selepas melihat Jimin yang asyik ke hulu hilir.
“macam mana Jimin nak relax dengan keadaan Haejin macam ni?” soal Jimin sambil mengusutkan rambutnya.
“dia okey, kan doktor dah cakap tadi” ucap Pn Park.
“kalau dia okey kenapa dia tak bangun lagi? 2 hari dah” ucap Jimin pula. Taehyung yang berada di hujung sofa hanya memerhati.
“Mama Papa nak balik kejap, malam nanti kami datang balik” ucap Pn Park. jimin hanya mengangguk. Sekarang hanya tinggal Jimin & Taehyung berdua. Taehyung menuju ke arah Haejin yang masih belum sedarkan diri.
“aku balik dulu Haejin, nanti aku datang balik tau. Aku sayang kau” Taehyung mencium dahi Haejin yang masih berbalut. Jimin yang melihatnya sedikit cemburu namun ditahan. Malas makin keruhkan keadaan. Taehyung mengambil beg sandangnya & keluar. Langsung tak menegur Jimin.
***************************************
“sayang., bangunlah” ucap Jimin sambil menggenggam tangan Haejin. Dah seminggu berlalu namun Haejin masih belum sedar.
“hmmm” tangan Haejin mula bergerak. Jimin bingkas bangun.
“awak dah sedar” ucap Jimin gembira apabila melihat Haejin membuka mata.
“Taehyung mana? Aku nak Taehyung! Kau keluar!” Jerit Haejin.
“relax saya call Taehyung, tenang” ucap Jimin.
“kau keluar! Keluar!!” jerit Haejin.
“Doc! Doc!” Jimin memanggil Doktor sambil memegang Haejin.
“aku nak Taehyung, kau keluar! Aku tak nak tengok muka kau!” Haejin meronta-ronta. Muncul Doktor Jin bersama nurse.
“pegang dia” arah Doktor Jin sambil mengambil picagari dan menyuntiknya melalui IV drip. Rontaan Haejin semakin perlahan & akhirnya senyap. Jimin menarik nafas lega.
“erm saya nak tanya, isteri En ada mengalami stress ke?” soal Doktor Jin.
“hubungan kami ada masalah sikit, mungkin sebab tu dia tertekan kot” Jimin menggosok belakang lehernya.
“oh okey saya faham. Urm Taehyung tu siapa?” soal Doktor Jin lagi.
“kawan dia dari kecik and dia dah anggap Taehyung tu macam abang dia” terang Jimin.
“buat masa ni awak tolong jauhkan dulu diri dengan pesakit. Jangan salah faham, saya taknak pesakit bertambah stress nanti and benda tu boleh menganggu proses penyembuhan dia. Nampaknya dia lebih selesa dengan Taehyung. Mungkin awak boleh suruh Taehyung luangkan masa lebih sikit kat sini” terang Doktor Jin.
“alright saya faham, thanks Doc” ucap Jimin. Doktor Jin mengangguk dan meminta diri.
**********************************
“Eomma.. Appa jangan pergi..Eomma Appa nanti dulu” Haejin mula mengigau.
“syhh Haejin bangun” Taehyung menepuk perlahan pipi Haejin.
“Oppa..” ucap Haejin setelah membuka matanya. Dengan pantas dia memeluk Taehyung. Jimin mengalihkan pandangannya ke arah lain, tak sanggup nak tengok. Taehyung mengalihkan pandangan kepada En & Pn Park, risau jika diorang salah faham namun En & Park mengangguk faham.
“ye Oppa ada ni” ucap Taehyung sambil mengusap belakang Haejin.
“Tae, aku rindu Eomma Appa” ucap Haejin sambil menangis.
“syhh jangan nangis, nanti aku bawa kau jumpa diorang” pujuk Taehyung.
“nak sekarang” ucap Haejin.
“tak boleh sayang, kamu baru sedar. Tunggu sihat sikit” sampuk Pn Park. Haejin tunduk sambil mengesat hingus + air matanya. Jimin hanya memerhati dari luar bilik, kalau boleh dia nak sangat mententeramkan Haejin. Namun atas nasihat Doktor kepadanya tempoh hari membuatkannya mengalah.
“macam mana boleh accident ni? Bagitau Papa” tanya En Park.
“masa tu Haejin pening sikit masa drive” ujar Haejin takut-takut.
“pening sebab tak cukup rehat kan?” soal En Park. Haejin diam.
“Haejin, kan Papa dah cakap, jangan terlampau fokus kerja sampai diri kamu tak cukup rehat. Papa Mama risaukan kesihatan kamu. Papa Mama dah takde anak perempuan lain selain kamu” ucap En Park.
“bahaya Haejin awak memandu dalam keadaan macam tu” sampuk Lisa yang dari tadi menjadi pemerhati.
“betul tu Haejin, janji dengan aku. jangan buat lagi” ucap Taehyung.
“hmm janji” ucap Haejin sedikit muncung.
“dah, ni Mama bawakan bubur. Makan sikit” Pn Park menyuakan sedikit bubur. Haejin membuka mulut dan memakanya.
*******************
Haejin mencapai seliparnya di bawah katil, baru ingin melangkah,"awak nak pergi mana?" bahu Haejin sedikit terhinjut disergah begitu. Namun dia hanya mengabaikan lalu masuk ke bilik air. Jimin bergegas mengambil tuala kecil lalu dia menunggu d depan bilik air. Tak lama kemudian Haejin keluar sambil meraup mukanya yg basah.
" tepilah, jangan menyemak kat sini boleh tak? Aku rimaslah" Haejin menolak Jimin ke tepi.
"awak nak makan sesuatu tak? Saya boleh keluar pergi beli" ucap Jimin mahu mengambil hati. Namun Haejin hanya diam sambil membelek handphonenya. Jimin cuba bersabar, Haejin jd macam tu berpunca dari dirinya jugak.
"saya tau saya salah, saya minta maaf. Saya memang bodoh & tak berguna..."
"tau pun" potong Haejin. Jimin ketawa kecil. K fine dia dah jumpa cara nak bg Haejin bercakap.
"please bg saya peluang terakhir, Haejin. Saya sayangkan awak" ucap Jimin separuh merayu. Namun Haejin hanya buat dek, earphone disumbat ke telinganya untuk mendengar lagu. Jimin mengigit bibirnya, dia faham apa yg Haejin nak. Haejin nak dia keluar dari situ.
"rest well sayang" ucap Jimin sambil bangun & keluar. Haejin mencabut earphone dari telinganya selepas melihat Jimin keluar. Actually dia tak pasang lagu pun. Acah je lebih. Dia melihat barang-barang keperluanya telah disiapkan di atas kerusi. Tak lupa juga, buah yg telah siap dipotong disimpan kemas di dalam tupperware. Air juga telah diisi penuh di dalam gelas.
"alamak drama aku dah start" ucap Haejin selepas melihat jam dinding menunjukkan pukul 10 malam. Dia cuba mencari remote namun tidak berjumpa. Dia menekan butang yg terletak di tepi katilnya. Tak lama kemudian nurse masuk.
"mana remote?" tanya Haejin.
"erm maaf Puan, suami pun arahkan kami untuk tidak benarkan TV dipasang selepas pukul 10 malam. Dia taknak Puan tak cukup rehat & benda tu boleh menganggu proses penyembuhan Puan" terang nurse dgn panjang lebar.
"what seriously?" tanya Haejin terkejut. Nurse tersebut mengangguk & keluar.
"tschh nak control aku konon. Handphone aku ada lah" bebel Haejin sambil membuka apps youtube d handphonenya.
YOU ARE READING
[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanficBila kau cuba nak berbaik dengan abang angkat kau, tapi dia sedingin ais dan garang macam singa #1 in fanfiction (13/12/2020) #2 in bts (30/7/2021)