PART 10
“hae..Haejin. i…I can explain” gagap Jimin.
“no need!” jawab Haejin sambil menghempas pintu kuat.
‘Haejin nanti!” panggil Jimin namun ditahan Seolhyun.
“Oppa kita tak habis lagi!” ucap Seolhyun.
“you pergi balik. Sekarang” Jimin memakai pakaiannya.
“tapi..” bantah Seolhyun.
“NOW!” tengking Jimin. Seolhyun menjuihkan bibirnya.
“Haejin! Buka pintu ni!’ panggil Jimin sambil mengetuk pintu bilik Haejin. Namun tiada jawapan. Jimin mengusutkan rambutnya.
“Haejin aku minta maaf, buka pintu ni. Please” rayu Jimin. Tiada jawapan. Jimin melengkapkan telinganya di pintu. Bunyi esakan.
‘tsk..tsk..’ bunyi esakan Haejin di sebalik pintu.
“Haejin buka. Please” rayu Jimin yg masih lagi mengetuk pintu.
“go away!” jerit Haejin dari dalam. Jimin menyandar di pintu bilik Haejin. Menanti Haejin membuka pintu.
(situasi Haejin)
‘tsk..tsk..sanggup kau Jimin. Tsk..tsk” Haejin terus menangis sambil memeluk lututnya.
(selepas 1 jam)
“Haejin bukalah” panggil Jimin. Dah 1 jam berlalu dia menunggu namun tiada jawapan. Dengan langkah malas dia bangun semula menuju ke biliknya.
*******************************
Jimin terlentang di atas katil. Dah puas dia merayu namun Haejin masih mendiamkan dirinya. Tiba-tiba terdengar pintu bilik dibuka. Sah Haejin dah keluar. Baru sahaja dia membuka pintu, kelibat Haejin sudah berada di pintu utama. Belum sempat Jimin mengejar Haejin sudah masuk ke dalam kereta dan memecut pergi.
*****************************
“Haejin sorry aku lambat. Kenapa kau call aku lewat malam ni?” soal Taehyung sambil duduk. Haejin mengangkat mukanya.
“Oppa..” ucap Haejin sambil menangis teresak-esak.
“kenapa ni? Jimin pukul kau ke?!” soal Taehyung cemas sambil mengambil tempat di sebelah Haejin. Haejin hanya akan memanggilnya ‘oppa’ bila dalam keadaan teramat sedih.
“Jimin..dia buat benda terkutuk tu dengan perempuan lain. Dalam rumah kami pulak tu. Aku kecewa Taehyung. Tsk..tsk..” Haejin memeluk lengan Taehyung dan menyembamkan muka di bahu Taehyung. Taehyung yg mendengarnya terkejut. Tak sangka Jimin sampai berani bawak perempuan balik rumah.
“shhh stop crying. Aku tak sukalah tengok kau nangis. Taehyung menepuk bahu Haejin.
“Tae, aku rasa aku nak cerai dengan dia” ucap Haejin.
“kau serius? Cerai ni bukan main-main. Baru 3 bulan kahwin dah nak cerai?” balas Taehyung.
“aku serius. Lagipun selama ni hanya aku sorang yang belajar menerima. Dia langsung tak pernah belajar terima aku” Haejin mengesat air matanya.
******************************
Jimin mundar-mandir di ruang tamu. Dari semalam Haejin tak balik. Sekarang dah masuk pukul 2 petang. Tiba-tiba bunyi enjin kereta di luar rumah. Jimin pantas pintu utama.
“kau pergi mana?” soal Jimin.
“kau tak payah sibuk hal aku” balas Haejin dingin sambil berlalu. Jimin terpempan dengan balasan Haejin. Selama ni Haejin tak pernah bercakap kasar denganya.
“ah aku lupa, ni untuk kau. So start sekarang bolehla kau call peguam kau tu” Haejin berpatah balik sambil menghulurkan sekeping kertas. Jimin mengambil & melihatnya. Surat permohonan penceraian?. Haejin dah siap tandatangan surat tersebut.
“tak..tak. Aku takkan sign surat ni!” Jimin mencampakkan ke lantai.
“why? Bukan dulu kau beria nak ceraikan aku? Beria nak aku pergi jauh dari hidup kau. So? Aku just nak tunaikan impian kau” ucap Haejin sinis.
“aku takkan ceraikan kau!” tegas Jimin.
“Pfft I don’t give a shit la about your decision. macam ni lah Mr Park Jimin. Ni ada bukti-bukti yg boleh membantu mempercepatkan kes kita. Urm pasal Mama Papa aku akan jelaskan kat diorang. Haa kau amiklah gambar ni buat kenangan. Aku ada banyak lagi salinan” Haejin menghulurkan beberapa keping gambar. Jimin sedikit ternganga. Gambarnya aksi panasnya bersama perempuan yg berbeza.
*******************************
Haejin khusyuk mengemas barang-barangnya. Tak lama lagi dia akan keluar dari rumah ni, baik dia kemas barangnya cepat-cepat. Bunyi ketukan di pintu hanya dia abaikan. Jimin la tu. Disebabkan tiada respon darinya, pintu dibuka dari luar.
“awak nak pergi mana kemas barang ni?” soal Jimin.
“awak? Eh telinga aku ada masalah ke apa?” perli Haejin. Jimin sedikit menunduk.
“Haejin, saya mengaku salah. Ttt..tolong beri saya peluang kedua. Benarkan saya tebus kesalahan saya” ucap Jimin sayu.
“keluar” ucap Haejin tanpa memandang muka Jimin.
“Haejin, saya minta maaf. saya merayu” Jimin masih mencuba.“Get out! Aku jijik tengok muka kau. Benci tau tak?! Keluar!!” jerit Haejin. Melihat Jimin masih tak berganjak membuatkan dia sendiri menolak Jimin keluar.
“Haejin. Sorry” ucap Jimin yang masih berada di hadapan pintu.
"Kau dgn sorry kau, dengan perempuan simpanan kau boleh pergi mati! Lepasni aku dah tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan kau. Aku dah bosan dengan perangai bodoh kau Park Jimin" balas Haejin dari dalam.
YOU ARE READING
[C] Cold Adopted Brother [PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanficBila kau cuba nak berbaik dengan abang angkat kau, tapi dia sedingin ais dan garang macam singa #1 in fanfiction (13/12/2020) #2 in bts (30/7/2021)