bab 4

4.6K 131 1
                                    

  Anak rambut yang berjuntai ke dahi aku kuak kebelakang.Peluh yang menitis di pelipis aku seka dengan belakang tangan.
Panas betul cuaca hari ini baru pukul sembilan setengah pagi,tapi matahari telahpun membahang.

"Sudahlah tu Am! Sini kita rehat dulu,panas sangat hari ni" umi melaung aku agar menyertainya berehat dipondok.

"Ok umi..."
Umi menghulurkan secawan air masak setelah aku melabuhkan punggung dipondok tersebut.

"Am..bila kamu nak pergi ke Kuala Lumpur tu?umi tak kisah tinggal sorang,umi sehat lagi ni.Pergi lah kerja kat sana tu..nanti dapat duit bolehlah Am bayar hutang -hutang belajar tu".

" Am pun ada fikir macamtu juga umi,Am ingat lusa ni Am nak perginya.Umi jangan risaukan apa-apa pasal Am,nanti Am telefon umi bila dah sampai kat sana..cuma Am minta umi sentiasa doakan Am..itu saja Am minta"..

"Am umi selalu doakan anak umi ni.Am satu-satunya yang umi ada dalam hidup umi ni,mestilah umi akan sentiasa mohon yang terbaik untuk anak umi ni.Umi tahu anak umi ni seorang yang baik dan anak yang taat pada Allah dan Rasulnya". Umi mengusap perlahan lenganku yang telah kering peluhmya.

" Terimakasih umi...sayang umi!"
"Hish! dah macam pompuan dah anak umi ni.Buat lah perangai gaya lelaki sikit!" bebel umi.

"Ha..ha..umi ni! Am dengan umi saja lah camni..nak manja je!"

Kami ketawa bersama-sama.Aku gembira bila tengok umi ketawa lagi-lagi bila aku buka cerita kelakar,memang sampai melelehlah airmata umi ketawa.

"Umi jom balik dah panas sangat ni nak kerja pun tak larat ni"

Umi menurut saja kataku.Kami melangkah pulang dari kebun pisang umi yang terletak cuma beberapa meter dari rumah.

". Am pergi lah berehat, umi nak masak kejap lagi ni." Aku cuma angguk saja.Biarlah umi dengan tugasnya asalkan dia gembira.

"Assalamualaikum! Timah oo Timah!"

"Waalaikumusalam! Oo..kamu Biah!
Kenapa kamu kemari ?tak jaga cucu kamu kehari ni?aku dengar umi menyoal tetamunya.
Siapa yang datang malas aku ambil tahu.Berbaring didepan tv lagi baik bagiku.

" saja je aku nak datang ni..tak boleh ke?aku dengar anak kamu si Am dah balik betul ke?tu yang aku datang ni saja nak menengok-nengok".

Tegak terus telinga aku bila dengar nama aku dipetik-petik ni.Aku intai sedikit dari tepi tingkap."ooo....Mak Su Biah rupanya!" Ceh!

"A'ah..betullah Am ada balik dah tapi nanti dia dah nak pergi ke Kuala Lumpur dah..kerja sana". tutur umi lembut.

" mana dia? nak juga saya jumpa dengan dia, ye lah nak juga saya minta maaf atas apa yang dah berlaku tu..kamu panggil lah dia sekejap Timah oii"

"Am!.. Am! sini kejap! Mak Su kamu ni nak jumpa,mari lah!"laung umi.

" kejap umi"
Aku keluar ke dapur tempat umi dan Mak Su berbual.
"Ini ke Ilhamnya Timah?amboii..dah besar kacak hensem orangnya!" kata Mak Su Biah sambil matanya tak berkelip memandang aku.Aku menghilurkan tangan untuk bersalam.

Mak Su Biah menyambut tanganku namun terus dipegangnya erat.
"Ilham! Mak Su nak minta maaf bebanyak pada kamu atas apa yang dah terjadi,mungkin salah Mak Su agaknya.Maafkan lah Mak Su dan Erma ya?"

"Takpe lah Mak Su,bukan salah Mak Su pun..dah tertulis bukan jodoh kami pun..tak payahlah Mak Su nak rasa bersalah pulak" .

"Baik kamu ni Am..semoga kamu mendapat jodoh yang lebih baik lagi.Mak Su doakan untuk kamu ya?kata Mak Su tenang.Aku lihat terbit juga airmatanya dipinggir kelopak matanya.

" takpe lah Timah aku balik dulu lah, lain kali senang - senang aku singgah lagi.Assalamualaikum!"

"Waalaikumusalam.." jawab aku dan umi serentak.Umi mengosok-gosok belakang aku.
"Anak umi ni memang baik"
"Sebab Am ada seorang umi yang baik macamni!aku cuit hidung umi sedikit.
Umi tampar aku dan suruh aku duduk didepan supaya tak kacau umi memasak.Aku pura -pura merajuk dan menghentak -hentakkan kaki ku.
Umi ketawa sambil mengangkat senduk di tangannya seolah ingin memukul aku.Berdekah aku ketawa dengan gelagat umi dan akhirnya aku lihat senyuman manis umi terukir.

~~~~~~~~~~

" Umi jangan sedih! nanti ada masa Am balik jenguk umi.Umi jangan buat kerja berat-berat,nanti bila nak angkat pisang tu minta tolong dengan anak angkat umi si Asraf ni..jangan pandai-pandai nak buat sendiri"

"Umi tahu lah! dah tak payah risaukan umi..tahu lah umi nak jaga diri.Dah!pergi naik bas tu nanti lambat pulak!"

Aku kucup pipi umi."sayang umi..."
"Asraf..tolong tengok-tengokkan umi ye..aku harapkan kau saja ni dan aku nak ucapkan terimakasih atas budi kau dan isteri kau pada kami". Badan Asraf aku peluk.Asraf ialah anak angkat umi sedari kami kecil lagi.Selama ketiadaan aku Asraf lah tempat umi meminta pertolongan.Asraf juga begitu kerana dia adalah anak yatim piatu.













Hmm...please komen k.nk tahu juga kelemahan sis dalam menghasilkan karya yang tak seberapa ni..hehe..lvolllll




Sentuhan Qalbu(Completed)Where stories live. Discover now