Bab 68

5.3K 205 106
                                    

Beberapa bulan sebelum...



Mylia mendengus marahkan Ilham setelah Qalbu berlalu pulang sebentar tadi.Entah kenapa dia merasakan kedudukannya akan tergugat jika Qalbu masih lagi terikat dengan Ilham.
Elok Ilham lepaskan saja Qalbu tu!.
Hish!!..mulutnya berdecit tanda tidak berpuas hati!.

"Abang..kenapa abang tak lepaskan je Qalbu tu..dia nak pergi kan..biarlah..!" Saran Mylia kepada Ilham.
Ilham yang hanya membisu sedari tadi, kerana terkilan dengan sikap Qalbu yang tidak mempedulikan perasaan hati dia walaupun dia sudah menahannya agar jangan pergi.

"Mana boleh buat macam tu Mylia..sepatutnya kita bagi dia peluang.."dengan lemah Ilham menuturkannya.

"Pasal apa tak boleh pulak?
Atau abang masih ada hati pada dia?
Peluang apa yang abang nak bagi ni..hm?
Dah jelas-jelas dari dulu lagi dia yang tinggalkan abang dan Adam..
Perempuan macam tu abang masih nak terima semula?".

"Mylia..cuba bercakap tu guna akal sikit..
jangan main sebut je..dia masih isteri abang tau..sama macam kamu!". Ilham tak suka bila Mylia asyik mengungkit pasal Qalbu.

"Sama macam saya bang?
Eh! Tolonglaaa..sekurang-kurangnya saya setia dengan abang..bukan macam dia tu!
Dah tinggalkan lepas tu datang balik nak rampas pulak!".

"Mylia..kalau awak tak tahu hal sebenar..abang rasa baik awak diam je..lagi elok!.Tak semak kepala otak abang ni mendengarkan omelan awak tu!".

"Ye!.Tapi saya tetap nak abang lepaskan dia!".
Bentak Mylia sambil berlalu naik ke bilik.
Kakinya dihentak-hentakkan ketika menaiki anak tangga.Macam budak-budak!.

Hari berganti minggu..begitulah keadaan perhubungan Ilham dengan Mylia.Masing-masing tetap pertahankan pendirian sendiri sehinggakan tiada tolenrasi lagi antara keduanya.
Adam sendiri berasa rimas dan merasa terpinggir dengan sikap kedua orang tuanya.
Tiada lagi kemesraan didalam keluarga mereka.

Bila ditanyakan kepada papanya apakah punca pergaduhan antara papa dan mamanya..papa hanya menjawab tunggulah..nanti Adam akan tahu juga.
Namun puas di tunggu, penjelasan itu tetap tidak kunjung tiba!.

~~~~~~~~~~

Mylia mengemas-ngemaskan cadar, sengaja dia berpura-pura mahu tidur namun kehendak hatinya sedaya upaya mendesak didalam dirinya umpama badai tsunami yang tidak boleh ditahan-tahan lagi..kalau boleh malam ni jugak dia mahu berbincang dengan Ilham.

Sampul surat yang diterima petang tadi di ambilnya lalu diletakkannya di atas riba Ilham yang sedang seronok melayan fon. Layan fon itu lebih seronok dari melayan isterinya.

"Nah surat abang..dari mahkamah..saya rasa surat tuntutan cerai Qalbu kut!"
Ilham meletakkan fonnya di tepi bantal lalu sampul surat tersebut diambilnya.
Dibelek seketika dan kemudiannya diletakkan kembali diatas meja lampu disebelah katil. Biarkan!.
Kalau boleh dia tidak mahu melihat isi surat itu!.

"Kenapa tak bukak?
Tak sanggup?".sinis Mylia menyindir Ilham.
Sakit hatinya melihatkan sikap Ilham yang seolah-olah tidak lagi mempedulikan tentang gelora perasaannya.

"Tidurlah..".Ungkap Ilham sambil membaringkan tubuhnya membelakangkan Mylia dan mengadap kearah surat tadi.
Sampai hati kau Qalbu..buat abang macam ni..! Desis hatinya sedih!.

Mylia mendengus marah bila Ilham hanya menyuruhnya tidur.Ingatkan malam ni bolehlah settle masalah tapi..Ilham main biar...je semuanya!.
Haih! Sabarlah hati!.
Kerana kau sayang Ilham..kau kena sabar ya hati..!. Pesannya pada diri.

Dua bulan telah berlalu, Mylia melihat surat tersebut masih lagi terletak diatas meja yang sama.Belum dibuka.
Hati dia sudah tidak boleh bersabar lagi.
Dia perlu buat sesuatu.

Sentuhan Qalbu(Completed)Where stories live. Discover now