Ilham menolak perlahan daun pintu itu lalu menjengahkan sedikit kepalanya kedalam.Pandangan mereka bersabung.
"Hoii..kau..!
Masuk..masuk. Ingatkan patient mana tadi..haha..ha.."gelak Dr.Aizat sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam setelah Ilham melangkah masuk ke bilik kerjanya."Kau apa khabar Zat?
Sorry ganggu kau kat hospital ni.." Ilham menyambut huluran tangan Aizat dengan tangan kiri.
Berkerut kening Aizat.Ini pelik!."Hish! Takde hal lah bro..aku ok je.Emm..tangan kau kenapa?" Aizat mengintai pandang kepada tangan kanan Ilham.
Ilham menarik kerusi didepan Aizat lalu melabuhkan punggungnya disitu.
Tangan kanannya diangkat keatas meja, sambil itu dia tergelak sedikit."Ni..aku nak kau rawat!" kata Ilham sambil tersengih.
"Kau tumbuk apa ni Am?
Gaduh?
Sejak bila kau jadi gangster ni?" sindir Aizat sambil membelek-belek tangan Ilham.
"Agak teruk juga kesan luka kat tangan kau ni Am.." Aizat menggelengkan kepalanya namun tangannya masih lincah meneruskan rawatan pada tangan Ilham."Kau ada masa?.
Jom keluar..nanti aku cerita". Ajak Ilham sambil itu dia menilik balutan ditangannya yang sudah pun siap dirawat oleh Aizat.Aizat menilik jam ditangannya.Hampir pukul duabelas setengah tengahari.
"Sekarangkan hampir waktu rehat..jom jelahhh!" desak Ilham kerana dia tahu waktu rehat hampir tiba sebab tu dia datang kebilik Dr.Aizat waktu ini.
"Hm..jom tapi dekat-dekat sini je ok!".
Ilham mengiakan saja."Hm...apa dia yang kau nak share dengan aku tadi?".Soal Aizat setelah dia mendapati Ilham hanya bermenung.Kini mereka berdua berada didalam sebuah cafe.
"Dia minta cerai Zat.." lemah saja intonasi lontaran suara dari Ilham.Pandangannya ditundukkan melindungi matanya yang berkaca itu dari pandangan Aizat.
"Siapa?..
Bini kau?".terjah Aizat.Yelah mana tahu kut Mylia minta cerai ke..kan!."Qalbu..dia minta aku lepaskan dia..aku tak sanggup Zat!
Aku masih sayang dia. Memang dia isteri yang nusyuz sebab dia pergi macam tu je tanpa izin aku..tapi..""Nusyuz?
Haha..ha..itu hukum yang kau letak pada dia Am?. Kau tahu ke..kenapa dia pergi dulu Am?"Ilham mengangguk.
"Sebab aku ada orang lain..".lemah Ilham menuturkannya."Em..betul!. Sebab-sebab yang lain..kau tahu?"
"Itu je yang aku tahu Zat..".
Aizat mengeluh sebelum menyambung kata-katanya.
"Kalau kau dah tahu Qalbu pergi sebab kau curang..kenapa kau kahwin jugak dengan perempuan tu?"."Aku tak tahu Zat..!
Baru-baru ni je aku tahu pasal ni..!""Allah!
Kenapa Am?
Kenapa tak dari dulu lagi kau cari tahu sebabnya kenapa Qalbu pergi macam tu saja..hilang macam tu..
Kenapa kau biarkan hal ni berlalu begitu saja...then kau senang-senang berkahwin pulak dengan perempuan tu..!
Pernah tak kau fikirkan pasal perasaan Qalbu?".Mencerlung Ilham memandang ke muka Aizat.Pandangan yang sarat dengan rasa tidak berpuas hati..
"Suka-suka je kau cakap aku biarkan perkara ni macam tu je...kau tahu tak aku cari dia tapi tak jumpa! Aku takde clue langsung kat mana nak cari dia!
Kau apa tahu!
Tapi...cara kau cakap ni..macam kau tahu banyak je pasal hal ni!"."Memang! Memang aku tahu everything!.
Kau rasa?"."Apa yang kau tahu!?" jerkah Ilham.
Bertambah sakit pulak hatinya dengan permainan Aizat ni.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...