"Tahniah sayang atas pembukaan rumah untuk anak-anak yatim tu..
Sayang happy?". Soal Ilham. Ketika ini mereka sudah pun berada dirumah.
Selesai saja majlis perasmian tadi serta sesi bergambar terus saja mereka pulang kerumah. Penat sangat!. Setelah beberapa bulan mereka semua bertungkus- lumus bagi menjayakan projek itu."Happy sangat..!.
Thankyou abang..sebab sudi sokong usaha sayang ni..walaupun abang penat nak uruskan syarikat..rumah anak-anak yatim ni lagi..uruskan hal rumahtangga kita lagi..kesian abang.."."Takpe..janji sayang happy itu dah memadai bagi abang..abang suka tengok sayang gembira macam ni..
Lepas ni abang nak sayang duduk rumah je..uruskan makan pakai abang dan Adam..tak payah pergi kerja dah.
Hal rumah anak yatim ni..serahkan saja pada Naim..pandai-pandailah dia nak uruskan macam mana nanti.."."Okeyy..sayang ikut je cakap abang..asalkan abang ada je dengan sayang..". Qalbu merenung tepat kedalam mata Ilham.
Sungguh dia gembira sekarang ini.
Harap mereka takkan berpisah lagi.
Qalbu makin mengeratkan pelukannya dan membiarkan dirinya lemas tenggelam dalam lautan kasih sayang Ilham.
Kini dia benar-benar merasakannya.
Rasa ingin menangis..menangis gembira!.🏵️🏵️🏵️🏵️🏵️
Qalbu mendepangkan tangannya, merasai tiupan angin laut ke tubuhnya.Seronok!.
"Sayang...buat apa tu?" Ilham menghampirinya.
Qalbu hanya tersenyum manis menoleh kearah suaminya.
"Rehatkan diri...lapangkan fikiran..sinilah abang..".ajaknya.Lengan Ilham di peluknya.Sejak semalam mereka tiba di Langkawi.
Malibest resort adalah resort pilihan mereka. Tempat untuk bercuti tak penting yang penting siapa yang menemani percutian.
Jika orang yang tersayang berada disisi..duduk dibelakang rumah pun dah rasa hebat!.Apatah lagi jika dapat meluahkan rasa cinta dan sayang..pasti hati rasa melayang-layang. Tempat yang indah dan dapat pula mendendangkan kata puitis yang indah lagi manis buat tersayang..
Hm....romantis!.Ilham mengambil beberapa keping gambar Qalbu yang sedang seronok bermain air ditepi pantai. Lagak macam remaja saja.
Tapi Ilham puji Qalbu walaupun usianya begitu tapi dia tetap nampak muda seperti orang yang berumur tigapuluhan saja.
Tetap cantik!. Tak jemu mata memandang, teringat semasa majlis perasmian rumah anak yatim minggu lepas..Qalbu nampak cantik sangat dengan wajah yang berseri-seri..mungkin auranya naik kerana impian dia sudah terlaksana barangkali."Sayang...dahlah tu..sini dekat abang..!"laungnya. Dia sendiri pun sudah melabuhkan punggungnya di pasir pantai.
Petang ini mereka sudah berjanji mahu menikmati suasana matahari terbenam.Qalbu menghampiri Ilham lalu dia duduk diantara kedua kaki Ilham. Tangan Ilham segera memeluk melingkari diperut isterinya.
Belakang kepala Qalbu yang bertudung itu dikucupnya sekali dua.
Sayang sangat!."Cantikkan?" Ilham bersuara.
"Macam sayang".sambungnya lagi."Abang pun..hensem je jugak sayang tengok..tak nampak tua pun..
Abang jangan pandang orang lain tau!
Nanti sayang jeles!"."Takk..dihati abang sekarang ni cuma ada sayang sorang je..
Cantik ke..tidak ke..rasa cinta dan sayang tu tetap pada sayang sorang je..
Abang janji..abang akan menjadi suami yang baik pada sayang..
Maafkan abang jika dulu abang khilaf..banyak melukakan hati sayang..betapa bodohnya abang masa tu..
Kerana kebodohan tu..banyak kali abang kehilangan sayang!.
Abang minta ampun dari sayang.."."Sudahlah abang..benda dah jadi pun..bukan kita boleh patah balik semula pun..
Sayang pun dah maafkan abang.
Rasa cinta dan sayang ni tak pernah pudar..hanya untuk abang..
Lepas ni kita bina hidup baru..keluarga kecil kita..dan tak lama lagi..in sha Allah kita akan ada sebuah keluarga besar..anak-anak yatim tu..kan nanti bakal jadi anak-anak kita..".
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomantikIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...