Suasana pagi masih lagi hening biar pun bening subuh sudah hampir mahu berlalu bagi memberi laluan kepada sang mentari pula untuk mengambil alih tugasnya menerangi bumi.
Adam yang baru sahaja selesai mengaji terus meletakkan Al Quran diatas meja..songkoknya juga diletakkannya disitu lalu dia berlalu semula kekatil.
Haih!!..Sunyi lagi..!Agak-agak ibu sedang buat apa sekarang ni..?. Sudah dua hari dia pulang ketanahair,
walaupun berat rasa hatinya mahu meninggalkan ibu tersayang namun dia perlu pulang juga untuk menanti kepulang papa tersayang pulak.
Dua-dua dia sayang!.
Adam mngukir senyum sendiri..kalaulah papa dan ibu dapat bersama semula..alangkah bahagianya hidup mereka!.Papa tak perlu lagi dibelenggu dengan rasa bersalah..dan ibu pula tak perlu lagi dibelenggu rindu..Haih!..Kena buat sesuatu ni!.Fikir Adam!.
Tali leher dikemaskannya..hari ini dia sudah mula masuk kerja.Entah apa khabar hal di syarikat agaknya..mesti kerja bertimbun..!.
Tanpa sarapan Adam keluar dari rumah menuju kepejabat.Fail dimeja dibelek-beleknya..akhirnya dia tersandar dikerusi, perutnya ditekan dengan tangan.
Laparlah pulak!
Adam terus menekan butang interkom diatas mejanya."Mazlee..buatkan aku kopi kurang manis!".
Arahnya kepada PAnya. PA dia lelaki okey!."Ini kopinya bos..".Mazlee meletakkan secawan kopi diatas meja Adam.
"Lee..kau ada apa-apa makanan tak..aku lapar laa..tak sempat sarapan tadi,banyak kerja!".
Mazlee menggaru-garu pelipisnya.."er..takde bos, tapi..kalau bos nak saya boleh pergi belikan..!".
Adam mengangkat wajahnya memandang Mazlee sambil menggeleng.
"Hm..takpelah..kau boleh sambung buat kerja".ujarnya.Matanya kembali menadah ke skrin komputer."Tapi..kalau bos sudi..saya ada bawa bekal kuih tadi..isteri saya bekalkan kuih serimuka..kalau bos sudilah..".ujar Mazlee malu-malu...yelah..karang bos tolak malu pulak muka..makanan bos dengan kita orang biasa ni mana sama..!.
"Ada ke..?. Mana dia?" Soal Adam.Perut dah berbunyi-bunyi..makan apa pun sedap je!.
Mazlee berlalu untuk mengambil bekas bekalannya pagi tadi.Banyak jugak isterinya letak, katanya boleh kongsi dengan kawan-kawan..tuah tangan isterinya..bos yang dapat makan!.
Mazlee meninggalkan bosnya yang sedang menikmati sarapannya.Bos ajak makan sekali tapi ditolaknya.Banyak kerja..lagi pun tak baik ambik kesempatan..dia bos takpelaaa...
Adam bangun untuk mencuci tangan tiba-tiba pintu biliknya ditolak kasar.Siapa?.
Adam memandang figura yang baru saja melangkah masuk tadi.Mama!?..Terkejut dia dengan kehadiran mamanya.
"Adam..!" seru Mylia..terus punggungnya dilabuhkan di atas kerusi di hadapan meja Adam.Wajahnya keruh!.
"Ma..mmama..buat apa kat sini?". Kekok pulak Adam rasakan..kerana dia sudah mengetahui kisah diantara ketiga orang tuanya.
"Mama cari papa..tapi papa takde..!" Adu Mylia_tertunduk sedih.
"Nak cari papa?. Hm .papa memang tak ada...kenapa ya?". Adam bertanya seraya menarik kerusinya lalu duduk disitu.
"Mama pergi rumah kita tapi rumah tu kosong..mama rasa tak sedap hati je..kenapa ya Adam?". Mylia mengajukan soalan.Entah kenapa dia merasakan dirinya sudah pun di buang dan terbuang!.Sikit saja kesilapan dia..iaitu 'pergi tinggalkan Ilham sementara' je untuk tenangkan hati, tapi kenapa semuanya seakan sudah berubah!.
"Sebenarnya rumah tu papa dah jual..Sebab apa...?..itu kena tanya papa sendirilah!.Adam tak campur.." ujar Adam dengan baik. Masih lagi menghormati wanita yang pernah menjaganya sejak kecil dahulu.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...