"Macam mana keadaan kawan saya doktor?"
"Hm..apa yang saya boleh katakan disini,keadaan dia tak begitu baik,dia masih belum melepasi tahap kritikal,kita perlu tunggu sehingga malam nanti atau esok kalau -kalau dia sedarkan diri kecederaannya agak serius dari pinggang kebawah berkemungkinan dia lumpuh,apa-apa pun kita tunggu dan kita sama-sama berdoa yang terbaik buat beliau ok?"
Neela angguk."terimakasih doktor".
Neela terduduk dikerusi disitu,tubuhnya menggigil lemah,sungguh dia tidak dapat menerima keadaan sahabatnya sekarang ini..lumpuh!.Airmatanya laju menuruni pipi,dibiarkan saja.
"Neela awak perlu sabar,kita kena kuat,kalau kita lemah,Qal apatah lagi.
Awak jangan lemah macam ni..tolong!
Tolong jadi kuat untuk Qal..please?"
Awak tak telefon keluarga dia ke..bagitau tentang keadaan dia.."Neela menggelengkan kepalanya sebelum dia menjawab."Keluarga dia takde dekat sini..diaorang ada dekat Dubai uruskan business diaorang..tapi..."
Zek mengerutkan keningnya menunggu Neela menghabiskan kata.
"Tapi..?"Emm..takde apalah".Takkan aku nak kata tentang suami dia pulakkan,Qal sendiri pun nak perkara itu dirahsiakan..biarlah Zek tak perlu tahu..fikirnya.
Doktor Aizat membuka pintu bilik Ilham.Malangnya kelibat yang dicari tiada disitu.Dia keluar semula menuju kelobi hospital.
"Er..nurse ada nampak doktor Ilham tak?"
"Oh..tadi saya nampak dia dicafe..mungkin dia masih dekat sana kut".
Ok..tq".
Doktor Aizat menepuk perlahan bahu Ilham.Dia hairan melihatkan Ilham boleh santai-santai minum dengan seorang perempuan dan dua orang kanak-kanak.Dia ni tak tahu ke yang isteri dia tu dekat icu..ini pelik!fikirnya.
"Am...aku nak cakap dengan kau sekejap?"
Hm..cakaplah"..balas Am bersahaja,anak kecil diribanya diserahkan kembali kepada perempuan itu.Aizat hanya memandang dengan pandangan pelik.Siapa diaorang ni pada Am.
"Bukan dekat sini..masuk bilik aku..penting!.
"Heh..ya lahh..emm..Erma boleh tunggu sekejap tak..saya ada hal dulu..makanan ni nanti saya bayarkan.
Mereka berlalu kebilik doktor Aizat.Kerusi didepan Aizat ditariknya lalu dia duduk disitu."hm..kau nak cakap apa?"
"Siapa perempuan tadi tu? Semacam je aku tengok,bukan main mesra lagi..dah macam itu bini kau pulak layannya".sinis saja Aizat berkata.
"Heii..kau dah kenapa bro? Dia tu cuma..
"Ok..takpe..yang itu bukan isunya..yang aku nak cakap ni lagi penting dan kau dengar baik-baik"..
"Kau ni suspen betullah..cakap jelahh!
"Kau bersabarlah ya..isteri kau..
"Dah kenapa pulak dengan isteri aku?" segera dia teringat nurse itu memberitahu tentang kedatangan Qal kehospital untuk berjumpa dengannya tapi tiada..
"Kau bertenang Am..isteri kau kemalangan tadi dan dia sekarang ni ada di wad icu..aku rasa baik kau..
Belum habis kawannya menutur kata Ilham bingkas bangun dari tempat duduknya.Patutlah dia dari tadi rasa tak sedap hati.Puas didail nombor isterinya tadi tapi hampa,operator saja yang jawab.Rupa-rupanya ini yang berlaku.Dia berlari menuju kewad kecemasan.Keadaan isterinya mesti diketahui.
Pintu belakang bilik kecemasan itu ditolak laju..agak kuat membuatkan semua yang ada disitu menoleh kearahnya.Dia mencari wajah isterinya.Jumpa.
Terkelu dia melihatkan fizikal isterinya. Wayar berselirat di wajah itu dan ditangan,kepala berbalut,pipinya merah kerana luka,tangannya juga ada kesan luka akibat seretan...Allahhu..airmatanya membasahi pipi.Dia memandang mesen monitor disisi katil,,tik..tik..tenang mesen itu berbunyi..tapi hatinya..luka melihatkan keadaan isterinya.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...