Bab 47

3.4K 83 1
                                    

PRANGG!!!

DoktorAizat berpaling.
Bunyi sesuatu jatuh menarik perhatian doktor Aizat yang kebetulan lalu dihadapan wad Qalbu.Dia segera menoleh kearah pintu yang sedikit renggang,segera dia merapati pintu itu lalu dia menolaknya..apa yang dilihat didepan matanya begitu mengejutkan dia.Seorang yang berbaju serba hitam serta memakai mask sedang menekup hidung dan mulut Qalbu menggunakan tangannya yang juga memakai sarung tangan hitam.

Bunyi barang jatuh tadi barangkali adalah kerana Qalbu yang meronta-ronta untuk melepaskan diri.

"Hoi kau!!!..
Sergah doktor Aizat dengan kuat sambil itu dia segera berlari kearah katil Qalbu.

Orang bertopeng itu terkejut dengan sergahan tadi terus melepaskan tangannya dari muka Qalbu,pantas dia berlari keluar dari wad tersebut.Doktor Aizat mahu mengejarnya tapi bila dia ternampakkan keadaan Qalbu yang sedang tercungap-cungap mencari nafas,segera dia memberikan bantuan oksigen kepada Qal, sambil itu butang kecemasan ditekannya.Dia memeriksa tekanan nadi dipergelangan tangan Qalbu..amat lemah ketika ini.

Qalbu telah pun terkulai lemah dan seterusnya tidak menyedarkan diri.Dua orang misi segera masuk kedalam wad tersebut dan rawatan kecemasan segera diberikan kepada Qalbu mengikut arahan dari doktor Aizat sendiri.

Doktor Aizat berasa hairan,kemana perginya guard yang telah diupah oleh Ilham untuk menjaga keselamatan Qalbu?

Pintu bilik air diwad itu dikuak dari dalam,terjengul wajah datin dari dalam bilik air tersebut.

"Hey..kenapa ni?.Kenapa dengan anak saya?"

Doktor Aizat menghampiri Datin Leda yang jelas tergamam dengan situasi itu.

"Bertenang Datin.."katanya cuba untuk menenangkan Datin Leda.

"Kenapa dengan anak saya doktor?"

"Hm..datin tau tak..mana perginya guard yang sepatutnya menjaga dekat wad ni sekarang ni?"

"Oh..err...Rahman, tadi saya suruh dia pergi solat maghrib..sebab saya dah datang untuk temankan Qal..jadi saya izinkanlah dia pergi solat dulu.Lepas tu saya masuk bilik air..terkejut saya bila keluar,saya tengok doktor dan nurse dah berkumpul dekat wad ni.."

"Datin tahu tak yang Qal hampir saja dibunuh tadi!.Nasib baik saya kebetulan lalu disini tadi dan terdengar bunyi benda jatuh..so saya jenguklah..

"Hah???"
"Tapi kenapa?siapa yang..

"Itu kami tak pasti siapa..tapi nyawa Qal terancam sekarang ini..sebab itulah kami letakkan guard disini".

"Ya Allahh!!..nasib baik doktor cepat datang tadi..kalau tidak,tak tahulah saya apa akan jadi dengan Qal.
Siapalah yang sakit hati sangat dengan Qal ni.."kata datin dengan hati yang sedih bercampur geram.Geram dengan manusia yang kejam itu, tidak nampak kah keadaan anaknya yang sedang sarat mengandung itu.

"Sabar datin..saya dah suntik ubat tadi dan dia pun dah tidur..tapi datin kena tengok-tengokkan dia, bimbang dia trauma bila dia dah terjaga nanti."

"Hm..baiklah doktor.Err..doktor..boleh saya bertanya?"

"Ya datin?"

"Doktor Ilham..masih bekerja disini ke?"

"Ohh..doktor Ilham..dia sekarang ada di Penang,ada kursus dan seminar disana..lagi beberapa hari baliklah dia.
Hm..takpelah datin,saya minta diri dulu,waktu kerja saya pun dah habis ni..saya balik dululah..nanti kalau perlukan apa-apa panggil saja nurse kat depan tu.."

"Baik doktor..terimakasih.."doktor Aizat hanya mengangguk dan kemudiannya dia berlalu pergi.

~~~~~~~

Sentuhan Qalbu(Completed)Where stories live. Discover now