Mengekek suara Adam ketawa bila bermain dengan papa dia.
Dua beranak itu lepas saja sarapan tadi terus duduk di atas pangkin di bawah pokok rambutan dilaman rumah umi ini.Sementara itu Qalbu dengan umi masih sibuk didapur, bukan apa Qalbu ni nak sangat belajar buat kuih lapis ala buatan umi yang sedap sangat itu.
Kuih lapis pelangi.Qalbu tak kisah sangat sekarang ni sebab Adam ada papa dia yang jagakan.Lagi pun Adam memang rapat sangat dengan Ilham, kalau nak tidur saja mesti kena papa dia yang dodoikan.Kalau Ilham kerja..memang masaklah Qalbu nak menidurkan Adam.
"Sayang.."panggil Ilham.
Qalbu datang menghampiri dua beranak itu."Dah siap ke kuih lapis sayang tu? Cantik tak?"
"Tengah kukus..baru lagi..umi kata kena tunggu.Penat jugak eh buat kuih tu.."
"Hm..buat apa yang tak penat sayang oii...!
Main dengan Adam pun penat jugak tau sayang.."Qal mencebik mendengarkan kata-kata Ilham yang menjengkelkan dia."Main dengan mama dia je yang tak penat".sambung Ilham lagi.Disenggolnya sedikit bahu Qalbu yang duduk disebelah dia.
"Eii..abang ni..cakap tu tak bertapis langsung!"
"Laahh..menda betul!"laju saja pipi isterinya dicium.
Baru je papa nak bersweet-sweet dengan mama..
Adam yang diribanya sudah mula merengek-rengek, nak tidur agaknya."Kenapa ni..nak tidur ke sayang papa ni..?"digomolnya pipi tembam Adam, langsung Adam menangis kuat.
Qalbu terus tampar perlahan lengan Ilham."Nah sayang pergi tidurkan Adam dulu..kuih sayang tu biar abang yang tengok-tengokkan.."
Qalbu ambil Adam dari tangan Ilham.Qalbu bawa Adam masuk ke bilik untuk menyusukan Adam.
Baru saja nak selak baju, Ilham dah pun terjah masuk.
Terkejut Qal.
Pantas dia turunkan bajunya semula.Malu.Adam pun apa lagi makin melalaklah dia..baru nak menyusu mama dah tutup.
"Sayang..Adam nangis tu..nak susu..!"
"Ish! Abang keluarlah dulu.."
"Tak nak! Nak duduk sini je tengok Adam..nantikan papa dia jugak yang kena dodoikan.."
Qalbu masih serba-salah.
"Sayang...bagilah Adam susu..abang tak tengok pun..abang tidur je kat sebelah ni.."Ilham panjat ke atas katil lalu berbaring dibelakang Qalbu.
Ilham ni memang degil!Qalbu mendengus geram.
Akhirnya dia menyusukan juga Adam bila budak tu tak berhenti merengek kerana lapar.
Berbunyi-bunyi Adam menyusu..lapar sangat tu.."Adam..pelan-pelan sayang..jangan gelojoh sangat.."kata Ilham sambil itu tangannya mengusap-usap rambut Adam.
"Sedap sangatlah tu..."tambah Ilham lagi, niatnya lebih kepada menyakat Qalbu sebenarnya.
"Abang..!
Mata tu..pandang mana hah?"jerkah Qalbu bila dia melihat Ilham asyik memandang nipple dia yang sudah dilepaskan oleh Adam.
Qalbu geram!
Terus diangkatnya tubuh Adam yang separuh lena itu didakapkannya diatas dada Ilham."Nah..tidurkan Adam ni papa gatal!"
Sindirnya.
Ilham hanya ketawakan dia.
Memuncung saja mulut Qal, orang marahkan dia..tapi dia ketawa pulak!.Qalbu mengemaskan bajunya yang diselak tadi sewaktu Adam menyusu.
"Alaaa..sayang..tak payahlah simpan..papa dialah pulak".kata Ilham dengan suara menggoda.
Tapi cubitan dipehanya yang dia dapat sebagai balasan.
"Aduhhh!
Sakitlah sayang..! Pergi sanalah..kedekut!"Ilham pura-pura merajuk.
Terus dia memejamkan matanya rapat-rapat.Lebih baik dia teman Adam tidur.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...