"Bye Neela,Bibah!" berlari -lari aku masuk kedalam rumah konon-kononnya nak tunjuk dekat mama yang aku ni betul-betul tepati janji balik awal kerumah.Kasut aku susun dalam rak kasut.
"Mama!!"
"Hei behave Qal! Papa ada tetamu tu!anak dara apa perangai macam ni terpekik- pekik masuk rumah bukannya nak bagi salam ke hapa!""Iye mamaku sayanggg...assalamualaikum!" bahu mama aku peluk ketat- ketat.
"Hmm.waalaikumusalam! dah cakap baru nak buat,dah pergi naik mandi lepas tu turun makan!"
Aku hanya membuat simbol 'ok' dan berlalu kebilik sambil itu sempat juga aku menjeling kearah ruang tamu untuk melihat siapa tetamu papa.Namun yang aku nampak hanya bahagian belakangnya sahaja.Aku turun ketingkat bawah setelah selesai mandi.Riuh aku dengar papa bersembang dengan tetamunya.Aku menghampiri meja makan lantas kerusi disebelah kiri papa aku tarik dan duduk di situ,bertentangan dengan tetamu papa.Aku hanya tunduk melihat pinggan tak berani pula hendak melihat ke depan.Dari nada suaranya aku yakin tetamu papa ni masih muda tapi nak pandang aku tak berani pula.Papa dan mama sahaja yang sibuk berbual menemuramah lelaki itu.
Aku dengar papa memanggilnya dengan nama Ilham.Ilham lu kut nama mamat tu."Qal ni papa kenalkan Ilham kawan papa, Ilham ini anak uncle namanya Qal".
Aku dan Ilham berpandangan." Mak!!"
Terkejut aku begitu juga dengan dia.
Lelaki itu yang aku tenung di kedai makan tadi!
"Agak-agak dia perasan aku tak?dia senyum.Mak aii!!..hensem jugak ni muka dia dah hampir sama dengan gambar dekat dalam telefon Bibah tadi.Mata helang dia dia...argh!! ni kalau Bibah tengok ni confirm gigit jari ni".monolog aku dalam hati dan yang paling aku tak boleh blah rupanya aku tenung dia dari tadi.Ceh!" ehem!! ehem!" papa bersuara.
"Yang Qal tenung Ilham macam nak makan ni apahal?"
Terus aku tersedar.Aku tepuk dahi sendiri sedar akan kesilapan diri.Memalukan betul kau ni Qal!.
Aku jeling Ilham sekilas,dia senyum sedikit pada aku.Aku terus tunduk pandang nasi yang ada didalam pingganku.Kerana malu punya pasal nasi yang aku telan terasa kesat tika melalui kerongkong.Selesai makan kami berkumpul di ruang tamu.
" Qal..Ilham ni papa ambil dia jadi driver papa dan dia tinggal di rumah kecil kita tu,nanti kalau dia free bila papa takde hal..dia juga boleh tolong hantarkan Qal kemana-mana Qal nak pergi".Aku cuma angguk.Dalam hati aku berkata lelaki ini tak ada wawasan langsung muda-muda sekadar menjadi driver saja,bukannya nak belajar tinggi-tinggi untuk mendapat kerja yang lebih baik.
Akhirnya aku meminta diri untuk naik ke bilik dan tidur.Husnuzon..Qalbu..tak baik menilai orang tanpa mengetahui latarbelakang orang..!!
Tyvm..reader.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...