Neela melangkah laju menuju kebilik kerja Ilham.Perhitungan perlu dilakukan!
Geram dia dengan Ilham..call tak angkat!.Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu,bilik Ilham diterjahnya.Terkejut Ilham yang ketika itu ada patient didepannya..dan yang paling terkejut ialah Neela sendiri kerana dihadapan Ilham adalah Erma!
Memandangkan muka Neela yang ketat itu Ilham lantas menyuruh Erma keluar dahulu sementara dia berurusan dengan Neela.
Pap!
Meja ditepuk oleh Neela.Sakit ditapak tangannya dibiarkan saja, sakit dihatinya kini lebih menguasai.
"Kau dah kenapa? Masuk bilik aku macam gangster lepas tu...
"Engkau tu yang kenapa!!Apa yang kau dah buat dekat kawan aku hah?"
"Aku buat apa..kau jangan nak tuduh melulu tahu!"Ilham mula bengang.
"Aku tuduh? Kau memang melampau tahu tak!Kau tahu kan Qal sakit tapi kau biarkan saja dia..boleh pulak kau pergi layan pompuan tak guna tu..kau memang tak serik ke?"
"Sakit? Setahu aku dia sehat je..semalam aku tengok ok je".balas Ilham tak mahu kalah.
"Dia bukan sakit dari segi fizikal tapi mental tahu! Harap je jadi doktor tapi..
"Kau jangan melampau ok!"bentak Ilham setelah Neela merendah-rendahkan dirinya.
"Cakap dengan kau ni memang tak gunakan,aku rasa elok kau baliklah tengok isteri kau tu..aku nak aje bagi tahu datin..tapi aku masih jaga maruah kau lagi sebagai suami kawan aku..kau rasa datin suka ke dengan apa yang kau dah buat kat anak dia..layanan kau pada Qal..kau fikirlah sendiri. Baliklah..dia sakit..".akhiri Neela lalu dia berlalu keluar.Malas dia mahu bertekak.
Ilham melepaskan keluhan berat,tak terniat langsung dia mahu pulang kerumah selepas Neela berjumpa dengan dia tadi.Tapi dihatinya tertanya-tanya juga sakit apa yang Qal hidapi sehinggakan kawan baik dia sanggup datang memarahinya.
Setelah petang barulah Ilham memunculkan diri dipintu rumah.
Dilihatnya Qal sedang duduk termenung disofa diruang tamu.Wajahnya muram dan ada airmata ditubir matanya.
Adam disebelahnya sedang tidur."Qal.."panggil Ilham.
Qal tidak menoleh langsung..malah telinganya ditutup dengan tangan.
Ilham menghampiri isterinya,duduk disebelah Qalbu.
Qalbu terkejut dengan kehadiran Ilham disisinya.Pantas Adam di ambilnya lalu dibawa lari mahu masuk kebilik.
Ilham menghalangnya."Sayang..."panggilnya sambil itu tangan isterinya dipegang lembut.
Sementara itu..
Aku pandang orang itu..siapa? Kenapa dia pegang aku..dia nak bunuh aku pulak ke?
"Ehh...lepaslah..kau siapa hah?Kau pun sama ke nak rampas anak aku?
Adam anak aku..jangan ambil dia..cukuplah kau dapat Ilham..tapi jangan ambil anak aku!"bentak aku."Kau...k..kau nak bunuh aku lagi ke?
Nak cekik aku..macam dekat hospital hari tu eh?""Siapa yang nak cekik sayang?"Ilham mula menyoal.
"Itulah..si Erma tu..hehe..he..dia nak rampas Ilham.."dari ketawa aku mulai menangis.
Menyebut nama Ilham membuatkan hati aku sedih."Kau tak tahu..aku sedih bila ingatkan Ilham..Ilham dia tak sayang aku..dia sayang Adam je..kau sape hah?
Lepaslah..aku nak masuk bilik ni..nanti Ilham balik aku tak sempat nak sembunyi..nak kunci pintu"."Kenapa nak kunci pintu?"tanya Ilham.
"Entah..ha..suara tu kata..sebab Ilham ada perempuan lain..sebab tu dia tak suka aku..pandang aku pun dia tak mahu..dia kata Erma dah menang sebab dia dah dapat Ilham..kau nak tahu satu rahsia tak?"tanya aku pada orang itu.Siapa entah tiba-tiba saja pegang aku.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...