Ilham berdiri disisi mejanya sambil membetulkan kedudukan fail-fail yang ada diatas mejanya.Barulah kemas dan teratur,jika tidak bersepah!fail itu terbuka,fail ini terbuka..sama saja serabut seperti fikirannya juga."Haih..sampai bila aku mahu hidup begini..isteri depan mata tapi nak sentuh dan peluk pun tak boleh..apatah lagi nak manja-manja..lagilah jauhnya.."matanya dipejamkan.Mengelamun mengingati setiap moment yang berlaku ketika dia menjadi 'Fizi'.
Dia tersenyum bila teringatkan Qalbu.Comel betul! Dengan perutnya yang boyot itu..pipi makin tembam,Part yang paling Ilham suka ialah ajak Qal pergi makan..apa saja yang Qal teringin nak makan seboleh-bolehnya dia akan tunaikan.Qal pun dah semakin manja dengan dia,suka merengek-rengek bila nak kan sesuatu..merajuk bila tak dapat..itu yang membuatkan Ilham makin rindu dengan isterinya..tapi..Qal cukup jaga batasan pergaulan dia..dia tak suka bila 'Fizi' nak sentuh dia..ayat yang paling kerap dia gunakan ialah 'saya isteri orang'.Hey!..sayang tahu tak yang 'Fizi' ni dengan Ilham ialah orang yang sama..suami sayang!
Ilham melepaskan keluhan berat.
"Abang rindukan sayang.."Tok! Tok!"
"Masuk.."
"Sibuk ke?" terjenguk kepala Aizat dimuka pintu bilik kerja Ilham.
"Sekarang ni.. kau yang datang menyibuk!"Ilham membuat muka malas.
"Eleehh..aku baru datang nak kawan,dah kena perli..ha..ha..ha.."Aizat ketawa.
"Kau dah kenapa?rindu bini eh?Itulah..aku suruh kau terus-terang je..mengaku yang kau ni Ilham suami dia tapi kau masih lagi nak rahsiakan kewujudan kau,tahulah suara tu dah lain sikit lepas kemalangan tu..tapi itu bukan tiket untuk kau mempermainkan isteri kau!.Faham!"
"Aku tau..tapi aku takut,aku bimbang dia akan marahkan aku dengan hal yang dulu tu,hal aku dengan papa dia lagi..kalau dia tak boleh nak terima aku semula macam mana?"
"Kau cubalah risik-risik dekat dia,tanya dia kalau dia jumpa kau semula nak ke dia terima kau semula..kau kena cuba Am..nanti masalah lain pula timbul kalau kau terus bertangguh macam ni.."
"Aku dah pernah tanya dia kalau dia jumpa Ilham semula dia nak buat apa..then jawapan dia okeylaa..dia kata dia akan peluk aku,cakap yang dia rindukan aku..dan dia nak aku yang sambut kelahiran anak aku..itu impian dia Zatt.."
"Hm_baguslah macam tu..tapi..ada baiknya kau berterus-terang sekarang je..takut nanti dia rasa tertipu pula..lagi pun..kalau dia dah tahu Fizi tu ialah kau..then bolehlah kau jaga dia masa dia pregnant ni..tak payah nak menyamar lagi..kesian dia Am..".
"Aku pun fikir macam tu jugak..tapi aku risaukan papa, dia kan tak suka aku dengan Qal..aku malas nak cari pasal dengan orang tua..itu yang aku mengalah je ni.."
"Aku rasa Qal berhak tentukan pilihan dia..lagi pun Qal isteri kau yang sah,kau lebih berhak keatas dia..dan kau boleh bahagiakan dia".Ilham diam sebentar,memikirkan kata-kata Aizat tadi,masuk jugaklah dekat dalam kepala dia.
"Kau nak stay lagi ke?aku nak blah dah ni..dah lima setengah ni..""Hm..aku pun nak balik dah ni..nak jumpa buah hati..rindu.Ha..ha..ha.."Ilham tergelak.Seronok sangatlah tu..
Aizat hanya mencebik meluat."Boleh pegang ke...."ejeknya."Blah laaa.."marah Ilham.Huhu..taulah tak boleh nak pegang..nanti Qal marah kalau sentuh dia..diakan dah jadi muslimah.Jujur Ilham terkejut dan suka sangat dengan perubahan isterinya.Cantik dan comel bila pakai tudung.Alhamdulillahhh..
~~~~~~
"Assalamualaikum sayang.."salam dan sebuah senyuman manis Fizi berikan kepada Qal setelah Qal muncul ditepi keretanya.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomansaIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...