"Sayang..sayang..! panggilnya. Namun tiada jawapan yang didengarinya.
Ilham mengeluh.Mimpi rupanya!.
Tangan kanannya meraba-raba keatas meja kecil disebelah kiri katilnya, jam loceng yang dicarinya dijumpai.
Jam tanpa cermin itu dibawa kedadanya, dengan menggunakan jari telunjuk jarum jam itu dirasa dengan perlahan, jarum panjang dan jarum pendek, tahulah dia bahawa sekarang ini sudah masuk
waktu solat fardhu Asar.Tongkat yang sedia tersandar ditepi katil diambilnya lalu diletakkannya dibawah ketiak.
Perlahan dia melangkah ke bilik air.Solatnya penuh khusyuk mengabdikan diri pada Ilahi serta doanya yang sederhana panjang di aminkannya sendiri, tak lupa juga..
Al-Fatihah hadiah untuk bekas isterinya dibaca dengan penuh rasa sebak dihati.
Mengalir juga airmatanya menuruni ke pipinya yang cengkung petanda mengungkap rasa hati dia.
Sedih!."Am..dah selesai solat?"
Umi menjengah Ilham di biliknya."Dah umi.."
"Jom kita minum petang..semua dah tunggu Am kat depan tu..".
Ilham bangun dari duduknya sambil berpaut pada katil.
"Papa dan mama belum balik lagi umi?""Belum Am..semua ada tu..
Asyraf..Naim..makcik Zailah dengan Ema pun ada tu..".
Ilham hanya tersenyum.Ramainya mesti meriah dan bising saja..kalaulah dia boleh melihat..
Terus pudar wajahnya bila dia berfikiran begitu."Assalamualaikum semua..maaflah kalau Am ni lambat..faham-faham ajelah ya?"
"Apa Am cakap gitu pulak..kami semua tak kisahlah..hm..mari duduk dekat papa ni..kita minum sama-sama.."
kata Datuk Mukhriff sambil itu dia bangun menarik tangan Ilham agar duduk di sebelahnya.
Cawan yang sudah berisi air teh o diambilnya lalu tangkai cawan itu di suakannya kejari Ilham."Terimakasih pa..
Jemputlah minum semua..maaflah kalau saya ada buat salah ke apa ke..maklumlah tak nampak!"ujar Ilham acah cuba melawak sedikit.
Bukan apa dia tak mahu orang memandang simpati terhadap dirinya."Ye Am..kami semua tengah minumlah ni.."Asyraf pula bersuara.
"Ehm!..terlanjur semua dah ada ni..saya ada perkara yang nak dibincangkan ni.."Datuk Mukhrif bersuara.
Ilham hanya diam menantikan apa yang akan diperkatakan oleh bekas mertuanya itu.
"Am..boleh papa tanya pada Am beberapa soalan?".
"Eh! Ada kena mengena dengan Am ke papa?
Boleh pa..tapi..papa nak tanya apa tu..?".suara Ilham kedengaran sedikit gugup."Tapi papa nak Am jujur ye.."
sambung Datuk Mukhrif lagi."Ish! Takut pulak Am dengar papa cakap macam tu..
Am ada buat salah ke..kalau ada Am mintak maaf pa.."ujar Ilham dengan nada yang gementar."Bukan Am.
Dengar dulu apa papa nak tanyakan ni..
Am..Am masih sayangkan Qalbu..?".Terus berubah riak dan warna wajah Ilham bila mendengarkan soalan dari Datuk Mukhrif.Darahnya naik menyerbu kemuka, panas!.
Perasaannya menjadi malu kerana ditanya dihadapan semua orang.
Terasa rendah betul.maruahnya saat ini.Dia juga berasa kurang senang dengan situasi sekarang ini.Datuk Mukhriff perasan dengan perubahan wajah Ilham, lantas tangan Ilham dicapainya.
"Papa bertanya bukan bertujuan memalukan Ilham, cuma papa mahu tahu perasaan Ilham yang sebenarnya terhadap Qalbu supaya senang di kemudian hari nanti, tiada masalah yang akan timbul jika ada apa-apa yang berlaku..".
Ilham mengangguk.
Dalam beberapa saat dia berdiam diri sebelum dia menjawab soalan dari Datuk tadi."Sejujurnya Am memang masih sayang dan cintakan dia pa..perasaan itu tak pernah padam walau sedetik pun!
Sampai kini Am masih sayangkan dia dengan Adam.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...