"Sayang!!
"Ilham! Sabar ok..kau keluar dulu biar aku dengan doktor Milsa yang handle isteri kau ni..baik kau pergi tenangkan diri dan solat..berdoa untuk keselamatan isteri kau ni?"Doktor Aizat mendorong tubuh Ilham agar keluar dari wad tersebut kerana dia tahu Ilham sekarang sedang beremosi.
"Tapi isteri aku Zat..."
"Ye..aku faham..aku akan sedaya upaya cuba buat yang terbaik ok?"
Ilham tunduk menekur lantai,ingin melangkah menghampiri katil isterinya namun dihalang oleh doktor Aizat sekali lagi..
"Ilham..kau seorang doktor,aku harap kau faham!"Ilham mengundur kepintu semula.
"Tolong Aizat..aku harap pada kau dan Milsa..aku kesurau dulu".airmata yang mengalir disapu dengan jari.Doktor Aizat menepuk-nepuk bahu Ilham.Ilham melangkah keluar dari wad.Melihatkan Ilham pantas Neela menerpa kearah nya.
"Macam mana doktor Ilham?Qal dah ok ke?"
Ilham menggelengkan kepalanya."diaorang tengah rawat dia,kau nak tunggu sini ke?..saya nak pergi surau kejap"..
"Takpe saya tunggu sini saja".Ilham mengangguk dan terus melangkah kesurau.
Neela masih setia menunggu diluar wad vip itu,Ilham melangkah kearah Neela.
"How's she?""Oh..Qal dah ok tadi..saya dah masuk tengok tadi..pergilah masuk,saya nak minta diri dulu,nanti saya datang lagi..emm..kalau ada apa nanti call saya ok.Assalamualaikum".
"Waalaikumusalam".Seusai menjawab salam Ilham tetus masuk kedalam wad,katil isterinya dituju.
"Assalamualaikum sayang".kucupan sayang dilabuhkan didahi dan dipipi isterinya.
"Sayang dengarkan suara abang ni..abang merayu sangat dekat sayang ni..sayang bangunlah..buka mata then pandang wajah abang,bercakaplah dengan abang..senyumlah dengan abang..abang rindu semua pasal sayang..bangunlah.."
Ditenungnya wajah isterinya..tenang saja raut wajah Qal..sedih dia melihat luka-luka yang terdapat ditubuh itu."Abang harap sayang kuat menghadapi dugaan kita ini..abang minta maaf dekat sayang..nurse kata sayang datang cari abang tapi kenapa takde pun..abang agak sebab sayang nak bagitahu abang yang sayang pregnantkan anak kita kan? tapi..sorry,kita kehilangan dia sayang.."Ilham sendiri teresak- di sisi katil itu..dia memandang wajah isterinya..ada airmata yang mengalir ditubir mata itu.Ilham menghapuskannya lembut dengan jarinya.Tangan Qal digenggamannya di kucup lama.
Sudah tiga hari Qalbu terbaring kaku dikatil wad itu.Belum ada tanda-tanda yang Qal akan menyedarkan dirinya,walaupun doktor menyatakan keadaannya sudah stabil.Ilham pula mengambil cuti seminggu bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada isterinya.
Pagi itu Ilham mengelap tubuh isterinya."sayang..bangunlah,dah lama
sayang baring ni..taknak pergi jalan-jalan ke?em..kita pergi honeymoon ke..nak tak?hari tu lepas kahwin je kita tak sempat pergi honeymoon,kita terus saja sibuk dengan kerja...abang minta maaf sebab tak sempat bawa sayang honeymoon..nanti kita pergi eh?"Ilham mengerak-gerakkan tangan Qal bagi melancarkan peredaran darah ditubuh Qalbu.Sambil itu mulutnya tak habis-habis berceloteh berbual dengan isterinya.Setelah selesai melakukan tugasnya dia hanya duduk disisi katil membaca surah Yassin atau mengaji Al-Quran dan berharap agar isterinya membuka mata.Ilham memandang kearah pintu bila terdengar pintu dibuka dari luar.
"Assalamualaikum doktor,macam mana Qal?""Waalaikumusalam Neela, Bibah..Qal macamtu jugak lah,takde perubahan.Harap-harap hari ni dia sedarlah".
"Sabar doktor..sama-samalah kita doa ok?".
Neela dan Bibah menghampiri katil Qal.Pipi Qalbu menjadi sasaran ciuman sahabatnya."Hmm..awak berdua duduklah dulu saya nak turun kebawah sekejap,kalau ada apa-apa nanti just call me ok?"
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...