Perlahan-lahan Ilham mendekati katil yang menempatkan Erma didalam wad di HKL..dengan ditemani Insp.Razak, dia mahu tahu sendiri apa alasan Erma sampaikan sanggup mahu membunuh isterinya Qalbu.
Besi katil diketuk sedikit oleh Insp.Razak bagi mengejutkan Erma yang lena.
Terisat-pisat Erma membuka matanya.Terkejut dia bila terlihatkan Ilham berada disisi katilnya.
Ilham yang berwajah serius!.Erma berada dikatil hospital ini kerana dia terlibat dalam kemalangan sewaktu cuba melarikan diri dari diburu polis kelmarin dan dia mengalami kecederaan dibahagian kaki, kedua-dua kakinya patah akibat dari kemalangan itu.
"Ilham.."panggilnya perlahan.
Ilham memalingkan wajahnya ketepi, rasanya tidak mahu dia melihat wajah Erma sekarang ini.
Dia benci!
Kalau dulu Erma seorang yang baik tetapi kini kenapa Erma berubah?."Ilham..aku minta maaf.."
"Bukan itu yang aku nak dengar dari mulut kau!.
Sekarang ni aku nak tahu kenapa kau sanggup buat Qalbu begitu!.Apa salah dia pada kau..sampaikan kau sanggup mahu hancurkan keluarga aku!
Aku hampir kehilangan kedua-dua orang yang aku sayang.."Ilham mengendurkan suaranya.Dia memejamkan matanya..membayangkan andai saja kedua kesayangannya itu pergi.."Aku...aku.."
"Aku apa!!tengking Ilham kuat.
Insp.Razak memegang bahu Ilham agar bersabar.Terhenjut sedikit bahu Erma bila ditengking oleh Ilham.
Erma mula menangis, teresak-esak dia diatas katil.Insp.Razak menghulurkan kotak tisu kepadanya kerana tangannya digari dan menyukarkan Erma untuk bergerak tambahan pula kakinya yang patah."Sekarang ni kau terus-terang dengan aku kenapa kau sanggup buat semua ni kat aku..kat isteri aku!"Ilham masih menggunakan nada keras bila bertanya kepada Erma.Sedikit pun tiada rasa simpati yang terlahir dihatinya.
Lama Erma terdiam dan dia hanya menunduk membuatkan Ilham hilang kesabaran, ikutkan hati dia mahu saja dilempang Erma yang ada didepannya ini.
"Kau jawab aku sial!"jerkah Ilham, atas tilam disisi Erma Ilham melepaskan tumbukannya.
"Ilham!" Insp.Razak mengingatkannya lagi supaya bersabar.
Ilham meraup mukanya, jelas mukanya merah kerana amarahnya kepada Erma."Aku...aku sayang kau! Aku nak kita kahwin..kerana itu aku perlu singkirkan Qal!" jawab Erma.
"Kau!" Ilham menundingkan telunjuknya tepat kemuka Erma.
"Hei..pompuan!..bukan kau ada suami ke hah? Kau ni jenis apa hah!""Memang aku ada suami..tapi aku cemburu tengok kau dengan Qalbu..kau hidup senang-lenang..
bahagia..kau dapat isteri cantik dari aku..kau beruntung!
Aku ingatkan bila kita putus tunang dulu.. kau down..tapi sangkaan aku silap, malah kau lebih bernasib baik..kau jadi kaya-raya..dapat jadi menantu dato' lagi..malah isteri kau juga bukan calang-calang orang.
Aku sakit hati..aku cemburu..kau tahu tak!" jelas Erma dengan panjang lebar sambil menangis teresak-esak."Kau memang bodoh Erma..bodoh!!
Kau lupa ke yang jodoh pertemuan, ajal maut..rezeki semua tu ditangan Tuhan!
Kau terlalu ikutkan nafsu syaitan yang beraja dihati kau tu..sedarlah yang kau tu masih punya tanggung-jawab pada mak kau..anak-anak kau..suami kau.
Kau jangan jadi bodoh sangat boleh tak!
Aku taknak tengok muka kau lagi lepas ni..apa kau buat ni memang melampau Erma!"Ilham terus beredar keluar dari wad itu diikuti oleh Insp.Razak.
Tinggallah Erma yang masih menangis..menangis kerana dia tidak tahu apakah nasibnya selepas ini.
"Ilham..maafkan aku..aku sayang kau..!"
~~~~~~~~
"Sayang..abang balik ni..
Adam..."laung Ilham bila saja pintu rumah dibukanya.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
عاطفيةIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...