#Ilham Hafizi.
****************
Adam melangkah longlai turun dari keretanya menuju ke pintu rumah, dia baru saja pulang dari berjumpa dengan client sejak petang tadi, pintu rumah yang sememangnya tidak berkunci itu dibukanya.
Tubuhnya yang kepenatan itu diheret langsung ke sofa panjang lalu batang tubuhnya direbahkan disitu, mengharapkan agar matanya terlelap sekejap bagi menghilangkan rasa penat dan kantuknya.Dapat lelap sekejap pun jadilah!
"Adam..pergi naik atas sana mandi dan solat dulu!. Maghrib dah hujung ni..!" perintah papanya.Kaki Adam dikuisnya sedikit.
Aduuuhhh!!
Adam mengeluh. Baru saja nak lelap sekejap!"Please..pa..kejap je.."rengek Adam.
"Sekarang Adam..!"tegas Ilham.
Haih! dah besar pun nak kena suruh-suruh lagi kalau pasal solat! desis Ilham.Kepalanya digelengkannya."Mama mana pa?"tanya Adam.Matanya yang layu itu dibuka sedikit.
"Mama belum pulang..ada kerja lagi agaknya.."jawab Ilham sambil itu dia berjalan menuju kedapur meninggalkan Adam disofa.Nampak gayanya makan malam ni dialah yang kena masak.
"Macam mana dengan client tadi?
Adam rasa boleh handle?"soal Ilham ketika mereka duduk diruang tamu setelah selesai makan malam tadi."Hm..bolehlah papa..esok baru diaorang datang office yang tadi tu sekadar untuk berkenalan saja dan esok jugak Adam kena bentangkan proposal semua tu..kalau diaorang setuju dengan kertas cadangan Adam tu..kiranya bolehlah kita jalankan usahasama kita dengan syarikat mereka tu..". Ilham sekadar mengangguk saja mendengarkan penerangan dari Adam.
"Tapi...esok Mr.Eduard takde sebab dia ada urusan di Dubai..so dia cuma serahkan kepada orang kanan dia..
Hm..Adam pun tak tahu lagi siapa orangnya..harap oklah semuanya"."Takpelah..Adam, pergilah tidur..esok nak bangun awal kan?"
"Ok pa..papa pun tidurlah awal jugak..mama tu lambat lagi baliknya".
Ilham hanya mengangguk saja.
Dadanya dipegang. Terasa begitu laju detaknya.Kenapa?
Nampaknya esok dia kena ke hospital buat pemeriksaan.~~~~~~~~~
Adam menilik jam ditangannya, sudah jam sembilan pagi..lalu dia keluar dari officenya, bilik kerja papanya dituju.Pintu diketuknya terlebih dahulu sebelum dia menjenguk masuk.
"papa..jom..! katanya setelah pintu dikuak sedikit, sekadar telus untuk kepalanya menjengah kedalam.
Ilham mengangkat wajahnya memandang Adam.
"Adam masuk dulu..kejap lagi papa datang.."Ilham meneruskan semakannya keatas kertas yang ada didepannya.
"Pa jangan lambat..Adam nervous ni!"kata Adam sambil itu daun pintu dikatupnya kembali.
Ilham melangkah masuk kebilik meeting dimana akan berlangsungnya perbincangan mereka dengan client dari luar negara itu.Matanya cuba mencari wajah client mereka namun hampa kerana wanita itu berniqab.
Ilham mengambil tempat duduk utama selaku ketua syarikat sementara itu Adam disebelah kirinya berserta PA dia Zalia.
Wanita yang memakai jubah moden berwarna purple dan berpurdah juga dari rona yang sama itu duduk disebelah kanan Ilham."Assalamualaikum..!
Boleh kita mulakan sekarang?" Ilham memulakan bicara.Wanita itu mengangguk.Dipandangnya sekilas wajah Ilham dan Adam, kemudiannya dia menunduk kembali menyelak helaian fail didepannya.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...