Bab 45

3.7K 82 1
                                    

Lama aku berdiri ditepi tingkap wad aku itu,leka melihatkan kanak-kanak yang seronok bermain ditaman permainan berhampiran hospital ini.Terfikir oleh ku rasa best yang macam mana agaknya bila ada anak..aku tersenyum sendiri sambil tanganku mengusap-usap perutku.
Telefon diatas katil aku berbunyi melenyapkan anganku.

"Hallo ma..waalaikumusalam.."

--Qal sihat?tanya mama.

"Alhamdulillah sihat mama..cuma Qal bosan duduk wad ni takde kawan..Neela outstation..sampai lusa..mama datanglah sini temankan Qal.."

--Hm..yelah..tapi mama lewat sikit datangnya okey.."

"Ok..janji mama datang..Qal ni dah berjuta rasa, rasa boring ni..datang tau..mama".hihi..manja pulak aku hari ni..tak tahu kenapa tiba-tiba hari ni aku nak bermanja pula.

Aku menoleh kearah pintu bila seseorang membukanya dari luar.Senyuman manis aku ukirkan kepada pemilik tubuh itu.

"Zek? Hey..mana tau aku kat sini ni?" semakin lebar senyuman aku,mana tidaknya aku dah ada kawan..hehe.

"Tekalah.."ujarnya dalam senyum manis juga.Hii..nak main teka-teka pulak.

"Neela? Teka ku.

"Yeay..pandainya my girl ni..rasa nak je aku cubit-cubit pipi kembung dia ni.."ujar Zek sambil itu tangan dia hampir saja menyentuh pipiku namun cepat-cepat aku elak.Hii! Zek nii!.

Zek menarik tangannya kembali,riak wajahnya kelihatan serba-salah.
"Sorry.."katanya perlahan.

"Zek!"panggil ku.Dia menoleh melihat ku.

"Jomlaa..teman aku pergi taman tu..ramai budak-budak kat situ..aku seronok tengok diaorang..comel semuanya.."sengaja aku mengajak Zek keluar,kasihan pula aku bila melihatkan wajah suram dia tu..
Aku isteri orang Zek..mana boleh kau sentuh-sentuh lagi dah.

Wajah Zek bertukar riang semula bila mendengarkan usulku tadi.
"Jomm..hailahh..mama muda ni..tak sabar nampak gayanya ni..tunggulah,tak lama lagi keluarlah baby tu".

"Qal..."panggilnya.

"Hm..nape?"

"Aku..hm..takde apalah! Jomm.."
Aku angguk saja.
Kami melangkah keluar dari wad tersebut menuju ketaman permainan yang terletak ditengah-tengah antara bangunan hospital itu.

Setelah lama kami duduk disitu,kami beredar ke kerusi yang agak jauh sedikit dari orang ramai..hm..tenang sedikit dari jerit-pekik anak-anak tadi.

"Zekkk...aku nak aiskrim,boleh belikan tak?"tanyaku.Tanya dan mintak terus ni.Hihi.

"Sebentar ye..kau tunggu sini jap,aku pergi beli.Jangan pandai-pandai nak merayau sesorang tau!"arahnya.
Huh!macamlah aku ni bini dia.

"Yelah!! Cepatlah perginya..anak aku dah tendang ni..dia nak sangat".

Zek menggulingkan bola matanya keatas,sambil itu bibirnya mencebik.
Hahaha..tak puas hati sebab kena arah.Kan kan?.

Seminit berlalu setelah Zek pergi membeli aiskrim, seorang perempuan berpurdah datang dan duduk diatas bangku yang sama dengan ku.Dia duduk disebelahku.Aku hanya senyum kepadanya dan dia juga membalas senyuman ku kerana aku melihat matanya menjadi sepet disebalik purdah itu.

Namun...

"Arghhh..aa..

Kemudian perempuan itu berlari meninggalkan aku sendiri.Tangan kananku aku tekan pada perutku dibahagian rusuk kananku.Sakitnya terasa sangat pedih.
Aku kena tikam ke..sakitnya!
Darah merah mulai mengalir melalui celahan jari dan telapak tanganku.

Sentuhan Qalbu(Completed)Where stories live. Discover now