Kenapa aku rasa sakit hati bila aku tahu Ilham bakal berkahwin.Takkan aku masih cintakan dia..sedangkan aku sudah punya suami malah bakal punya dua orang anak.Tak!..Erma sedar diri tu sikit,berdosa menduakan suami!
"Haih Erma! dari tadi mak tengok kamu termenung saja lepas balik dari rumah Makcik Timah kamu tadi kenapa?" soal Maknya.
"Takde apa lah mak..saja penat jalan tadi.Mana Hadif mak,tak nampak pun".
"Ada tadi dia ikut abah kamu pergi kedai.Ha-ni..suami kamu tak balik ke minggu ni?"
"Balik mak semalam dia telefon bagitau,mungkin petang sikit sampailah tu".
"Kamu ni pun satu..mak suruh kamu ikut tinggal dengan suami kamu tu kamu tak mahu sudahnya sorang kehulu,sorang kehilir..yang jadi mangsa anak-anak.Kesiankanlah anak kamu tu Erma,dia perlukan kasihsayang ibu dan ayahnya".
"Nantilah mak orang bincang dengan abang".
"Itu sajalah jawapan kamu tiapkali bila mak cakap..tapi tindakkannya takde pun!"
Mak berlalu kedapur semula,mungkin malas melayan aku yang keras kepala ni.Haih! bukan aku taknak ikut abang tapi entahlah!Hati aku..separuh-separuh.Terbayang semula wajah Ilham tadi..hensemnya dia!kalaulah aku tidak mengikut kata mak dulu mungkin akulah yang bakal menjadi suri hidup Ilham.Akulah yang paling bertuah dapat Ilham sebagai suami..
namun jodoh aku dengan Ilham tiada!
Tanpa sedar airmata aku mengalir dipipi..pedihnya aku rasa bila dia mengatakan dia bakal berkahwin.Agaknya beginikah yang Ilham rasakan bila dia mengetahui aku nak berkahwin dulu?Sakit! Pedih!!."Assalamualaikum sayang! Dah kenapa nangis ni?"
"Ya Allah abang bila sampai? Sorry Erma tak perasan" tangan suamiku aku kucup lembut.
"Mana nak perasan dok berangan saja kerja dia.Baby sihat?"tanyanya sambil tangannya memegang perut aku yang boyot itu.
"Em..sihat..masuklah abang,Erma buatkan air sebentar".Maaf abang andai tadi Erma teringatkan lelaki lain!
~~~~~~~~
'Elok-elok bawak kereta tu Am dah sampai nanti telefon umi tau.Nanti kirim salam dekat keluarga bakal isteri kamu tu".
"Baik umi..
Umi jaga diri ya..jangan nak pergi kebun sangat,biar anak umi yang sorang lagi tu yang buat kerja-kerja kat kebun tu"."Iya lahh..umi tau.Dah..dah..nanti lewat pulak sampainya".
Tangan umi aku cium.Tubuh umi aku peluk kuat.Sayang umi!Dengan perasaan sebal aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur.Sayu saja wajah umi,terlihat olehku mata umi basah tadi.Haih! Umi..umi.
~~~~~~~
"Assalamualaikum..uncle..aunty..kak Siti!"..
"Ha-Ilham! baru sampai ke?"
"Iye kak..mana uncle dan aunty?
"Diaorang keluar,nak cari barang-barang untuk majlis kamu dengan Qal kata puan Sri tadi".
"Oo..Qal ada?
"Hm..ada tu duduk dekat bilik dialah mana dia nak keluarnya..asyik berkurung saja dalam bilik dia tu".
"Hm..takpelah kak,saya nak balik dah ni"
Aku melangkah kekeretaku untuk pulang kerumahku.Rumah yang baru aku beli beberapa minggu lepas iyelah..dah nak kahwin perlulah beli rumahkan,takkan nak menumpang rumah mertua pula.Malulah.~~~~~~~~~
"Kak siti bercakap dengan siapa tadi? Qal dengar bising saja tadi?
"Hm-dengan bakal cik abang kamu lah siapa lagii..dia tanyakan kamu, akak cakaplah yang kamu tu tengah berkurung dalam bilik".
"Kenapa akak tak panggil Qal?
"Aih! rindulah tu!..akak nak panggil dia kata taknak ganggu Qal dan dia terus balik".
"Balik? balik mana bukan dia duduk kat sebelah tu jer ke".
"Manalah akak tau Qal oiii..kutlah balik rumah kawan dia ke..rumah sewa ke.."kata kak Siti sambil terus berlalu kedapur.Malas layan aku le tu!.
Baru aku nak melangkah kebilik telefon ditangan aku berbunyi..terus aku jawab.Hello!
"Assalamualaikum sayang..."
"Hmm..nak apa call orang ni?"
"Amboii..garangnya..kut ya pun jawablah salam tu dulu".terdengar dia gelak dihujung talian.Gelakkan aku la tuh!
"Waalaikumusalammmmmmm"...hah panjang harakat aku bagi.Lagi kuat dia ketawa.Aku tengah buat lawak ke hapa ni!
"Eii..dahlah gelaknya..asal call?""Ok..ok..just nak cakap, umi kirim salam dekat bakal menantu dia yang cantik lagi menawan ni".
Waalaikumusalam!"
"Aik- pendek dah?"
"Nak yang panjang lagi ke?"tanya aku geram.
"Tak..tak..cukuplah tu.Em-sayang sihat?"
"Takde orang nama sayang kat sini!"balas aku geram.Sayang,sayang! ingat aku suka! Memang taklah!.
Ilham makin giat gelakkan aku."okaylah..sayang saya takde,takpelah,ingat nak cakap dekat dia tadi yang abang rindukan dia tapi dia takde..hm..saya bagitau Qal sajalah yang abang rindukan Qal.Ok bai..assalamualaikum!"talian terus diputuskan tanpa sempat aku jawab.GILA!
Dia cakap dia rindukan aku.Aku pegang dada sebentar.ALAMAK!
Kenapa rasa something ni?
takkan aku suka dia pulak weii..~~~~~~~~~~~
Aku tersenyum senang.Ha..ha..dapat kenakan Qal.senang-senang saja aku cakap aku rindukan Qal.Huh!ingat senang ke aku nak cakap macamtu tadi weh..susah tau!
Oklah.. sayang saya takde,takpelah,ingat nak cakap dekat dia tadi yang abang rindukan dia tapi dia takde..hm..saya bagitau Qal sajalah yang abang rindukan Qal.Ok bai.. assalamualaikum!
Terus talian aku matikan.Huh sebelum aku kena sembur dengan mulut comel tu..baik aku letak fon dulu.Aku tahu mesti si-mulut comel tu pasti akan bagi dekat aku bunga-bunga makian tahap empat kut.Aku senyum bila teringatkan wajah Qal tang cantik plus comel tu bila dia marah.Eh! aku dah angau ke? asyik ingat dia je..
Tut..tut..fon aku berbunyi.Qal call aku semula ke?.Aku tengok nama pemanggil..ceh! hospital call rupanya.Hmm..kerjalah jawabnya!.
Terbayang -bayang wajahmu dimataku
Hingga tersentuh rasa rindu dikalbu..😘
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomansaIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...