bab 41

3.4K 75 4
                                    


Dua bulan berlalu aku menjalani kehidupanku seperti biasa bersama Neela yang sentiasa ada disisiku.Saat suka dan duka, saat sakit dan senang aku..Neelalah orangnya yang sanggup bersusah payah menemaniku.Pergi buat checkup baby pun Neela jugalah yang sanggup jadi driver aku..Terimakasih Neela.Sekarang ini kandunganku sudah masuk enam bulan,perut aku pun sudah nampak besarnya.

Hubungan aku dengan papa masih belum berbaik lagi.Aku sengaja menjarakkan diriku dengan papa.Bagi aku selagi papa tak menerima abang Ilham sebagai menantu dan suami aku,aku akan terus boikot papa.Bukan niat aku untuk derhaka tapi..aku adalah tanggungjawab suami ku iaitu Ilham..dia yang lebih berhak keatas aku.

Cuma hari ini Neela tak dapat hendak menemani aku seperti selalu kerana dia kena pergi selesaikan masalah pembayaran berkaitan dengan syarikat.So..aku sesorang sajalah hari ni,aku teringin sangat nak makan nasi briyani gam dekat sebuah restauran yang memang terkenal dekat kawasan yang terletak agak jauh juga dari pejabat aku.Dah namanya mengidam,aku pun redah sajalah walaupun sorang-sorang.

Aku masuk kedalam restauran itu,fuh! memang penuhlah orang kat dalam tu.Nasib aku baik sebab dapat jugaklah meja,itu pun meja kecil untuk dua orang.Aku perhatikan kiri dan kanan ku..terfikir juga macam mana aku nak ambil makanan ni..kalau aku tinggalkan meja ni..pasti orang lain akan duduk nanti..
Sedang aku berfikir datang seorang mamat ni menghampiri meja aku.

Er..boleh saya duduk sini?"tanyanya.Aku pandang wajahnya sebentar.Wajah penuh jambang tapi kemas, pakai topi dikepalanya.Hm..nampak macam ok je.

"Hm..awak jangan risau saya orang baik-baik saja..datang sini ingat nak makan tapi meja full pulak" jelasnya dengan rasa serba-salah.

"Eh takpe..awak duduklah..lagi pun saya..sorang dan tak boleh nak tinggal meja ni..sebab awak ada..bolehlah saya ambil makanan saya dulu..awak..

"Eh takpe..awak tunggu saja,biar saya yang ambilkan untuk awak..kesian awak dengan pregnant lagi..awak duduk saja" celahnya sebelum sempat aku habiskan kata.Aku memberitahu makanan apa yang aku mahu dan hanya membiarkan dia yang mengambilkannya.Tak kenal tapi kenapa aku rasa macam pernah kenal dia ni..fikir..fikir!

Si dia datang semula kemeja makan kami,baru aku perasan cara jalan dia tadi,berdengkut sedikit sepertinya kaki dia cedera.Alaa..kesianlah pulak sebab tadi aku izinkan dia layan aku.

"Maaf kalau saya bertanya..kaki awak kenapa?cedera ke?maaf kalau tadi saya menyusahkan awak.."

"Oh..ah..ye..cedera sikit,kemalangan.
Susahkan saya? Takde lah..dah jadi tanggungjawab saya layan awak.."jawabnya.sambil senyum.

Aku balas senyuman dia itu.Senyuman itu..macam familiar saja..Ilham! tapiii..
tak mungkin..suara dia lain..

"Eh makanlah! Takkan kenyang kut pandang saya..saya ok je kalau awak nak terus pandang.."guraunya.

"Sorry.."balasku malu.Memang malulah bila tertangkap sebab ushar orang kan?Kami makan dengan senyap saja.

"Siapa nama awak ye?"tanya ku sekadar ingin tahu.

Dia senyum lagi..matanya dikenyitkan pada ku.Gila hensem weh!

"Fizi..panggil saya Fizi..hm..nombor fon saya awak taknak ke?" tanyanya pula.

"Hish..awak ni..nanti suami saya marahlah!"kataku dengan sedikit tegas.

"Alaa..kita bukan buat apa pun..kawan bolehkan?"Fizi merayu sedikit.

"Saya bukan kenal awak punn.."

Hish awak ni..sebab tulah saya kata kita berkawan,tak salah kan?"

"Hm..takpelah awak..saya dah siap ni,saya balik dululah".pinta ku.Malas aku nak layan dia ni..bukan apa senyuman dia tu membuatkan aku teringatkan seseorang yang dah lama aku tak jumpa..dan orang itu yang aku rindu-rindukan..Ilham.Aku bangun dari duduk dan dia menahanku.

"Eh..takkan nak balik dah..awakkk.."panggilnya.Aku terus melangkah ke kaunter untuk membayar makanan ku.Malangnya..makananku tadi telah pun di bayar oleh Fizi."hish..dia nikan!"rungut aku sendirian.Aku menapak semula kearahnya.

"Terimakasih bayarkan untuk saya,takpe saya bayar kat awak semula".Aku menghulurkan sekeping duit duapuluh ringgit kehadapannya.Namun hanya dipandang sepi.Aku membiarkannya
lalu aku melangkah meninggalkannya.

"Awak..tunggulah kejap".Fizi mengekoriku sehingga ketempat parking kereta.

Awakk..saya betul ni nak nombor fon awak..awak bagi sajalah..bukan saya nak buat apa pun..ok saya ikhlas nak berkawan dengan awak".pintanya bersungguh.

"Eii..awak ni memang degilkan!"marahku."awak tengok tak keadaan saya ni macam mana..dengan perut yang besar macam ni..awak pergilah cari orang lain yang 'helok-helok' untuk dibuat kawan..ini tak,orang pregnant jugak yang awak nak kawan,tak faham betul!"

Fizi tergelak."Ya Allah comelnya awak membebel..rindu saya kat awak..
Awak tahu tak yang awak ni comel sangat bila pregnant ni..bolehlaa...eh?"

"Awak ni memang degil kan!"Akhirnya aku hulurkan jugak nombor fon aku pada Fizi."nah! malas kawan!".kataku sambil meloloskan diri masuk kedalam kereta.

Fizi tersenyum manis,mana tak manisnya apa yang dia nak dia dapat.
"Thankyou sayang "ucapnya bersama dengan kenyitan dimatanya.Aku hanya menjeling tajam kearahnya.Gila!



~~~~~~~

Sebelum aku pulang kepejabat aku singgah dulu disebuah pasaraya untuk
membeli sedikit barang keperluan aku dan Neela dirumah,barang-barang kering sahaja.Ternampak pulak kedai yang menjual barangan baby..aku masuk sebentar untuk mencuci mata.
Cantik-cantiknya..terutama sekali untuk baby girl..rambang mata dibuatnya.Aku cuma membelek-belek saja,malas lagi nak shopping..tunggu pergi dengan Neela.Nak tunggu pergi dengan suami..suami pun entah dimana,puas sudah aku merisik khabar namun tetap tiada berita yang aku dapat.

Aku keluar dari kedai tersebut dengan cepat sehinggakan aku terlanggar seseorang ...Zek!

" Qal.."serunya..sambil itu matanya tak lekang dari memandang aku.

"Zek..Zek!panggilku sedikit kuat.Zek tersentak sedikit.Wajahnya yang terkejut tadi sudah kelihatan normal semula.

" Qal ke ni?..and how you...

"Pregnant maksud you?" teka ku.

"A..ye.Bila awak kahwin..kenapa saya tak tahu pun".

" jom kita duduk dekat situ" usulku mengajak Zek duduk dikerusi yang tersedia dimall itu.Kami berdua duduk disitu.
"Cerita!" pinta Zek serta-merta.

"Awak ni..tak nampak ke saya ni..nak duduk pun susah..sabarlah!" marahku sedikit dengan perangai Zek.

Oh..ok.Sorry..mak buyung" sengihnya.

Aku menceritakan bagaimana dan bila  aku berkahwin serta masa aku lumpuh dulu,Tidak ku ceritakan tentang perpisahan yang terjadi antara aku dan Ilham.Kisah rumahtanggaku..biar aku rahsiakan..tidak baik untuk aku menyebarkannya dan mengaibkan suamiku.

"Oo...aku minta maaf andai salah aku dulu pada kau sampaikan kau kena kahwin dengan Ilham".

" Hm..kau tak perlu minta maaf pun..aku bersyukur sebab aku bahagia sekarang ni..dengan baby yang bakal lahir ni..".

"Ye..Alhamdulillah..aku tumpang gembira walaupun aku sebenarnya ada hati pada kau Qal..".

" hish!awak ni Zek..kau kan hensem,jadi boss lagi..takkan takde orang nak kut".

"Itulah..aku tunggu kau sebenarnya tapi..kau dah bahagia ni..aku kena move on laa ni..".

" Kau carilah orang lain yang lagi baik dari aku..kalau kau nak aku carikan pun boleh jugak!".sakatku pada Zek.Haha..

"Hm..nantilah aku fikirkan..aku pun dah nak gerak ni..ada meeting, kau nak aku hantarkan ke?"

"Aku balik sendiri..takpe tq saja..bye!" kataku.

Kami berpisah disitu.Aku hanya memandang belakang Zek yang berlalu tadi.Kasihan dia.

Aku berlalu ke keretaku,terasa gerak-geriku diperhatikan..aku menoleh kebelakang dan kesisi.. tiada orang,mungkin perasaanku saja.
Cepat-cepat aku masuk kedalam kereta dan berlalu dari situ.

"Arghh!..cepat pulak dia ni pergi.."
Kesakitan dikakinya tidak dihiraukan.













~~~~~~~
   😘😘
     
     

Sentuhan Qalbu(Completed)Where stories live. Discover now