bab 18

3.7K 120 3
                                    

  Majlis persandingan aku dengan Ilham pada sebelah petang itu berlangsung dengan cukup meriah.Penuh halaman rumah papa dengan saudaramara serta sahabat handai kami dari kedua-dua belah keluarga.Naik lenguh kaki aku berdiri sedari tadi lagi dengan pakaian pengantin yang masih melekat ditubuh membuatkan aku makin tidak selesa.Waktu sudah menghampiri pukul lima setengah petang ramai tetamu sudah pun pulang,cuma tinggal saudara yang jauh-jauh sahaja yang masih ada dirumahku.Malam nanti ada majlis potong kek pula,itupun untuk rakan-rakan perniagaan kami pula.Arghhh!!pasti penat lagi!.

"Sayang kenapa muka berkerut ni hurm?"

"Saya penatlah awak" rengek Qal manja sambil tubuhnya digerakkan kekiri dan kanan.

Ilham ketawa kecil melihatkan gelagat isterinya itu.
"Sayang kalau penat tu pergi naik dulu mandi dan rehat okey?"

"Hurm!"laju saja Qal mendaki anak tangga naik keatas menuju kebiliknya.
Arghh..katil, aku rindu kau!
Terus saja direbahkan badannya keatas katil.Matanya dipejamkan,teringat pula dia belum mandi lagi."Mm..jap lagilah mandi".omelnya sendiri.

Ilham membuka pintu bilik perlahan-lahan."Ya Allah tidur budak ni..bukan tadi aku suruh dia mandi ke".

"Qal..Qal bangun mandi".kejut Ilham.

"Hmm..jap lagi lah,aku nak tidur ni..jangan kacaulah!"

"Haih! marah kita pulak,ikut suka kau lah Qal"
Ilham terus capai tuala lalu masuk kebilik air untuk mandi memandangkan dia belum solat asar lagi.
Selesai solat dia mengejutkan isterinya semula.

"Sayang bangun mandi..dah lewat ni malam nanti ada majlis lagi..bangun..bangun".

"Hmmm...kenapa majlis ni tak habis-habis eh? penting sangat ke?"rengek Qal lagi dengan suara hendak menangisnya.

"Takpe..malam ni last majlisnya,pastu dah takde majlis dah..kalau sayang tak larat jalan biar abang mandikan sayang eh?"

Mencerlung Qal memandang suaminya."ye lahhh...orang mandilah ni..sibukkk jer!"

"Tau takut..abang on je kalau sayang ok".
Cepat -cepat Qal turun dari katil,capai tuala dan masuk ke bilik air.Ilham hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.
Selesai Qal mandi Ilham mengajaknya duduk sebentar dibirai katil.

"Sayang abang nak minta maaf sebab umi abang tak dapat datang majlis kita hari ini.Umi tak sihat,terjatuh dekat kebun dan kaki umi terseliuh.Sorry ok?"

Qal hanya tunduk mendengarkan bicara suaminya."humm..takpe.Saya ok je..nanti kita baliklah jenguk umi awak".

"Ok..tq sebab faham..dah sayang rehatlah,nanti malam ada majlis lagi".rambut isterinya yang basah itu diusap lembut.

"Haih..ni semua papa dengan mama punya plan lah niii"..

"Heh..tak baik bersungut pasal papa dengan mama,diaorang tu cuma nak buat yang terbaik untuk puteri mereka yang sorang ni je yang diaorang ada.Tolong jangan salahkan papa dan mama hum?"

"Ok..ok..dah! Nak tido jap,jangan kacau!"warning aku.



~~~~~~~~~

Kedua pengantin yang sama cantik sama padan memasuki ruang bawah khemah untuk acara memotong kek.Ramai rakan perniagaan mereka yang datang bagi memeriahkan majlis itu.Qal dan Ilham kelihatan cukup cantik dan tampan sekali malam itu.Rata-rata antara mereka memuji pasangan pengantin tersebut.Kembang semangkuk Tan sri dan Puan sri malam itu dengan pujian para tetamu.

"Tahniah Qalbu dan Ilham.selamat pengantin baru"Itulah ucapan yang mereka dengar sejak malam semalam lagi.Naik jenuh muka mereka ni senyum dan berbalas kata 'terimakasih' atas ucapan mereka itu.Para tetamu sudah ramai beransur pulang.

Sentuhan Qalbu(Completed)Where stories live. Discover now