Ilham menuju kearah katil yang menempatkan seorang pesakit kanak- kanak lelaki yang berumur lapan tahun.Baru warded malam tadi kerana mengalami athma yang agak teruk.
"Adik Irfan ya?"tanya Ilham kepada ibu kanak- kanak tersebut.
"Ye doktor".
"Dah berapa lama adik ni mengidap athma ni..sejak umur berapa? Sebab saya tengok keadaan dia ni agak teruk juga ni.."
"Anak saya ni ada asma sejak umur dia empat tahun doktor..mula-mula tu saya cuma bawa dia pergi sedut di klinik biasa saja,takdelah saya bawa dia untuk dapatkan rawatan keapanya".
"Okeeyy...adik Irfan..boleh mengira tak..dari nombor satu sampai sepuluh..cuba adik kira..
1, 2, 3,4,5......6...." tengok akak..baru sampai nombor lima dia sudah semput..jadinya adik ni memang perlukan rawatan lanjut ni..tak boleh kita biarkan..kasihan dia nanti.."
"Ok..akak faham doktor.."
Ilham berlalu meninggalkan wad tersebut setelah dia berbincang dengan nurse tentang rawatan adik Irfan.
Getaran telefon dari poket seluarnya membuatkan dia terhenti sebentar.Mama!itu nama yang tertera diskrin fonnya.Jari telunjuknya dileretkan diatas skrin fon.
"Assalamualaikum mama"." waalaikumusalam..Am..mintak maaf menganggu Am kejap,Am dekat mana ni..hospital ke?"
"Ye ma..ada apa call Am ni?.Ini mama call dari mana ni?"
"Mama kat rumah ni..dah lima hari mama dengan papa balik sini.Am..mama nak cakap sikit ni..papa nak jumpa Am petang nanti selepas Am habis kerja,boleh ke?"
"Hm..boleh je mama tapi ada apa ye papa nak jumpa Am tu..?"
"Nanti Am tahu sendirilah..jangan lupa datang tau".
" ok ma..assalamualaikum".
Ilham menyandarkan tubuhnya dikerusi berpusing dibilik kerjanya.Matanya dipejamkannya.Fikirannya sesak memikirkan perihal papa yang ingin berjumpa dengannya.Apakah ianya berkaitan dengan Qalbu..macam mana kalau papa tahu yang Qalbu dah lari tinggalkannya kerana sikapnya..dan juga kerana Erma?Apa yang perlu dia terangkan kepada papanya andai papa bertanyakan tentang Qal.
Allah!!
Qalbu pun satu juga..sampai sekarang pun tiada khabar berita tentangnya.Segala plannya semua tidak menjadi,dia buntu sekarang ini
Apa yang perlu aku lakukan?~~~~~~
Assalamualaikum..papa..mama".
"Waalaikumusalam..Ilham..masuklah papa dah tunggu kamu tu diruang tamu".mama menyambut kedatangan Ilham dengan senyum manis.
" papa..Ilham menyalami tangan kedua orang mertuanya itu.Ilham terkedu sebentar melihatkan ketegangan wajah bapa mertuanya.pasti ada sesuatu ni..
"Ehem!..Qalbu mana Am?"tanpa nada mesra papa bertanya.
Ya Allah apa aku nak jawab ni..tolonglah ya Allah beri aku kekuatan..doanya dalam hati.
"Cuba kamu terus terang dengan papa dan mama!"
"Qal lari tinggalkan Am papa..semua disebabkan kebodohan Am..Am yang tak pandai menjaga dia..Am yang cuai,Am yang tak tahu menjaga hati dia..papa".kata Ilham tanpa selindung lagi..jika menipu lagi jadi masalah nanti.
" cerita!!"tanpa memandang Ilham papa bersuara meminta penjelasan.
Ilham menceritakan sedari mula sampailah dimana hari Qalbu lari meninggalkannya serta voice record yang dirakam oleh Qalbu."begitulah cerita dia papa,mama.."
"Kamu!!papa sudah menundingkan telunjuknya kearah Ilham." Qal satu-satunya anak papa..papa sayang dia sangat-sangat,tergamak kamu buat dia macamtu disaat dia sakit pula tu!Papa serahkan dia pada kamu sebab papa percaya yang kamu boleh jagakan dia dengan baik tapi..lihat apa yang kamu dah lakukan?Kamu dah lukakan hati dia sampai dia merajuk dan lari,lari sehinggakan kita sendiri pun tak tahu nak cari dia dimana?"terluah juga api kemarahan papa.Papa benar-benar marah kini.Ilham hanya diam tak berkutik,semua salah dirinya..
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...