Kak Siti naik ketingkat atas untuk mengambil kerusi roda yang aku tinggalkan ditangga tadi.Kerusi roda itu kak Siti bawa masuk kebiliknya dan aku meminta dia membantu aku duduk dikerusi roda tersebut.
"Kak tolong Qal duduk kat kerusi ni,Qal nak cari abang jap,kutlah abang tertidur dekat ruang tamu pula..kesian dia sejuk nanti".
"Hm..yalah,nanti akak tolong tolak ok?"
Aku cuma angguk.Kak siti menolak kerusi roda aku keluar dari biliknya menuju keruang tamu.Ilham tiada disitu."Mana abang ni kak..kat atas takde jugak tadi Qal dah cari kat bilik kerja dia..takde".
"Sabar Qal".
"Kak cuba akak tengok bilik Kak Erma tu macam terbuka sedikit pintunya,akak tolong tolak Qal kesitu eh?"Aku rasa tidak sedap hati.Entah kenapa..
Kak Siti tanpa banyak soal terus menolak aku menuju kebilik tetamu itu.Pintu aku tolak sedikit perlahan bimbang mengejutkan penghuninya.
Aku tergamam sebentar begitu juga dengan kak Siti,kami berpandangan.
Aku merenung tajam kearah tubuh Ilham yang jelas tidur dalam keadaan duduk bersandar dikepala katil yang menempatkan Zulia anak kak Erma.Kelihatan tangan Ilham elok saja memeluk tubuh kecil itu.
Tubuh Ilham dibaluti sehelai selimut mungkin Erma yang menyelimutinya.Mungkinlah!Air mata aku mula bertakung,mengalir keluar.Hati aku serasa bergetar..aku sedih.Aku rasa terpinggir oleh suami aku sendiri.Aku rasa aku makin jauh dari suami aku..semuanya aku rasa bergumpal didalam dada aku kini.Sakit!
"Kak jom..Qal nak tidur bilik akak malam ni boleh?"Aku rasa tak.kuat,luluh hatiku bila melihatkan suamiku tidur dibilik orang lain sedangkan aku yang sakit ini begitu memerlukan dia disisi.
"Boleh je Qal..jom..Qal lupakan je ok apa yang kita lihat tadi,kita tak tahu apa yang sebenarnya terjadi,jangan fikir yang bukan-bukan ok?Qal kan tak sihat lagi".
"Qal ngantuk kak..perut pun dah kurang sakitnya ni..Qal minta maaf sebab dah susahkan akak malam-malam macam ni.maaf akak" kataku bersama.esak tangis yang cuba aku tahan dari berbunyi kuat.
"Dah lah tu Qal,tidur ok..jangan fikir negatif sangat,tak elok!"
"Maaf akak..Qal nak tidur ni.." Aku terus memejamkan mataku.Susahnya kerana segalanya masih tertayang diruang mataku.Airmata masih sudi mengalir menuruni pipi membasahi bantal aku,aku cuba menahan tangis bimbang didengar oleh kak Siti.
Saat ini aku teringatkan mama..mama..Qal rindu mama.."Mama..mama..
"Shh..shh..tidur ya Qal.."Kak Siti menepuk Qal yang mengigau memanggil mamanya.Mesti Qal rindu sangat dengan mamanya,pastinya dia susah hati dan merasakan tiada tempat mengadu kini.Ada suami pun ibarat berkongsi dengan orang lain.Haih!
Cepatlah balik Tan sri dan Puan Sri..kasihan Qal.Ilham membulatkan matanya memandang kearah pintu bilik.Dia terkejut melihatkan Qal yang berkerusi roda memandang tepat kearahnya.Pandangan itu begitu tajam menikam kewajahnya.Tiada senyuman yang terukir melainkan amarah yang menyala menghiasi wajah isterinya.Tapi kenapa isterinya semarah itu.Keningnya bertaut.Pelik!
Dia cuba bangun mendapatkan isterinya namun tidak berdaya dan dia melihat isterinya semakin menjauh pergi meninggalkan dia."Sayang!"
Dia tersentak sedikit."Astaghfirullahalazimm..mimpi rupanya..tapi kenapa rasa macam betul".Ilham meraup mukanya lalu dia memandang sekelilingnya.
"Ya Allah macam mana aku boleh tertidur dekat sini pulak ni.."jam didinding ditengok sebentar..pukul enam pagi..lama betul dia tertidur di bilik Erma.Bilik Erma!! Allahuakhbar! Qalll..
Dia berpaling melihat sekelilingnya..Ya Allah macam manalah mereka boleh tidur sekatil berempat orang ni..
Yang paling dia tidak percaya dia pun boleh tertidur disitu.Sanggupnya!
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...