Beberapa minggu sebelum..Mak Su Biah berjalan kaki melewati halaman rumah mak Timah.Tangan kanannya memimpin seorang budak perempuan sementara itu ditangan kirinya menjinjing sebuah beg plastik.
"Assalamualaikum Timah...o..Timah!"
"Waalaikumusalam.."sahut mak Timah dari dalam bilik air."Biah kamu ke tu?tanyanya lagi.
"Iye aku ni Timah.."jawab Mak Su Biah sambil melangkah masuk melalui pintu dapur rumah itu yang sedia terbuka.
"Duduklah Biah..aku buatkan kopi kejap".
"Tak payah susah-susahlah Timah..aku ni kejap je..nak hantarkan buah cempedak ni je..ha..bolehlah kau goreng-goreng petang nanti.."
"Aku ni duduk sorang je Biah..mana lalunya aku nak makan bebanyak ni"
"Ish..Timah,dah masak nanti kamu antarlah kerumah Asraf tu sikit..biar sama merasanya".
"Hm..iyelah..nanti aku buatlah.Ini anak siapa pulak yang kamu bawak ni Biah?"
"Ini anak si Erma yang kecik..ada je balik duduk dengan aku diaorang ni,lama jugaklah..dalam beberapa bulan dah baliknya.Malas aku nak berkisahkan diaorang ni.".
"Pulak kamu ni Biah..ini..emaknya kemana..lama dah aku tak nampak Erma tu?"
"Hmm..ada je..sejak dari balik dulu..asyik dok berkurung dalam bilik je..ha..tiba-tiba kebelakangan ni dia kerap turun KL..katanya ada kerja.Entah kerja apa tak tahu pulak akunya,itu yang dia tinggalkan anak-anak dia ni dengan aku".
"Oo..."Mak Timah cuma meng'o'kan saja."minumlah Biah..ni cucu kamu tu bagi dia minum susu kotak tu..Asraflah tu rajin sangat dia membeli untuk aku tu.."Mak su Biah mengambil air susu kotak perisa coklat itu kepada cucunya.
Lama juga Mak Su Biah duduk berbual dengan Mak Timah.Lama tak jumpakannn.."lama dah kita berborak ni Timah,aku mintak diri dululah..dah tengahari dah ni..adaasa kuta jumpa lagi. Assalamualaikum!"
"Waalaikumusalam.."Mak Timah memerhatikan saja kelibat rakannya yang kian menjauh.
~~~~~~~~~
Kelihatan seorang perempuan berjalan menyusuri kaki lima deretan kedai- kedai dibangunan itu.Dia berhenti disebuah restauran yang berdinding kaca yang agak gelap sedikit.Nama restauran itu dibacanya
'D'Nutrifood' ."Hmm..betulah ini kedainya.Dia melangkah masuk untuk menemui seseorang yang memang ingin ditemuinya sejak dulu semasa dia tinggal di KL.Sejak itu dia bertekad untuk merubah sesuatu supaya impiannya menjadi nyata."Asalamualaikum dato'".
"Hm..waalaikumusalam..sila duduk..ada apa yang penting sangat awak nak jumpa saya ni?"tegas Dato' itu.Fikir Dato'tentu perempuan dihadapannya ini ada perkara penting
yang ingin disampaikan kerana menurut setiausahanya permpuan itu sudah beberapa kali mencarinya dipejabat,walaupun pada ketika itu dia berada diluar negara."Saya ada sesuatu yang ingin saya sampaikan pada Dato' dan saya harap dato' akan sudi mendengarkannya.
"Hm..okey..teruskan".Dato'tersebut hanya mendengarkan sahaja tanpa banyak soal dan sesekali wajah itu berkerut dan nampak tegang seperti marah.
Lebih kurang setengah jam mereka menghabiskan masa direstauran itu,sehinggalah Dato'itu minta diri dan kemudiannya berlalu pergi.Wanita itu hanya menghantar permergian Dato'itu dengan pandangan yang sukar ditafsirkan."Semoga aku berjaya"gumamnya sendirian.Kau tunggu Ilham..kau buat aku macam sampah!Aku sungguh cintakan kau..kau halau aku macamtu saja..guna orang tengah...okey..aku pun akan guna cara yang sama..
Senyuman sinis terukir diwajahnya.Baki minumannya disedut sehingga habis.Tak baik membazir!.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...