Bab 70

6K 202 67
                                    

Adam menghampiri meja makan dimana ibu dan papanya sudah pun berada disitu untuk makan malam.
Dihulurkannya pinggan kosong kepada ibunya meminta di isi nasi.

"Adam.. bukan biasa Adam letak sendirikan nasi tu?". Soal papanya.

"Eh?..Adam pun nak manja jugak dengan ibu..bukan papa sorang je..!.jengkel Adam. #Papa jeles!.

"Takpe..dua-dua ibu sayang.."kata Qalbu sambil itu diambilkannya seekor ikan keli goreng berlada lalu diletakkannya kedalam pinggan Adam.
Adam hanya mencebik kepada papanya.
Papa mulalah buat muka tak puas hati!.

"Taulah papa tu..sejak beberapa hari ada ibu ni..langsung Adam papa tak peduli..kan!".omel Adam buat-buat berjauh hati.

Ilham panggung kepalanya memandang Adam lalu disepaknya kaki Adam dibawah meja.
Sementara itu Qalbu hanya tertawa senang.
Tengah makan pun nak bergurau!.

"Apa ni pa!.Main kasar nampak!.".Adam mengalih kakinya bimbang disepak lagi.
"Ibu...ada orang tu jeles tak bertempat!".perli Adam kepada papanya.

"Sudah..sudah... Makan je..masing-masing dah tua..tapi perangai mengalahkan budak-budak!".bebel Qalbu.

Adam dengan Ilham masing-masing mengangkat ibu jari..sambil tersenyum.
Saja nak dengar ibu membebel sebenarnya.
Saja nak cipta moment kena marah oleh ibu yang tak pernah Adam rasai.
Marahlah ibu..marahlah!..kerana marahnya seorang ibu tanda sayang bukan benci!.

Selesai dinner mereka duduk diruang tamu sambil menonton tv. Lepak-lepak lepas makan sambil minum kopi..layan drama..

"Abang...Adam...esok ibu ingat nak buat makan-makan sikit..buat majlis doa selamat dan tahlil.Buat kecil-kecilan saja..sempena keluarga kita bersama semula..and nak jemput kawan-kawan rapat saja..ok tak?".

"Esok?. Sempat ke sayang..".

"In shaa Allah sempat..kita tempah katering dan abang panggil orang-orang surau je..kita buat lepas Asar..pasal kawan-kawan tu kita call je..in shaa Allah dorang boleh datang punya..".

"Hm..kalau gitu..nanti kita uruskan sama-sama.."kata Ilham dan Adam hanya mengangguk setuju.

"Thankyou abang..." kata Qalbu sambil menanggah mukanya memandang Ilham yang duduk rapat disisinya.
Ilham membalas renungan isterinya lalu pipi Qalbu dikucupnya sebentar.

Adam pura-pura mengeliat.Haih!!..papa dengan ibu ni buat drama pulak!.
"Adam naik dululah pa..ibu..ada kerja sikit..". Katanya sambil bangun.Sempat lagi dia memegang bahu papanya.
"Papa bolehlah sambung balik drama papa tadi..Adam naik dulu!".Bisik Adam ditelinga papanya. Belum sempat papanya naik tangan Adam sudah pun berlari dulu menaiki anak tangga sambil ketawa.

Ilham hanya berpandangan dengan Qalbu, masing-masing mengorak senyum.
Haihlah Adam!..menyakat je kerja!.

🏵️🏵️🏵️🏵️🏵️

Setelah kawan-kawan mereka pulang tadi,
Ilham dan Qalbu duduk dibangku yang ada diluar rumah itu. Dibawah suramnya cahaya lampu, berduaan..sambil merenung sesama sendiri..tersenyum simpul keduanya.

Qalbu meraih kedua tangan Ilham kedalam genggamannya. Matanya tunak merenung kedalam anak mata Ilham.

"Abang..terimakasih!. ujarnya lembut.

"Hm?".

"Yelah..terimakasih sebab temukan Qal dengan kawan baik Qal tadi..
Abang tau tak..betapa rindunya Qal dengan dorang..!. Tak sangka Neela tu kahwin dengan ustaz Naim..hehe..he .akhirnya tercapai jugak impian Neela nak bersuamikan seorang ustaz..
Ish!..Memang Qal tak sangkalah!. Ramai pulak tu anak dorang..
Hm..lagi satu..macam mana pulak si Zek tu boleh sangkut dengan Ema..?" Jari telunjuknya diletakkan diatas bibir bawahnya sebagai tanda berfikir.
Padahal tadi semua dah bercerita kut masa selesai majlis tadi dan mereka yang lain tu pun baru saja bertolak pulang!.

Sentuhan Qalbu(Completed)Where stories live. Discover now