Bab 56

3.3K 91 3
                                    

Ilham dengan berhati-hati berjalan, cuba menjengah uminya yang berada di dapur.

"Umi.."panggilnya agak kuat, kerana dia merasakan uminya tiada di dapur saat itu.
Jika ada..pasti uminya yang terlebih dahulu menyapa dia.

Bunyi suara orang berbual-bual diluar membuatkan Ilham mengagak uminya berada diluar rumah.
Lalu tongkatnya diubah haluan mencari pintu dapur..

"Umi..umi sembang dengan siapa tu..?"tanya Ilham.

"Eh..Am..marilah sini..ada Erma datang ni.."
Berubah terus riak wajah Ilham,terus tubuhnya dipusingkan menghala kedalam rumah semula.

"Takpelah umi..Am masuk dulu.."

"Ilham..marilah sini..boleh kita sembang-sembang..dah lama kita tak berbual.."pelawa Erma apabila dilihatnya Ilham seperti mahu mengelak dari berjumpa dia.

"Takpe aku tak..

"Am..banyak benda yang aku nak cakapkan dengan Am..marilah duduk sini.."Erma tidak berputus asa memujuk Ilham.
Sememangnya banyak benda yang mahu dia bicarakan dengan Ilham.

"Hm..baiklah!"akur Ilham, dia keluar dengan tongkatnya di cecahkan ke tanah mencari jalan menuju kepangkin.

Umi menghampiri Ilham lalu didudukannya Ilham dibirai pangkin kayu itu.Ilham mengemaskan kedudukannya agar selesa.

"Kamu sembang dulu ya..umi masuk dulu, nanti umi hantarkan air..Ilham ni belum sarapan lagi.."kata umi sambil berlalu pergi.Ilham hanya mengangguk.

"Ehm.."Ilham membetulkan suaranya.
"Apa yang kau nak cakapkan sangat tu Erma..?"Ilham bersuara tegas.

"Aku..nak minta maaf banyak-banyak dekat kau..aku banyak buat salah dengan kau..tapi kau masih lepaskan aku hari tu...dari kena penjara.."

"Aku buat bukan sebab kau..tapi sebab mak kau..!
Dia merayu pada aku dan Qalbu dulu..sebelum aku kemalangan..."
Ilham sebak.Kata-katanya terhenti disitu.
Pantang dia bila nama Qalbu disebut, pasti hatinya pilu dan mahu menangis.

"Takpe..walaupun bukan sebab aku..aku masih nak berterimakasih jugak.."

Ilham mengeluh.
"Dulu kau pernah kata.. kau buat semua tu sebab kau cemburukan aku..kehidupan aku yang lebih baik dari kau..tapi cuba kau lihat aku sekarang?
Apa yang aku ada?.
Hanya dua batang tongkat ini..peneman aku..

Kau patut bersyukur dahulu dengan kehidupan yang Allah aturkan untuk kau..
Apa yang telah Allah rencanakan itu adalah yang terbaik untuk kita..
Cuba kau bayangkan jika kau dengan aku dahulu..lalui saat-saat begini dengan aku..kau mahu?

Sebab itu kau patut bersyukur dapat suami seperti dia..penyayang..pemaaf..
walaupun berkali-kali kau rendahkan taraf dia sebagai suami.

Kita tak tahu apa akan terjadi dimasa depan kita..so jangan menilai memiliki harta yang banyak adalah kebahagiaan..itu salah..
Miskin harta bukan bererti tidak boleh merasa bahagia.

Bahagia kita terletak pada hati..hati yang baik dan tulus..In sha Allah..Allah akan hadirkan bahagia...tapi
Jangan pula bila berlakunya musibah kau ingat ianya disebabkan oleh hati kita yang tak baik..itu juga salah..
Musibah adalah ujian...cuma terpulang pada cara penerimaan kita.. mahu redha atau tidak saja..

Hm..sekarang kau tak perlu pun cemburukan aku..aku dah cacat dan tak punya apa-apa pun lagi.."

"Tapi aku tetap cemburukan kau..!"

"Hah?"

"Hehe..aku cemburu kerana kau punyai sekeping hati yang baik..dan Qalbu beruntung miliki hati kau..
Kau masih cintai dia sepenuh hati kau..
kan Am..?
Kau tak nak hubungi dia ke..?"

Sentuhan Qalbu(Completed)Where stories live. Discover now