Sunyi!
Itu yang Adam rasakan. Keseorangan..dibanglo besar ini.
Dalam sunyi kenapa masih tak tenang?
Bukankah kesunyian itu boleh melahirkan ketenangan!
Adam mengeluh!.Adam duduk dibirai katil, suasana masih lagi pagi tapi mood dia sudah pun ke laut!.
Dalam dua tiga minggu ni..hati dia selalu saja resah.
Buat itu tak kena..buat ini tak kena..lagaknya seperti orang mabuk cinta tapi..bukan!.Adam berdiri lalu berjalan menuju ke meja kerjanya.Sampul surat yang berwarna coklat yang ditinggalkan oleh Puan Aira beberapa bulan lepas diambilnya.Sudah berkali-kali dia membuka sampul itu namun belum ada kekuatan dirinya untuk menatap apa yang ada didalamnya.
Itu sebab sebenarnya yang menyebabkan dia resah kerana sifat ingin tahu itu begitu kuat menolak dari dalam diri terus kehati dan jiwanya.Tapi hati tetap saja memainkan peranannya..suka berbolak-balik!.Semoga hari ini Allah beri kekuatan untukku melihat isi didalam sampul surat ni..!. Doanya didalam hati.
Diambilnya sampul itu lalu dibawanya kekatil.Jantungnya berdebar kuat!.Bissmillahirahmanirahim..lafaz bismillah dibacanya didalam hati.
Perlahan-lahan isi sampul itu ditariknya keluar.Terkaku Adam seketika sebelum tangannya terketar-ketar mengambil beberapa keping gambar yang jatuh semasa dia menarik isi sampul surat itu...kesemuanya adalah gambar dirinya sewaktu kecil.
Gambar yang ada ditangannya ini sama saja dengan gambar yang ada diatas meja kecil dipenjuru biliknya..gambar dia bersama papanya.Paras yang sama..
Pakaian yang sama..
Pendek kata tidak ada kelainan langsung!
Memang itu gambar dia!
Bagaimana Puan Aira boleh memiliki gambar ini?
"Apakah benar apa yang Puan itu katakan..bahawa aku anak dia?.
..Desis hati Adam.Adam mencapai pula satu lipatan kertas lalu dbukanya dengan hati yang penuh debar.
Surat apakah ini?----------------------------
Assalamualaikum...
Adam Eusoff..anak ibu.
Maaf dengan panggilan itu..pasti Adam terkejutkan?.Sebelum meneruskan kata-kata..ibu ingin menyusun sepuluh jari memohon beribu kemaafan dari Adam diatas semua kesilapan ibu.
Ibu pasti banyak persoalan yang akan bermain di minda Adam sekarang ini..
Tapi tidak mengapa..Adam boleh tanya ibu tentang apa saja, ibu sedia menjawabnya.
Itu pun jika Adam sudi terima ibu sebagai ibu Adam..jika tidak..ibu takkan paksa Adam untuk terima ibu kerana ibu sedar siapa diri ibu pada Adam.
Ibu pasti..susahkan bagi Adam untuk terima semua ini?.
Tapi terpulanglah pada Adam untuk menilainya..Adam..ini gambar Adam yang ibu simpan selama ini..gambar inilah yang selalu menjadi peneman ibu dikala rindu..
Gambar inilah yang sering ibu tatap dan dakap!.
Gambar inilah yang selalu menjadi penguat semangat ibu untuk terus hidup dan seterusnya ingin berhadapan dengan Adam..Ingin..sekali ibu mendengarkan suara Adam memanggil 'ibu'..
Ingin sekali hati ibu merasai kasih-sayang anak ibu..pelukan manja anak ibu..tawa mesra anak ibu..
Ibu ingin sangat melakukan semua itu dengan Adam.
Jika boleh ibu putarkan kembali masa..ingin sekali ibu gantikan setiap saat yang ibu bazirkan tanpa Adam dahulu.Tapi ibu tahu..ibu dapat rasakan itu semua mustahil kan?
Mana mungkin Adam mahu peluk ibu..dakap ibu..
Ibu ini ibarat orang asing dalam hidup Adam!.
Kerana Adam sudah punya mama..yang telah menjaga Adam dari kecil..mana mungkin kasih Adam senang-senang mahu beralih arah kepada orang yang begitu asing bagi Adam..kan?
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...