Telapak tanganku aku lekapkan kecermin tingkap didalam wad aku.Aku ingin rasakan panasnya cahaya matahari, duduk didalam wad ini membuatkan tubuhku menggigil kesejukan ekoran dari pendingin udara yang entah berapa darjah celcius tahap suhunya.Sejuk!.
Entah kenapa pagi ini hati asyik berdebar sahaja.Lagi pun sudah dua hari Fizi tidak datang menjenguk aku,aku sendiri tak pasti kenapa.Tiba-tiba perut aku mengeras,aku menyentuhnya,mengusap-usap agar ia normal semula, sakit sedikit mulai aku rasai kini. Dinginnya pendingin udara ini bagai tidak terasa..peluh renek mulai memercik didahiku.
Aku senyum semula bila kesakitan tadi menghilang.Fuh!baby ni..suka buat aku risau.Aku masuk kebilik air untuk membersihkan diri ku.
Setelah siap semuanya aku duduk dibirai katil,hp aku capai dan satu persatu gambar aku dengan Ilham aku tatap.Ada yang lucu membuatkan aku tersenyum namun senyuman aku mati bila perut aku sakit semula dan kesakitan itu..begitu menyakitkan..apakah..??
Nombor telefon mama aku dail,
"Mama..mama..tolong Qal..sakit!"
-Ya Allah..sabar sayang.Mama datang sekarang..panggil misi dulu".
"Cepat mama.."aku mula menangis.Aku mahukan mama disisi aku..
Perut aku pegang dan ampu dibawahnya,kehulu kehilir aku mundar-mandir didalam wad tersebut,tak boleh duduk diam bila sakit itu menyerang setiap duapuluh minit.
Aku mula berzikir bagi menghilangkan rasa sakit dan nervous aku.Teringat semula pesanan abang Naim dulu sewaktu dikampung Ilham.
Ahh!!..Ilham.Bila sebut nama itu..dimana dia? Disaat aku sakit mahu melahirkan zuriat dia..kemana menghilangnya dia?.
Dua orang misi masuk kebilik aku,mereka menyuruh aku berbaring diatas katil untuk melakukan pemeriksaan keatasku.
"Hm..baru sedikit bukaannya puan..puan sabar ye..zikir dan sentiasa ingatkan Allah selalu"pesan salah seorang dari mereka.Aku mengangguk saja.Mana aku nak hadam bila dah sakit macam ni.
Mama sampai diwad aku dalam keadaan terkecoh-kecoh,kesian mama..
Aku terus menangis didakapan mama.."Sabar sayang..mama ada ni.."ujar mama lalu dia mengucup kepalaku.
Aku mendongakkan kepala memandang mama.."papa?"tanyaku."Mama tadi dah telefon papa,papa otw dah..jangan fikir banyak..selawat saja".ujar mama bagi menenangkan hatiku.
Dua orang misi tadi masuk semula kebilikku,mereka menyorong kerusi roda lalu menyuruh aku duduk disitu.
"Puan..sekarang ni kita pergi labour room ye..sebab bukaan puan sekarang dah enam cm..so tak lama lagi puan akan melahirkan..tapi puan tenang saja,puan cuma perlu tarik dan hembus nafas saja untuk hilangkan sakit tu..puan ikut je saya bila saya arahkan puan ye".kata misi itu lagi.
Aku angguk dan ikut juga kata-kata mereka,ternyata aku dapat mengawal rasa sakit itu.
"Ok puan dah sampai masa puan untuk melahirkan bayi..
"Nurse...saya nak suami saya..tolong nurse..carikan dia untuk saya.."pintaku sambil menangis.Sungguh aku mahu Ilham disisi aku disaat aku melahirkan anak kami.
Dua orang nurse tersebut berbisik-bisik kemudiannya salah seorang dari mereka keluar.
Pintu wad bilik bersalin itu ditolak dari luar dengan kasar.
"Doktor.."seru dua orang nurse yang ada disitu."How's she condition?"tanya doktor itu.
Macam kenal saja suara itu,tapi doktor itu memakai mask,tak jelas wajahnya."Dah sampai masanya doktor..tapi puan ni nakkan suami dia.."salah seorang misi itu menjawab.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...